Amalan pada 8 & 9 Zulhijjah.

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
Salam 9 Zulhijjah 1439.
Selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa.



baru-baru ini kita dikhabarkan pada Ahad yang lepas mekah dilanda ribut pasir.
dan angin sangat kuat.
aku hanya dapat berita dari Nurul, salah seorang yang pernah praktikal di Raja Salleh.
takde dengar lanssung khabar berita dari makcik aku sekeluarga.
mereka pergi bertiga.
semoga baik-baik saja.
dan sentiasa dalam jagaan Allah.
serta dipermudahkan urusan haji.

sumber google


Puasa Sunat tarwiyah dan Arafah adalah digalakkan agar kita dapat merasai nikmatnya seperti yang dirasai oleh jemaah-jemaah haji di sana.
tetapi bagi jemaah haji, tidak digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah..
untuk mengumpul tenaga sehabis baik dan fokus untuk beribadah dan berdoa ketika berwukuf kerana pada waktu ini antara doa-doa yang mustajab.
manakala, bukan jemaah haji disunatkan untuk berpuasa sehingga 9 zulhijjah dan haram pada hari-hari tasyrik 10,11 dan 12 Zulhijjah.

puasa sunat tarwiyah adalah pada 8 zulhijjah.
yang bermaksud merenung atau berfikir sehari sebelum wukuf.
puasa sunat arafah adalah pada 9 zulhijjah.
yang bermaksud mengetahui saat jemaah haji sedang wukuf diarafah.
atau lebih dikenali dengan waktu kemuncak dan ini adalah salah satu perbezaan antara haji dan umrah.


Ketika Jemaah Haji berada di Arafah, mereka disunatkan untuk sentiasa berzikir, berdoa sehingga terbenam matahari.
bukan mereka sahaja, malah kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah serta berdoa semasa 
dikatakan waktu paling mustajab berdoa untuk meminta apa sahaja yang terbuku dikalbu.
selepas waktu asar ketika jemaah haji sedang wukuf di Arafah.
dan waktu tempatan adalah pada 21 Ogos 2018 dari jam 8.48 petang hingga 11.30 malam.
jangan berhenti meminta kerana kita adalah hamba.
semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita, kedua ibu bapa kita, adik-beradik kita, suami kita, anak-anak, sanak saudaara, kaum kerabat, sahabat-sahabat handai dan kaum muslimat muslimat sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia.
dan semoga Allah memakbulkan segalanya.

sumber google


banyak kelebihan berpuasa pada 8 & 9 Zulhijjah.
jika kita termasuk dalam golongan yang tidak dapat untuk menunaikan puasa sunat pada hari tersebut.
kita boleh lakukan ibadah-ibadah yang lain seperti berdoa, berzikir dan beristigfar.
gunakan peluang dengan sebaiknya.
gandakan amalan lebih dari yang biasa.
insyaa Allah.

jika kita selalu merebut peluang ketika diskaun jualan dijalankan.
kali ini kita merebut pahala dan ganjaran yang diberi Allah.
untuk kebaikan kita juga kelak.
insyaa Allah.
semoga segala amalan kita dikira sebagai amalan dan diterima.
dan dijadikan permudahkan perjalanan kita kelak.
aminnn.

jika anda terpilih Allah untuk membaca entri kali ini.
moga anda juga dipilij Allah untuk mengejar amalan ini.
bergitu juga dengan saya.
insyaa Allah.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~