Hikmah i

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala onak dan duri yang telah Engkau tetapkan untuk hamba-hambaMu yang layak bagi ujian ini..dan Engkau tahu sedangkan kami tidak tahu akan sesuatu yang terbaik buat kami melainkan Engkau yang mengilhamkan kepada kami...dan andai apa yang telah Engkau tetapkan ini adalah yang terbaik buat aku serta bakal suami ku  kami akan terima jalan yang telah Engkau bukakan ini, semoga restuMu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami” Ana mengusap lembut raut pipinya seusai berdoa kepada Allah.  Dia yakin bahawa Allah sudah menetapkan ini adalah yang terbaik buat dirinya.

Dua bulan yang lalu....

“ana,mak dan abah minta maaf sangat pada ana. Mak tahu ana tengah tunggu akan seseorang tapi mak rasa dah terlambat sangat kalau ana sentiasa fikir akan dia.” Ujar Puan Salmah pada anak sulungnya itu dengan penuh rasa berhati-hati tanpa mengguriskan hati anaknya itu.

“ mak,kenapa nie?ana xfaham lah. Kenapa tiba-tiba mak cakap macam nie. Ana xpernah tunggu sesiapa pun mak. Cuba mak berterus-terang je pada ana. Apa yang dah terjadi sebenarnya.” tanya ana dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu apa yang telah berlaku sehinggakan ibunya meminta maaf.

“mak dah terima pinangan orang yang datang meminang ana sabtu lalu. Mak rasa ini adalah yang terbaik untuk ana dan mak xsanggup lagi orang akan berkata-kata yang buruk pasal anak mak yang sorang nie. Mak faham keadaan ana dan mak harap ana takkan tolak lagi seperti yang lepas-lepas ye nak.” Puan Salmah seakan-akan memujuk anaknya agar bersejutu dengan pinangan tersebut.

“ Ya Allah mak,kenapa xbagitau ana hal nie. Kan ini melibatkan antara hidup dan mati ana. Hidup ana mak.” Ana meraup mukanya dan setitik demi setitik air itu turun dari kelopak matanya. Dia tidak berdaya dengan santapan yang menerpa kedalam telinganya tentang kenyataan ibunya sebentar tadi.

“ana,mungkin abah tak pernah halang ana untuk berkahwin dengan sesiapa pun pilihan ana tapi mak dan abah dah tak sanggup rasanya nak dengar spekulasi yang tak betul tentang diri ana. Abah rasa inilah masanya untuk kita memperbetulkan.” Kali ini giliran Pak Hamid pula memujuk akan anaknya itu dan dia berharap ia akan berhasil.

“abah,ana sampai tak tahu nak cakap apa. Berikan ana masa untuk dapat jawapan dari Allah ye abah. Apa sahaja jawapan dari Allah ana akan terima walaupun ana xkenal dia,” ana terkedu dan dia masih menitiskan air matanya. Kenangan lama menerpa kembali.

**********************************************************************

‘kekuatan seorang pejuang islam itu pasti ada penyokong yang tegar dibelakangnya..umpama Muhammad Pesuruh Allah dan Siti Khadijah. Saya tahu saya tidaklah sehebat dan sesempurna Nabi Muhammad. Saya juga tidak mengharapkan seorang serikandi yang sesetia Siti Khadijah, cukuplah bagi saya seorang yang mampu memahami siapa diri saya’

Raihana tersenyum sendiri setelah membaca pesanan ringkas yang telah dihantar oleh Asyraf. Dia berfikir mahu membalasnya setelah dia selesai segala kerja-kerja yang terbelengkalai sebentar tadi.

“ha!~buah hati dah mesej la tuh..senyum-senyum sengsorang. Dah macam kera dapat bunga,”

“bukan kera dapat bunga lah nad. Zaman sekarang ni kera dapat mesej dari buah hati tu...” sampuk fiza sambil tersenyum dengan kenyataan yang telah dibuat oleh rakannya, nad.

 Nad sudah ketawa bertentangan arah dengan fiza sambil mengeyitkan matanya untuk mengenakan sahabatnya.

“amboi,korang nie. Pandai je..saya dengan Asyraf kawan je ok.tak lebih dan tak kurang..,”
“yelah tu kawan..ntah2 ‘kawan’ kuts.,”sambung fiza sambil tangannya membuat gaya yang raihana sendiri tidak mengerti.

Raihana segera ke arah mejanya untuk menyambung dan dia malas mahu membidas kembali kenyataan sahabatnya, nad dan fiza. Hal ini kerana dia tahu jika dia berterusan membidas sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai. Hatinya berbunga dengan kenyataan Asyraf sebentar tadi apabila dia tidak membalas pesanan ringkas sebentar tadi.

‘ saya rindukan awak dan sentiasa akan rindukan awak’
‘saya tahu dan saya sentiasa tahu. J
‘busy ke?dah makan?’
‘quit busy rite now.later,we text again yer.jangan merajuk tau bucuk’
‘alaaaaaaa....nak merajuk jugak!’
‘yelah2..saya layan text awak tapi xboleh selalu yer.’
‘baik mem!’
‘pandainya...’
‘saya tau..saya memang pandai’

Raihana sibuk dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta tugasan sebagai wakil pelajar sehinggakan dia terlupa untuk membalas kembali mesej yang diberikan oleh Asyraf. Tanggungjawab sebagai seorang senator yang telah dilantik oleh para pensyarah menyebabkan kadangkala Raihana tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri.

Bukan dia tidak menolak akan tetapi pemilihan yang telah dibuat ini adalah melalui syura’. Disisi islam kita tidak boleh untuk mempertikaikan keputusan syura’ dan Rasullah sendiri sering mengamalkan sistem ini untuk mengambil sesuatu keputusan.

‘Ya Allah  pinjamkanlah aku sedikit kekuatanMu serta kekuatan para RasulMu dalam perjuangan menegakkan agama suci ini. Sesungguhnya aku tahu Engkau tidak akan menguji kami sebesar zarah pun seandainya Engkau tahu tidak mampu kami galasi. Terima kasih Ya Allah.’

Raihana meraup wajahnya yang kepenatan sepanjang malam dengan kerja-kerjanya tidak pernah siap walaupun saban hari dia sering melakukan tugas tersebut. Dia selalu meminjam semangat ibunya yang tidak pernah putus-putus memberikan dia semangat untuk menggalas segala amanah yang diberikan.

‘ana, segala amanah yang manusia berikan itu adalah amanah dari Allah sebab Dia tahu ana boleh dan manusia itu adalah perantara untuk Allah sampaikan amanah itu. Mungkin didunia ini kita tidak mendapat apa-apa balasan tapi percayalah ana Allah tidak akan mensia-siakan segala pengorbanan kita’

“mak....ana rindu mak,” setitis demi setitis air turun dari kelopak matanya.

*********************************************************************

Dirumah itu agak sibuk memandangkan majlis hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Raihana hanya memandang kosong ke arah hantaran itu. Dia rasa perlukah dia untuk meneruskan sementara masih ada masa untuk dia membatalkannya. Itu adalah majlisnya bukan majlis untuk orang lain. Perlukah dia menunggu akan sesuatu yang tidak pasti akan menjadi miliknya kelak?

“Astagfirullah al’azim...apa yang dah Ana fikirkan nie? Back to the real. Majlis just around the corner. Ya Allah, bukan aku menyangkal keputusan dariMu. Aku tahu aku perlu terima semua itu. Aku hamba yang hina Ya Allah. Aku lemah Ya Allah.” Ana menitiskan air matanya kembali.

Disebalik pintu seseorang sedang ralit memerhatikan Raihana. Air mata seorang ibu menitis akan nasib anak sulungnya itu. Dia tahu Raihana yang menanggung akan tetapi dia tidak sanggup untuk melihat hati itu robek kembali akan spekulasi yang sama sekali tidak benar itu.

“Ana, boleh mak masuk?” tanya Puan Salmah sambil mengukirkan senyuman buat insan yang sangat tabah mengharungi ujian dunia.

Dia bangga akan Raihana yang kuat menghadapi ujian demi ujian ini. Seorang wanita yang kental. Tidak sekali rebah sebelum kebah. Tidak sekali akan mengalah sebelum mengerah. Dia bangga menjadi ibu kepada wanita ini.

“eh mak. Masuklah. Tak payah minta izin pun mak. Apa lah mak ni.” Senyum Raihana dengan telatah ibunya sebentar tadi.

Tangannya membelek hantaran untuk memperelokkannya. Satu persatu matanya memerhati akan hantaran itu.

“Ana.” Sayu sahaja panggilan itu. Puan Salmah seakan payah hendak mengeluarkan kata-katanya. Dia serba salah.

“Ya mak.” Raihana memandang wajah mulus ibunya sambil tersenyum.

“ jodoh pertemuan, ajal maut itu semua takdir Allah. Allah itu Maha Perancang. Kita sebagai manusia juga ada membuat perancangan dan tidak semua perancangan kita ini akan selalu sama dengan Perancangan Allah yang Maha Hebat. Sehebat mana sekali perancangan kita andai tidak seiring dengan apa yang telah Allah rancangkan tidak juga akan menjadi. Allah tahu apa yang terbaik buat kita Ana. Mak tahu Ana mungkin payah untuk terima semua ini dengan sekelip mata. Tapi Mak taknak lagi dengar apa yang orang-orang cakap tentang anak mak. Hati mak sayu sangat. Setiap kali mereka berkata-kata, mak selalu fikir apa salah anak mak buat pada mereka.” Air mata itu turun lagi.

Raihana sayu dengan luahan dari hati seorang ibunya. Dia memeluk orang tua itu sambil meluahkan kata-katanya.

“Mak. Terima kasih kerana bersama-sama Ana mengharungi ujian ini. Ana minta maaf sangat kat mak sebab Ana mak dengan Abah kena dengar segala cemuhan berbaur fitnah itu. Ana kuat kerana Allah kurniakan Ana seorang ibu yang sangat tabah. Seorang abah yang tidak pernah sekali jemu mendoakan Ana agar tidak sekali rebah. Mak terima kasih juga buat keputusan ini untuk Ana. Terima kasih Mak. Pilihan Mak adalah pilihan Ana. InsyaAllah Mak, Ana akan redha.” Raihana mengusap air yang merembes melalui wajah tua itu.
Wajah itu yang berhadapan dengan cemuhan. Wajah itu yang selalu meraup doa buat anak yang dikasihinya. Wajah itu yang mendamaikan hatinya. Wajah itu jua yang selalu menyejukkan hatinya.

********************************************************************

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~