Retreat 2018 - Cameron Highland

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
tak sangka pergi Cameron yang agak dekat tapi jet lag bukan main walaupun bukan jadi pemandu sepanjang jalan.
bila jadi penumpang ni kadangkala jet lag lebih lagi dari pemandu.

setiap kali pergi bercuti, paling tak sabar nak update blog bercuti.
sebab konon-konon nak tambah senarai travel dalam label travelling.
walaupun hanya mampu berjalan dalam negara saja.

sumber google


dah lama sebenarnya merancang nak pergi Cameron tapi atas faktor-faktor yang tak dapat nak dielakkan terpaksa tunda beberapa kali.
dan akhirnya impian menjadi kenyataan.
alhamdulillah.
dan hikmah atas penangguhan, semua ahli dapat turut serta kecuali PakLong Irsyad.
Takziah atas kehilangan anak buah yang disayangi.
Alfatihah!


bertolak dalam jam 9.00 pagi dan berkumpul di RnR Rawang.
alhamdulillah perjalanan lancar tanpa bertemu jem.
check point pertama adalah di Latar Iskandar.



berhenti untuk makan tengahari.
makan tengahari kami ber potluck.
masing-masing bawak lauk.
dan jimat sebab faham-faham lah bila tempat tumpuan orang ramai ni makanan akan jadi lebih mahal sedikit.









kemudian meneruskan perjalanan menuju kedestinasi.
seramai 16 dewasa 6 kanak-kanak.
sebanyak 6 buah kereta.


sejak azali kalau lalu jalan Tapah untuk ke Cameron memang agak sibuk di Latar Iskandar ni.
perlu berhati-hati bila bawa anak-anak kecil kerana jalan yang sempit ditambah gerai-gerai kecil di bahu-bahu jalan.


ni bukan di Sungai Palas.
Kalau naik dari jalan Tapah akan jumpa Boh Tea Centre & Factory.
bagi perempuan macam saya, jalan agak mencabar.
memang tak berani, tapi kadangkala kena sahut cabaran tu.
kalau jalan jauh setakat ni, alhamdulillah berani.
tapi jalan cameron, tarik nafas jap.


mula-mula berat hati masing-masing nak mendaki ke atas.
sebab agak tinggi.
biasalah dah lama tak exercise, pancit nak hiking yang sekangkang kera ni.
macam mana berangan nak daki gunung kinabalu?
dalam mimpi jelah!






ni baru setengah perjalanan.
kalau nak permandangan yang lebih cantik, digalakan untuk teruskan pendakian.
serius memang cantik.
jatuh cinta betul!


Yea!~
sampai juga akhirnya!
kena kuatkan semangat.
ada tanya kat Mijah

"apa yang membuatkan kau teruskan rasa nak naik atas?"

"sebab aku fikir dah sampai sini. aku kena naik juga. dan tadi ada orang nak naik, ikut jelah belakang diaorang"

akan rasa menyesal kalau tak naik.
Subhanallah.
pemandangan dari atas cantik sangat2!~
fresh dan sejuk!~


mereka yang kecil pun mendaki, apalah sangat kita kan?




lepas ni boleh dah kumpul duit gambar belakang gunung kinabalu.

lama juga kami diatas.
campur turun naik dalam 2 jam.



 lepas maghrib, bersiap untuk keluar makan malam.
harga bagi aku agak berpatutan.
RM39 seorang.


kena tunggu nombor giliran sebelum masuk.
disebabkan kami ramai agak susah juga sebenarnya nak dapat meja yang panjang.
tapi alhamdulillah, okey je terpaksa berhimpit sedikit.
takpe yang penting, happy dan makan.



biasalah, bila masa makan, yang penting adalah makan.
bergambar tidak penting.




"breakfast on men!"

sarapan pagi disediakan oleh geng-geng rijal.
kami tolong makan je.




nasi goreng, roti bakar, sandwich dan air teh dipagi yang sejuk dan damai.


selepas mengisi perut masing-masing,agenda seterusnya adalah perbincangan tentang peranan masing-masing.
dan program sepanjang tahun bagi Abim Petaling Jaya.
bila dah retreat.
baru nampak apa perjalanan Abim Petaling Jaya sepanjang Tahun.
insya Allah semoga apa yang kita rancang, sama seperti apa yang Allah rencanakan buat kita semua dan dipermudahkan segala semua urusan sehingga ke akhirnya.
selamat bekerjasama semua.







kami menyewa homestay.
agak berpatutan.
RM400 untuk sehari semalam dengan 5 bilik dan 3 bilik air.
berdekatan dengan pasar malam yang baru.
boleh jalan kaki sahaja





sebelum ke Big Red Farm Strawberry, banyak sungguh halangan
salah jalan dan terpaksa berhadapan dengan jem yang agak panjang.
bila nak naik ke atas, jalan sangat tinggi dan sangat mencabar.
kalau aku yang memandu, rasanya dah nangis kalau kereta tak boleh naik.
sebab perempuan kan, akan selalu jadi perempuan.
tak tahu nak buat apa.
memang mencabar, tapi bila datang berkumpulan yang sehati dan sejiwa serta sekepala ni.
seronok!~
tolong-menolong dan saling bantu-membantu antara satu sama lain.




Desnitasi terakhir di Lavender Garden.
nak naik ke Sungai Palas, tapi sebabkan hujan dan jalan agak licin.
batalkan niat dan terus ke Lavender Garden.



sebelum balik singgah sebentar disini.
Alhamdulillah, sebelum balik diberikan sekali lagi pemandangan yang cukup cantik.
kalau turun melalui Simpang Pulai, boleh singgah disini.
lebih-lebih lagi bila hari selepas hujan dan waktu matahari hendak terbenam.
tapi agak bahaya jika ada anak kecil.
tapi sangat cantik!~







Alhamdulillah.
semua selamat sampai ke destinasi masing-masing diakhiri dengan kami jam 12.30 pagi.
walaupun hanya Cameron sahaja, didalam negara yang jaraknya sekangkang kera, bila kita yang cipta keseronokannya, maka ia akan menjadi seronok dan bahagia.
hargai setiap masa-masa yang Allah beri, supaya kita tidak akan menyesal dikemudian hari.

alhamdulillah.
terima kasih  atas kerjasama kalian merialisasikan Retreat Cameron 2018.
terima kasih atas memori yang indah dan kasih sayang yang berpanjangan.


terima kasih menjadi pensil yang bisa menulis dan melakar memori kita bersama. dan juga menjadi pemadam yang paling setia untuk memadam kedukaan yang sedia ada.


next destination please!~


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~