Hikmah ii

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::





Raihana yakin ini adalah jawapannya. Pada malam pertama dia bermimpi sedang bernikah. Hanya satu malam sahaja dia bermimpi. Hatinya pula tergerak untuk menerima sahaja pilihan itu. Bahkan dia ada bertanyakan hal ini kepada Ustazah Harlina selaku sahabatnya semasa dikolej dahulu.

“Ana, sebaik-baik pilihan itu adalah pilihan ibu bapa kan. Apa yang mereka pilih untuk anak gadis mereka pastilah yang terbaik bagi mereka. Sebab mereka hendak menyerahkan amanah Allah itu kepada sebaik-baiknya. oleh itu mereka pasti membuat pilihan yang bijak” sambil tangan Harlina menunjukkan ‘thums up’. Kemudian dia tersenyum.

“Dahlah Ana. Tak payah kusutkan fikiran sangat. ‘dia’  pasti bahagia bila tengok Ana bahagia kan. Lagipun Ana dah dapat sign kan tentang mimpi tu. Even just sekali je. Tapikan petanda tu datang bukan sahaja datangnya dengan mimpi sahaja. Gerak hati kita pun ye. Dan bertanya yang pakar. InsyaAllah itulah jawapannya.”

Raihana termenung. Dia masih juga buntu akan jawapan itu. Dia perlu segera memberitahu keputusan kepada ibunya kerana pihak lelaki juga ingin membuat persiapan.

“ustazah Ina tunggu sahaja jawapanya nanti ye. insyaAllah Ana takkan lupakan Ina yang banyak bantu Ana dalam kekusutan ni” senyum Ana sambil menghulurkan salam.

“Ina nak dengar jawapan yang positif tau!” ujar Harlina sebelum Raihana menutup pintunya. Raihana hanya mampu tersenyum.

***********************************************************************

Raihana seakan rebah akan fitnah yang baru sahaja dilontarkan oleh Asyraf sebentar tadi. Dia tidak tahu bagaimana Asyraf boleh kenal dengan Lokman. Dia menangis semahunya.

“makkkk..... Ana seakan rebah atas fitnah ini. Ya Allah ujian ini untuk hambaMu yang layak bukan. Adakah aku insan yang layak akan ujian ini?aku tahu Engkau pencipta ujian malah Engkau juga pencipta nikmat selepas kesusahan ini. Semoga aku tabah Ya Allah. Semoga aku menjadi golongan yang redha.”

Dia kembali mengimbas adegan sebentar tadi.

“ Assalamu’alaikum. Minta maaf Ana lambat tadi baru je habiz kelas terus rush gie sini. Abang Lokman pun ada kat sinie?” termengah-mengah Raihana mengucapkan kata-katanya.

“wa’alaikumsalam. Siapa dia nie Ana?apa perhubungan antara Lokman dengan Ana?” tanya Asyraf.
“dia kawan sekolah Ana dulu merangkap jiran Ana,” jawab Raihana dengan jujur.

“oooo...kawan...setakat kawan sahaja atau bekas kekasih yang sudah menjadi teman sekatil?” perli Asyraf dengan nada yang agak perlahan tetapi masih jelas nada kemarahannya.

“Astagfirullah. Apa awak merepek ni? Minta maaf ye, saya xlayan dengan cerita-cerita yang sebegini rupa. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya selesaikan.” Marah Raihana. Dia segera bangkit dari kerusi itu. Hati panas dengan tohmahan yang diberikan sebentar tadi.

“ Awak taknak layan sebab awak tak mahu mengaku kesilapan awak kan. Oleh sebab itu awak lari. Nak lari dari kesilapan yang pernah awak buat dulu. Yes! I admit that u masuk sini untuk berubah. Tapi kisah ranjang tentang awak pula yang saya dengar” lantang suara itu. Perasaan Asyraf marah. Kenapa orang yang sering memberikan kekuatan, kata-kata semangat berbaur doa buatnya saban hari adalah insan yang jijik.

“Ana, kenapa xnak beritahu saja dia tentang kita. Apa yang telah kita lakukan. Abang rindukan Ana. Serius abang rasa i can’t stand without you in my life”. Ujar Lokman.

Raihana menjeling kearah Lokman. Jelek dengan rayuan itu. Muak,jemu serta menyampah dengan fitnah yang dilemparkan oleh Lokman. Ternyata apa yang diperkatakan oleh Lokman tempoh hari adalah benar. Dia akan sedaya upaya untuk mendapatkan Raihana. Dengan cara kotor sekalipun dia sanggup asalkan Raihana menjadi miliknya.

Nadirah menghampiri Asyraf dan Lokman. Dia geram akan fitnah yang dilemparkan terhadap sahabat baiknya sebentar tadi. Nadirah dari tadi hanya menjadi pendengar dari jauh. Dia pada mulanya tidak mahu masuk campur kerana dia hanya memegang tiket untuk meneman sahaja. Nadirah mengusap lembut belakang sahabatnya yang sedang mengalirkan air mata seakan mengumpul kekuatan untuk fitnah yang baru dilemparkan.

“ Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah berikan Ana kekuatan untuk berbicara. Asyraf, memang saya mengaku bahawa dulu saya bukanlah Raihana seperti hari ini dan saya berniat datang kesini untuk berubah. Ana takkan dapat lari andai itu benar terjadi pada Ana. Ana xsuka untuk melayan cerita yang karut seperti ini kerana tanggungjawab Ana banyak lagi disana. Untuk apa Ana lakukan semua itu sedangkan awak sendiri tahukan Ana cukup menjaga maruah keluarga Ana. Maruah mak dan abah Ana yang selalu mendoakan supaya anak mereka menjadi anak solehah yang bisa menjadi tiket buat mereka kesyurga kelak. Allah itu tahu setiap apa yang tidak diketahui oleh hambaNya itu. Allah itu Maha Adil. insyaAllah suatu hari nanti kebenaran pasti muncul. Open your eyes Asyraf. U dun know me very well who i am actually. Terima kasih pernah hadir dalam hidup Ana walaupun untuk seketika tetapi Ana tetap akan hargai.” Usai dia melemparkan katanya itu dia mengalihkan pandangannya kearah Lokman.

“sampai hati abang kan buat Ana macam nie. Sejauh mana sekali pun abang akan lemparkan fitnah itu Ana yakin mak dan abah pasti akan tetap sokong Ana. kawan-kawan Ana takkan lari dari Ana. bila kebenaran muncul, Ana minta maaf andai kemaafan itu tidak akan menjadi milik abang. Abang adalah insan yang ana sanjung suatu masa dahulu tetapi bukan lagi sekarang. Andai ini jalan yang abang pilih, Allah itu tahu abang. Allah maha Melihat setiap sudut hati masing-masing. Abang teruskanlah hidup atas kesiksaan orang lain. Semoga Allah memberikan hidayah kepada abang” raihana tidak dapat menahan sedu. Laju sahaja air itu melalui wajahnya. Dia tidak mengesat bahkan dia biarkan sahaja air itu terus mengalir.

Raihana berlalu pergi meninggalkan bilik itu. Dia tidak mempedulikan mata yang memandang. Perjalanan yang singkat pada kebiasaannya dirasakan begitu panjang. Hatinya pedih. Dia merintih.

‘Ya Allah, bantu aku dalam ujian ini. Tatkala gembiranya aku Engkaulah peneman. Tatkala sedih menerpa Engkaulah peneman yang setia Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.’

“ sampai hati kau kan Asyraf. Mempercayai fitnah dan xdengar apa pun yang Ana nak cakap. Kalau aku jadi Ana, bila kebenaran itu muncul suatu hari nanti untuk memberi kemaafan pada kau dan kau Lokman xde lagilah untuk korang berdua. Bertitik-titik air mata Ana dan keluarga dia jatuh akan fitnah ini, memang sampai bila pun aku sukar untuk maafkan korang sebab dia keluarga dunia akhirat aku” Nadirah menghempas pintu dan berlalu pergi.

******************************************************************

Raihana mempersiapkan diri untuk membantu keluarganya diluar pula. Bahagian dia untuk hantaran sudah siap. Bahagian pelamin diruang tamu pula akan disiapkan pada malam ini selewat-lewatnya kerana majlis pernikahan akan berlangsung pada esok hari.

“kahwin juga anak kak Mah tu kan. Beruntunglah badan dah ditebuk sana tebuk sini pun masih laku lagi. Bersyukur!” ujar salah seorang jiran berdekatan rumah Raihana.

“anak dia kan cantik, lemah lembut, sopan, ayu. Mestilah ada sahaja orang yang berkenan ape lah akak ni.” Bantah kak Rina

“ ala, ko xtahu ke sejarah dia tentang dahulu kala. Bila Lokman datang meminang tidak mahu pula dia menerima. Apa yang tidak ada pada Lokman tu. Kaya pun kaya. Rupa pun ada. Lengkap serba serbi.”  Cebik Mak Minah.

“ makcik Minah kalau setakat cantik rupa. Kaya harta. Serba serbi lengkap luarannya tapi dalaman kosong tak guna juga. yelah... Lokman tu kan anak buah makcik, dan makcik pula yang datang untuk wakil merisik. Memang la makcik panas. Sebab mak pun tahu mana permata mana intan berlian. Akaq saya belum buta untuk mengenal mana agama mana nafsu. Allah dah tunjukkan banyak kebenaran Cuma makcik je yang tak mahu terima kebenaran itu. Makcik nak dengar apa yang telah Allah berfirman dalam surah Annur. Seorang lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan seorang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang JAHAT adalah untuk wanita yang jahat dan wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat!” tegas suara Ariana mempertahankan kakak yang sangat menderita akan fitnah itu.

Ariana terus berlalu meninggalkan dapur. Panas dia dengan kenyataan sebentar tadi. Masihkah tidak selesai lagi perkara yang telah bertahun-tahun berlalu. Sebaik sahaja dia melalui ruang itu dia terpandang seorang insan yang sedang mengalirkan air mata yang entah berapa kalinya.

“kak Ana?” tangannya segera menyeka air yang mengalir wajah yang amat dikasihinya.

“ adik, xbaik adik cakap macam tu pada orang yang lebih tua dari kita. Biarlah apa yang makcik nak cakap yang penting orang yang akak sayang percaya akak xbuat semua ni. Jangan sampai mak tahu perkara ni berulang lagi ye. Akaq dah xsanggup nak tengok air mata tua itu mengalir lagi.” Raihana tidak jadi untuk masuk kedapur. Dia kembali menuju ke ruang tamu dimana tempat keluarganya berkumpul.

“kak Ana.” Ariana memanggil dengan nada yang sayu.

Raihana memalingkan tubuhnya kearah Ariana. Dia tersenyum. Dia bahagia ada sebuah keluarga yang memahami akan keadaan dirinya.

“kak Ana,adik bangga sangat ada seorang akak yang sangat tabah. InsyaAllah pilihan mak dan abah itu adalah yang terbaik. Trust me! Adik dah tengok. Just chill ye shayang what condition you’re. Disebalik ujian yang telah Allah berikan pada kak Ana banyak kenikmatan yang telah Allah berikan pada kita semua. Allah itu pemberi ujian dan dia jugalah pemberi nikmat.” Ariana sudah mengembalikan senyumannya. Ariana segera memeluk tubuh kakaknya sambil berjaan menuju kearah ruang tamu.

‘terima kasih Allah’

“adik ambil ayat kak Ana ye. Tengok nota-nota dalam buku kak Ana la tu. Amboi sejak bila pandai ni?” dia menarik hidung mancung adiknya itu.

Sejak akhir-akhir ini apa sahaja yang diperkatakan oleh adiknya seakan dia pernah terbaca.

“hehehe sejak adik tidur bilik kak Ana. nak amik berkat orang bijak.”

“yelah tu. Ke nak amik berkat kahwin?”

Mereka gembira terutama Raihana. Dia bahagia. Terima kasih Allah atas ujian ini. Ujian ini merapatkan kembali jurang antara kami. Ujian ini mendamaikan perhubungan kami. Ujian ini menguji kekuatan kasih sayang kami. Terima kasih Allah. Terima kasih.

“ Mak Yong nanti kita dengan Farisha jadi flower girl boleh x?” tanya anak buah Raihana dengan nada yang agak manja.

Mereka tersenyum dengan telatah anak kecil itu. Masing-masing sedang sibuk membungkus cenderahati buat tetamu.

“boleh sayang. Nanti Dania duduk sebelah Mak Yong ye.” Raihana mencium pipi sicomel itu. Dia segera duduk bersebelahan dengan kakak iparnya.

“ Ana, masih tak mahu tahu siapa bakal suami Ana? sikit pun xmahu tengok sebelum kahwin nie?tak rasa menyesal ke kalau pilih dia?” soalan demi soalan bertamu.

Alia tidak mendesak Raihana untuk mendapatkan jawapan. Alia meneruskan sahaja kerjanya tanpa membuka soalan lagi.

“kak lieya bagi Ana siapa pun dia, dia tetap suami Ana mulai hari esok. Hodoh ke cantik ke bukan paras rupa yang Ana pilih. Cukuplah abah dan mak yang menilai agamanya memadai bagi Ana. kalau sekarang xtengok, esok pasti wajib tengok juga kan?” tawa Raihana.

Raihana membuat syarat kepada tunangnya agar tidak mengajak untuk berjumpa bahkan berhubungan juga tidak boleh. Biarlah ada perantara buat mereka. Raihana mahu menjadikan hari pernikahan itu merupakan hari pertama dia melihat siapa gerangan suaminya itu.

Selepas asar mereka menyambung kembali hasil kerja yang hampir sahaja siap.

“Assalamu’alaikum...Ana...” satu suara disudut pintu ruang tamu itu.

Semua dengan secara serentak memandang kearah pintu masuk kediaman itu. Raihana sangat terperanjat. Seseorang yang sangat dirinduinya. Seseorang yang sangat diperlukannya saat ini telah kembali.

“wa’alaikum...”

‘salam’ hanya mampu menyambung disudut hati yang dalam. Hatinya bagai tertusuk dengan apa yang dipandang. Pandangan yang sayu dihadiahkan buat tetamu itu. Lantas dia memeluk sekujur tubuh dimuka pintu. Air matanya tiada henti ketika ini. Allahu Rabbi. Terima kasih Allah mengembalikan dia. Terima kasih Allah. Terima kasih.

******************************************************************
#belum ade mood nak berentry bagai!~hurmmmm....

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~