First 100days being together!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
How your day?
ada yang sudah menggerakkan azam 2019?
jom lah kita menggerakkan azam untuk capai sebelum habis 2019.






Alhamdulillah!~
tidak sangka sama sekali boleh survive selama 100 hari.
dan banyak benda yang Allah beri sepanjang perjalanan 100 hari yang aku tak sangka.
memang ada target yang tertentu tetapi tidak terlalu mengejar sehingga paksa diri untuk capai.
cuma berfikir jika dapat alhamdulillah.
jika masih tidak tercapai, boleh usaha lagi.

aku rasa macam aku ada kongsi perjalanan diet aku kali ni.
pertama sekali.
tahniah untuk diri sendiri.
we survive!
ya, memang tahu ada je makan-makan.
ada je cheat-cheat.
but aku jarang buat diet sehingga 100 hari.
ya, pada aku niat juga memainkan peranan yang penting.
aku buat kerana aku sayang diri aku sendiri.

apabila sudah cheat, biasanya susah untuk aku kembali semula.
tapi kali ini teruskan saja perjalanan tanpa menoleh kebelakang.
satu pencapaiam yang membangggakan bagi aku.
ya, aku yang lebih kenal diri aku.
kerana itu, entri ini muncul untuk beri penghargaan pada diri kerana telah berjaya.

mari kita sambung 100 hari dan sehingga kita capai matlamat kita kelak.
biar lambat asalkan happy.
dan asalkan turun juga sedikit demi sedikit.
sikit-sikit, lama-lama jadi kurus.
peribahasa baru ni.
hahahhahaa

aku tak kisah orang salah anggap dengan ig story aku berkenaan ini kerana aku meletakkan sayang terhadap diri sendiri at the first place.
dan tak salah bukan untuk aku ucapkan?
dan sesiapa yang tekan link pada profile aku juga aku anggap dia bijak.
sebab everything aku akan luahkan kat sini.
bila dieorang tanya directly pun aku jarang untuk bercerita secara berterus-terang.

"hanya manikam yang mengenal jauhari"

dan belum ada orang yang benar-benar faham diri aku.
macam mana dan dimana tempat aku betul-betul bercerita.
tidak pernah untuk orang faham tapi jika mereka kata mereka benar-benar faham aku, aku harap korang yang terrbaca dan pernah baca dan digerakkan hati oleh Allah untuk baca, ketahuilah tiada satu orang melainkan diri aku yang betul-betul faham aku dan tahu kesemua cerita aku.
even kawan baik aku sendiri.



pada awalnya aku tukar nasi, makan makanan yang bergril tapi still guna minyak sesudu untuk grill dan sayur.
tiap hari tanpa jemu.
tukar-tukar menu ayam dan ikan.
yang past mmg selalu sayur je yang tukar.
kalau ikan masih ikan yang sama setiap kali.
alhamdulillah setakat ni belum jemu lagi.
perap siap2 dan tak sangka kadang makanan yang dibeli boleh bertahan sehingga sebulan.
padahal beli sikit-sikit.
ayam suka beli bahagian rib/rusuk sebab daging banyak dan ada tulang.
biasanya aku akan potong daging sedikit untuk dijadikan isi ayam.
boleh makan untuk wrap.
sejak amalkan Intermittent fasting ni jarang dah aku ber wrap sebab wrap selalu aku makan untuk makan pagi je.
tapi boleh lah tukar menu tengahari lepas ni makan wrap.
bosan jug ahari-hari makan nasi kan.

Ya, perlbagaikan menu supaya kita tidak bosan.
cuma aku tengok mood.
bila dah bosan untuk makan nasi, aku akan buat galio olio.
atau lepas ni boleh try carbonara guna susu fresh milk.
okey iolss tak sabar.



harini aku nak IF 39 jam dan akan makan esok tengahari.
dan semoga dipermudahkan.
best pasal intermittent ni, akan bakar lemak dan berat agak sukar untuk naik.
walaupun kita tak diet. tapi dalam masa yang sama kita buat IF, berat takkan naik tetapi akan turun sikitlah dalam masa dua minggu akan turun juga dalam sekilo-2 kilo.

banyak benda yang seronok lagi-lagi bila kenal dengan orang yang sama-sama mengambil inisiatif untuk kekal sihat.
sama-sama beri dorongan.
dan sama-sama beri semangat.
bertambah semangat aku untuk kurus murus selim melim.

apa-apa pun.
bersyukur dengan 100hari yang pertama.
kita akan still enjoy juga untuk 100 hari yang kedua.
tengok macam mana, masih boleh turun berat yang sama atau semakin bertambah jumlah penurunan.
will be update here!

Thank you

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~