Terlalu Rindu

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam 9 Ramadhan!~
rindunya nak menulis.
serius terlalu rindu.

mula-mula rasa nak tulis entri salam Ramadhan.
bila rajin nanti kita up satu entri buat kenang-kenangan.
insyaa Allah.
entri Jogja pun belum habis lagi padahal dah hampir 2 bulan pergi.


lately, terasa terlalu rindu pada arwah embah.
lama dah arwah embah tak datang dalam mimpi.
rasanya last mimpi embah balik dalam keadaan yang sangat sihat.
dijaga oleh keluarga angkat disana.
balik tersenyum gembira jumpa anak-anak dan sanak saudara.

bukan aku tidak menerima takdir tapi sehingga sekarang aku masih lagi mengharap embah akan balik walau apa jua keadaan.
ya, apa jua keadaan. 
aku terima apa jua keadaan pun.
kalau aku cakap kat mama mesti dia sedih apa yang aku rasa
sebab mama selalu cakap

"arwah embah terlalu baik orangnya. sangat baik. kerana itu Allah akhiri hayatnya ditempat yang paling baik. hanya orang yang terpilih yang dapat"

bila fikir balik, mungkin aku terlalu mengejar impian aku untuk mandikan arwah embah, solatkan jenazah arwah embah.
kerana itu aku sangat mengharap embah balik sejak 7 tahun yang lepas.
setiap kali mimpi, dia selalu senyum dan bersemangat bercerita.
paling last, embah balik malaysia melawat anak yang terlantar sakit.
berserinya bahagia wajah embah.

kadangkalaa, ada benda berkaitan dengan ibu aku jarang untuk berkongsi sebab aku takut mama terasa.
mak yang melahirkan, meninggal jauh dari mata.
keseorangan kesakitan disana.
keluarga kami, antara golongan sederhana.
nak tinggal selepas menunaikan umrah akan mengalami masalah visa.
nak pergi dalam keadaan yang terdekat, perlukan duit yang banyak.
kami hanya mampu bertawakal.
doa dan bertawakal.
semua aturan Allah adalah yang terbaik.



aku tahu mama orang yang hebat.
sangat kental.
kalau aku, i dont what happen to me.
saat mama terima berita embah meninggal, aku takkan lupa sampai mati.
will never forget.

berlaku pada hari lahir. disaat mencari rezeki menggantikan suami.
lepas maghrib.
riak muka mama pun aku takkan lupa sampai bila-bila.
jarang orang nampak mama menangis.

"nana, kenapa mama nangis?"

"mak mama meninggal kat Mekah"

aku speechless.
sangat.
tak mampu pujuk malah membelai.
aku hanya pandang belakang mama yang sedang menangis.

"maaf maaa"

hari ini, orang yang menangis saat itu terlalu kuat tetapi aku jadi seorang manusia yang sangat lemah bila rindu bertandang tiba.



Selamat Hari Mama!~



semoga segala kebaikan dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat segala kebaikan seisi dunia dan mendapat darjat yang tertinggi.
terima kasih untuk kasih sayang yang berpanjangan. terima kasih kerana terus bersabar dengan kerenah anak yang degil ini. anak yang selalu melawan. 
tiada apa yang mampu dibalas walau segala segala kebaikan 
terima kasih kerana selalu mendoakan segala kebaikan untuk anak-anak dan suami.
berkorban seluruh jiwa dan raga.
Terima Kasih!



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~