Wahai Adam

::: Bismillahirrahmanirrahim:::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::




Adam,
Adakah aku yang akan menjadi seri untuk istanamu kelak? Aku dan juga kamu belum pasti. Adakah aku yang menjadi permaisuri hatimu sepanjang perjalananmu? Adakah aku juga yang menjadi penguatmu kala susahnya kamu? Adakah aku juga ibu kepada soleh-solehah kamu kelak?

Adam...
Persoalan demi persoalan aku ajukan padamu. Aku juga sebenarnya tidak mengerti. Aku juga tidak tahu permainan ini. Aku dilema. Aku dipersimpangan. Tatkala aku dan kamu menghulurkan perkenalan. Bermulalah satu titik persahabatan.


Ya!islam tidak mengharamkan persahabatan bahkan memuliakan sahabat.. sahabat umpama cermin. Sahabat umpama matahari yang sanggup membakar dirinya sendiri untuk kepentingan orang lain. Sahabat umpama bulan yang sentiasa memberikan sinarnya kala kelamnya dunia. “kau lah sahabatku dunia dan akhirat....” ujar seorang sahabat.

Nilai sahabat itu sebesar gunung pun belum tentu. Itu bagiku. Aku tidak mengerti pula apa nilai sahabat bagimu. Bagiku atas nilai ini kamu sangat ‘caring’ bak kata orang putih. Aku terpegun. Aku terkesima. Aku juga terkedu ada kalanya. Siang dan malamku pasti adanya kamu. Siang malammu pasti ada aku.

Besar sungguhkan nilai persahabatan ini? Indahnya. Manisnya umpama madu. Hempedu pun kurasakan manis tatkala ini. Disaat termeterai sebuah ikatan ‘janji’. ‘janji’ yang belum tentu diredhai. ‘janji yang belum pasti. ‘janji’ yang sentiasa diuji.

Adam...
Aku berfikir sejenak? Aku menerawang bersama-sama angan kosong! Mengejar bayang-bayang dalam kegelapan lorong! Pastikah aku?mampukah aku? Bersediakah aku? Lantas tanganku tadah berdoa.

“Ya Allah,tetapkanlah seorang insan yang terbaik buat diriku. Seorang yang mampu menjadi imam buat isteri serta anak-anak. Seorang yang mampu mendidik kami menjadi acuan Al-quran. Aku mohon padaMu. Hanya padaMu aku mohon bantuan”


Hati ini telah kamu curi! Kamu pencuri! Tega kamu mencuri isi hati ini yang sentiasa mendambakan cintanya sang Pencipta. Mengharap kasih dari KekasihNya. Apakan dayaku. Aku juga manusia seperti kamu. Bentengku juga rapuh. Imanku ampuh.
Permulaan pastinya bahagia yang menerpa. Senyuman yang terukir. Gelakan yang kedengaran. Semuanya sempurna walaupun kewajipan kamu tidak ditunai dengan sempurna. “takpe, manusia boleh berubah.” Kamu memberi alasan. Dan hanya anggukan yang mampu kuberikan malah senyuman juga pengukir dibibir tatkala terkeluarnya perkataan itu.

Adam...
Benar!manusia bisa berubah. Begitu juga kamu. Kamu juga bisa berubah. Semua manusia boleh berubah. Perubahan kamu itu membuat hati ini menjerit. Membuat hati ini bersedih. Membuat hati ini menjadi bercelaru. Tapi... “aku dah sayang kat dia. Sebab sayang aku boleh bertahan macam ni. Sekali lagi je memang aku meletup...”ujarku pada seorang sahabat.

Aku bertahan. Aku menunggu. Aku bersabar agar kamu berubah. Agar  kamu mengingati kembali janjimu. Aku tetap akan menjadi penunggu yang setia walaupun adakalanya tiada khabar berita. Aku sabar. Aku menangis. Aku kuat. “lupakan jelah. Ramai lagi lelaki yang nak kat kau. Dah lama sangat kau tunggu dia tapi apa yang kau dapat...” cadang seorang sahabat.

Hanya senyuman yang terukir dibibir. Hanya mampu menakungkan air dikolam derita. Malu! Malu untuk membiarkan ia merembes. Lalu...” aku tak pasti. Aku tak tahu. Itu jawapan aku...”  akhirnya air suci itu tetap terkeluar. Mungkin sudah terlalu derita? Atau mungkin sudah terlalu mampat? Atau terlampau mengingatinya? Jawapan itu ada pada Allah. Ya! Hanya Allah yang tahu.

Adam...
Apakah ertinya aku mendapat khabar tentang kamu bersama orang lain? Apakah kamu benar-benar sibuk dengan pelajaranmu? Apakah kamu sedang bermain dengan satu permainan? Mungkin!permainan perasaan. Aduh! Andai kamu yang sedang dipermainankan,apakah kamu akan memaafkan aku?
Ujarmu... 
“ini saja nak uji. Nak tengok juga sejauh mana kebenaran kata-katamu padaku tempoh hari. Kuatkah kamu menunggu ku? Kuatkah kamu tanpa menghubungiku? Kuatkah kamu tanpa sebarang khabar beritaku?”

Enteng!mudah! sungguh mudah kamu mencipta alasan demi alasan. Termeletusnya kebenaran pandai pula kamu memutarkannya. Ah!aku ini manusia. Punya hati dan juga perasaan. Begitu juga kamu. Tidak malukah kamu apabila berhadapan dengan ibu bapa ku kelak?

Adam...
Aku ini manusia. Manusia yang diciptakan dengan perasaan yang halus. Hadirnya aku dalam hidupmu bukan untuk diherdik. Bukan untuk dimaki. Bukan hanya perlu tika susahnya kamu. Aku telah bertekad susah senangnya kamu, aku tetap bersama. Tapi kamu? Tatkala kesalahan menerjah ketika membuat sesuatu pekerjaan kamu mengherdikku. Kamu menggunakan aku seadanya.



Apakah aku ini hanya boneka yang bergerak sahaja dihadapanmu. “ mak tak pernah dengar dari mulut dia yang dia betul-betul nak kat kau. Dia tak pernah langsung minta izin mak. Mak ayah dia juga tak pernah kata apa-apa pada mak...” ujar ibuku. Aku malu! Aku sedih! Apakah pengakhirannya kelak?

Aku bingung! Aku runsing! Aku berbelah bagi! Aku juga tidak keruan! Siapakah yang patut aku pilih? Bersabar dengan sesuatu yang masih bergoyang. Atau hanya memilih yang benar-benar dihadapan. Oh!keputusan...lantas ku sujud berdoa.
“Ya Allah,tunjukkanlah yang terbaik buatku. Senangkanlah perjalanan kami. Mudahkanlah segala urusan-urusan berrkaitan dengan pasanganku. Dekatkanlah dia dengan diri kami agar kami tidak mengharap akan sesuatu yang kami tidak dapat mengejarnya”

Adam...
Mengertilah hati kami ini. Fahamilah hati kami ini. Kenalilah jiwa kami ini. Sungguh! Allah menciptakan kami dengan perasaan yang sangat halus. Perasaan yang mudah tersinggung. Suatu perasaan yang sangat sukar difahami adakalanya. Halusnya kami sehinggakan sukar untuk kami ubati.

Tapi kami tetap memaafkan segala kesalahan demi kesalahan yang telah kamu lakukan. Untuk kami ubati itu memang memakan masa. Mungkin sekejap. Dan juga mungkin lama. Kamu yang mengerti. Hargailah kami.
Bukan wang, harta serta pangkat yang kami dambakan. Penghargaan sebagai seorang wanita. Hanya itu. Ya!hanya itu. Bukan susah kan?dan bukan juga senang.
Ketahuilah kami ni bukan boneka dan juga bukan barang permainan. Kami ini seorang insan yang bergelar wanita. Sekali kami disakiti. Sekali kami menangisi. Bekasan dalam hati kami pasti sampai mati. Perasaan berhati-hati. Pasti sekali kami ikuti.

Adam...
Mengertilah kuatnya seorang adam pasti ada penguat yang terbesar iaitu hawa. Jangan kau sangkal. Jangan kau dustai. Kekasih Allah, seorang yang tabah, seorang yang kuat, seorang yang cekal tetap mempunyai seorang penguat. Seorang tulang belakangnya. Seorang yang tiada galang gantinya di dunia. Siti Khadijah serikandi yang disegani.
Andai kamu lontarkan bahawa kamu sudah cukup kuat. Bohong! Dusta! Itu kata-kata mereka yang sombong, angkuh, riak dan takbur.

 Tahukah kamu sifat itu adalah sifat Allah yang tidak patut kita miliki?
“Ya Allah jauhkan kami dari sifat-sifat itu. Golongkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman”

Apakah yang akan terjadi andai hawa ini tiada? Andai hawa ini pupus? Dalam khutbah terakhir Rasullah. Kaum hawa hendaklah diadili hidupnya. Rasullah, pemimpin ummah, pesuruh Allah juga menghargai wanita dan Baginda juga meletakkan taraf wanita ini sama seperti lelaki malah lebih. Apatah lagi kita hanya insan biasa? Sedarkah kita?

Adam...
Mengalirnya air mata kami bukan kami menunjukkan bahawa ceweknya kami. Bukan juga menunjukkan lemahnya kami. Air mata kami ini penguat. Allah menciptakan air mata adalah peneman bagi wanita. Hati ini lemah. Hati ini rapuh. Benteng hatiku ampuh tatkala dilambung ombak yang kuat.

Air mata ini peneman tatkala sepinya kami. Tatkala sabarnya kami. Tatkala mehnah dan ujian menerpa kami. Tatkala mendengar khabaran segala tentangmu. Tahukah kamu?pasti! kamu tidak akan mengerti. Bahkan kamu malas mahu mengerti. “perempuan nie sikit-sikit nak nangis. Menyampah betul aku!” herdik seorang adam.
Seorang wanita pasti akan mengalirkan air matanya untuk seorang adam teristimewa buatnya. Pasti! Bukan seorang. Bukan dua orang. Bukan tiga tetapi hampir keseluruhan. Ketahuilah adam,andai kami menangis akan kamu. Kamulah insan istimewa itu. Percayalah! Mungkin bicaranya mengatakan tidak tapi hatinya berbisik ya.

Adam...
Apa ertinya kata-kata cemburu yang telah kamu lafazkan dahulu. Apa erti tangisanmu dahulu tatkala sahabatmu mendahului. Apa ertinya kata-kata perlian tatkala ada seseorang yang benar-benar mahukan ku. Apa ertinya rayuanmu untuk aku kembali padamu. Apa ertinya ‘tolong jagakan dia’yang telah kamu lafazkan tatkala kamu mengetahui seorang lelaki mahu menjemputku kerumahnya untuk berjumpa dengan ibu bapanya. Apa ertinya kamu mencerita tentang aku kepada ibumu. Apa ertinya semua ini?

Mungkin kamu sudah pun membuang dari kotak pemikiran. Itu kamu tapi bukanlah aku! Bagiku itu adalah satu titik permulaan. Mungkin ya dan mungkin juga tidak. Aku tetap akan bersabar. Akan ku turutkan segala kemahuanmu. Aku fikir itu adalah ‘hint’ untuk aku.

Rupanya aku lalai! Aku alpa dengan omongan kosongmu. Aku mengharap dengan janji kosongmu. Andaiku tahu. Andaiku tahu Allah. Andaiku tahu Allah.
“Ya Allah, aku lemah. Aku lemah Allah.  Aku mohon padamu. Jika rindu ini mendekatkan aku padaMu,maka biarkanlah ia bertamu dalam hatiku. Andai menjauhkan aku dariMu maka Engkau buangkan ia. Allah. Allah. Allah.”

Adam...
Andai mampu ku buang namamu pasti kubuang. Pasti ku mohon pada Allah agar namamu ku padam dari kotak hatiku. Kuhiris dari kotak pemikiranku. Tapi, Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk aku dan juga kamu. Kan ku serahkan segalanya pada Dia yang Maha Kuasa.

 Segaris luka yang kamu hiriskan pasti lukanya sukar untuk disembuhkan. Pasti bekasannya mengigit-gigit hatiku sehingga ku rasa seperti terkena sembilu. Sememangnya labih tajam dari itu. Sakitnya kurasakan di sudut jauh kedalam hatiku. Semestinya sukar untuk kamu membalutinya bukan.

Aku tidak meminta serta tidak kupinta. Aku kembali pada Allah membawa hati yang parah. Aku kembali pada cintaku yang kekal abadi. Aku kembali Allah. Aku kembali. Bawalah hati kami kejalanMU. Bawalah hati kami sentiasa mengenalMu. Aku mohon.aku merrayu. Please Allah. Please Allah. Please.

Lantas tangan ku angkat seusai solat.
“Ya Allah, seandainya telah Engkau catatkan dia itu adalah milikku. Tercipta dia untukku. Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaanMu agar kemesraan itu akan berkekalan abadi. Andai tercipta dia bukan untuk aku. Engkau tabahkanlah hatiku. Galang gantikannya dengan seorang yang mampu mendidik aku kejalanMu. Mendidik aku menjadi acuan kitabMu yang teragung. Sesungguhnya Engkau tahu segala isi hatiku dan Engkau tahu apa yang aku tidak tahu. Dan sebaik-baik perancangan adalah perancanganMu Ya Allah”

Adam...
Mengertilah.... fahamilah... hayatilah.... Allah menjadikan kami ini bukan untuk dijual beli hatinya. Bukan juga untuk menjadi bonekaa bergerak dihadapanmu. Hargailah... jangan kamu mengukir janji andai kamu belum mampu untuk menepati.
“Ya Allah tabahkan hati ‘aku’ dalam perjalanan hidup ini. Sabarkan hati ‘aku’ melayari ujian demi ujianMu. ‘aku’ tahu Engkau tidak akan turunkan ujian pada mereka yang tidak mampu harunginya. Engkau tahu ‘aku’ mampu. ‘aku’ mampu Ya Allah. ‘aku’ mampu’. ‘aku mampu’!”


** mazlina, noradibah, aida muslihah, siti hafizah, norfarhana bersabarlah. Hanya itu yang mampu ku ungkapkan. Dan hanya ini yang mampu kucetuskan. Ini cerita kita. Ya! Cerita kita. Semoga 'aku' terus tabah untuk mengharungi kehidupannya untuk menjadi seorang muslimah solehah...amiiinnn


#nie lah entry yang nak sangat di update...alhamdulillah dah ter update juga akhirnya...terima kasih Ya Allah...



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~