Ramadhan 1440

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
Alhamdulillah cepat masa berlalu dah jumaat kembali.
dan minggu ni weekend yang panjang.
berseronok-ronok dirumah tapi perlu tambah stok.
insyaa Allah semoga berjaya!



Salam 12 Ramadhan.
setiap tahun melalui semangat yang berlainan.
aku masih mengharap semoga semangat pada awal Ramadhan akan sama hingga keakhirnya.
tapi terasa kekurangannya.
banyak.
dari segi semangat.
tidak tahu kenapa tetapi aku mencedok kembali dari semangat-semangat dari tahun lepas.

kerana itu pentingnya aku menulis setiap kenangan di blog kerana aku suka baca balik sebagai peringatan.
alhamdulillah pada tahun lepas diberi rezeki yang tidak disangka-sangka.
pada 14 Ramadhan dah tutup order kerana masalah stok yang sukar untuk didapati.
aku beli stok di Johor.
tahun ni semangat untuk berniaga menurun.
production pun tak seaktif tahun lepas.
ya semua berpunca dari diri aku.
sedih.
tapi aku perlu kembalikan semangat aku.

tapi bukan ini yang aku mahu cerita sebagai kenang-kenangan Ramadhan untuk tahun ini.

masih mengharap seperti tahun-tahun sebelum ini.
Agar Ramadhan ini adalah Ramdhan yang terbaik dari tahun-tahun yang sebelum.
semoga dipertingkatkan lagi ibadah kita.

bersyukur kerana Allah masih beri kita peluang untuk melaksanakan rukun islam yang ketiga ini iaitu mengejarkan puasa di bulan Ramadhan.
jadikan peluang yang diberi ini peluang yang sangat berharga kerana bukan semua orang berpeluang seperti kita yang diberi peluang.
gunakan sebaiknya seperti tiada hari esok.
hargai sebaiknya seperti ini adalah peluang yang terakhir sekali.

Mengharapkan juga agar ada kebaikan dari diri aku yang boleh disebarkan untuk kebaikan orang lain walaupun hanya secebis.

sifat tawakal aku masih tinggi setinggi gunung kinabalu.
semoga hasil jualan memberangsangkan dan boleh kumpul duit kahwin.
hahahhaa
insyaa Allah.


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~