Tonsil

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
no Monday blues okey.
ni cakap pada diri sendiri je sebenarnya.
sebenarnya nak update pasal hiking Bukit Puchong last week.
tunggu rajin nak transfer gambar..
insyaa Allah

ini pun taip laju-laju.
sementara masih masa ada untuk update blog.
sebab harini rushing buat semua benda sebab esok dan rabu dah kena attend seminar audit express.

tonsil ni dah dua minggu juga bertakhta.
lama dah tak kena tonsil sebenarnya.
semua berpunca bila time panas-panas aku gie makan tembikai.
aku alah tapi tengok tembikai yang sejuk-sejuk tu menyeronokkan.
lalu kat tekak.
maka, lupa akibat.

setiap orang ada jenis-jenis makanan yang sensitif dengan tonsil.
macam aku tembikai.
dan bertih beras.
tapi tembikai tu bukan tak boleh makan langsung. 
cuma xboleh makan time cuaca panas terik.
umpama beri baja pada tonsil dan bengkak.
maka, sakit untuk makan.

minggu pertama, lemah juga badan sampai demam.
dah berkira-kira juga taknak masuk ofis.
tapi disebabkan semua benda tertinggal kat ofis.
gagahkan juga masuk ofis half day.
makan difflam dan strepsil cool. 
selalu dalam sehari dua okey.

nak makan aiskrim sayang kalori.
serious sayang gila dengan intake kalori.
maka, bersabar.
haritu okey sikit dah.

tapi semalam semakin naik balik yang aku tak tahu apa punca.
ke sebab aku minum kopi terlalu kerap lately ni?
selalu minum 3 in 1 okey je tak pernah ada isu naik tonsil.
macam aku perasan pasal kopi.
sebab, last week masa time demam aku consume teh bunga + red date + kolegan putih yang dikeringkan tu.
sebab bila rasa nak demam, tambah panas dalam kan.
hingus pun berdarah.

before ni, aku pernah kena tak sampai dua minggu dah kena balik sebab makan bertih beras.
tak jadi bertih sangat.
beras tu kita sangat sehingga keperang-perangan.
and makan begitu saja.
serdak beras tu yang sensitif dengan tonsil aku dan membuatkan tonsil menari kegatalan.

kalau tak baik juga, then i should take antibiotik.
bukan taknak pergi klinik, tapi faham-faham klinik kat kawasan yang membangun ni.
mahal bukan main.
sampai malas nak gie klinik.
baru jumpa and consultation tak sampai 3 minit, bagi ubat, total kena bayar aroung rm60.
sabar jelah.
kalau klinik panel okey juga.
boleh claim.

jarang kan aku membebel macam ni.

semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.
dan semoga dipermudahkan urusan untuk terus sihat dan cantik dan kurus langsing selim melim.


Thank you!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~