Coretanku Untukmu!~
::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
::: By the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful :::
alhamdulillah...
syukur Ya Allah atas ujian yang telah diberikan sempena tahun baru...
memberikan aku peringatan...
menyedarkan aku dari mimpi lena yang panjang!~
sebenarnya xsempat nak hapdate sgt pun...
suke tau budget busy bebenor!~
actually, nie coretan kawan baik saya...
saya macam tertarik...
so, sy hapdate ler...
hukhukhuk
sorry okeyh!~
mustilah i dah mintak keizinan beliau...
kalaulah kita ada hak untuk bersuara dihadapan pemimpin...
memang lama dah saya bawak isu nieh...
and baru2 nieh i ade terbaca status somebody...
dia nie setiap kali tahun baru pasti akan ditanya...
apakah pendapat beliau tentang tahun baru tahun ini...
dan dia memang seorang yang lantang apabila berbicara!~
memang best lah!~
"haramkan sambutan tahun baru"
ohsem kan?!!~
melalut lah plak!~
okeylah...
hayatilah apa yang cube disampaikan penulis...
ade yg tersurat dan tersiratnya...
mohon bace dengan kotak pemikiran..
insyaAllah kita akan jumpe apa yang cube disampaikan!~
Coretanku
Untukmu
Assalamu'alaikum..
Salam hamba.. Hulur tanda ingatan.. Buat semua insan.. Umat Islam.. Di pagi
Syawal.. Eh, salah. Di pagi tahun baru
2013.. Hehe.. -Jamal Abdillah, Salam Aidilfitri.
Pertama
sekali, buat semua rakan, sahabat dan taulan.. Selamat tahun baru Cik2Penulis
ucapkan buat semua.. Semoga tahun 2013 ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun lepas yang
baru sahaja menamatkan perkhidmatannya beberapa jam yang lalu.. Semoga tahun
ini kita mampu memperbetulkan azam agar
menjadi lebih baik dari yang lepas.. Mungkin ada lagi di antara kita yang masih
belum mampu melaksanakan sepenuhnya.. Insya-Allah kita sama-sama melaksanakan
apa impian yang belum tercapai lagi tahun lepas untuk di ‘carried forward’ tahun ini.. Semoga Allah redha atas
perjuangan ini.. Aamiin..
Semoga yang
jauh kita dekatkan.. Yang salah kita perbetulkan.. Yang bersalah dimaafkan..
Yang membuat salah pula pohon keampunan dari Allah juga dari manusia.. Yang
malas dirajinkan (yang baik2 je tau, rajin main facebook? nonono.. rajin tengok
rancangan2 korea? nonono.. rajin memasak? xpexpexpe.. rajin solat? xpexpepe..
rajin bersedekah? xpexpexpe).. Yang kurang diperbanyakkan (amalan2 yang baik
sahaja ye.. \('_<)v ).. Yang hubungannya renggang, dirapatkan.. Yang berdendam
dilupuskan.. Hidupkanlah kasih sayang sesame kita kerana Allah pasti akan
terasa manisnya sesuatu ukhwah itu. InsyaAllah.. ‘ukhwahfillah abadan abada!~
Hubungan
dengan Allah Yang Maha Agung dan Maha Pencipta sekalian makhluk, itu paling
utama.. Semoga kita perbaiki dan perbanyakkan zikir, amalan2 mulia, ibadah2
kita, supaya kita mendapat rahmat dan hidup yang diberkati, diredhai,
disayangi.. Hubungan dengan Nabi junjungan mulia, Muhammad S.A.W., dengan
menyayanginya, mengikut sunnah2 nya, menyayangi keluarga dan sahabat2nya, dan
tidak lupa, berselawat kepadanya.. Semoga kita dapat menghidupkan sunnah2nya
dalam kehidupan di dunia.. Manakala syafaatnya sangatlah berharga untuk kita di
akhirat sana.. Rasullah sentiasa merindui ummat-ummatnya dan Baginda sentiasa
sabar menunggu kita disana.. Tugas kita, 'just follow the flow' yang Allah
'guide' kita dalam Al-Qur'an supaya kita boleh jumpe Rasullah yang tercinta
disana!~ Insya-Allah!~ Kasihanilah Baginda sebagaimana Baginda, Rasullah
Kekasih Allah telah mengasihani kita sejak dahulu lagi.. Berselawatlah!
Hidupkan budaya selawat itu dalam kehidupan seharian kita. Allah akan
menyayangi bagi sesiapa yang menyayangi KekasihNya, Muhammad S.A.W. fitrah
manusia memang mendambakan kasih sayang tak kiralah dari sesiapa pun.
Meskipun
begitu, hubungan sesama manusia janganlah kita abaikan.. Kita saling memerlukan
dan tak mungkin kita boleh hidup tanpa cinta, kasih sayang, dan perhatian
daripada keluarga, saudara, sahabat, dan rakan2 kita.. Hidup ini sebenarnya
indah belaka.. Janganlah kita sia-siakannya.. dihargai selagi mana kita
menghargai.. Belanja mereka yang belanja kita.......?? Eh? Pun boleh..
Disayangi selagi mana menyayangi.. Dicintai andai mencintai.. Dirindui selagi
mana kita merindui.. Sweet kan? (^_^) Life is sweet, wonderful and colourful,
if it is filled with love. Right? It depends on how we 'decorate' it.
Bukan itu
saja, bantulah mereka yang memerlukan andai ada kemampuan untuk membantu, tak
kira lah dari pelbagai aspek. Sebagai contoh adalah dari segi kewangannya ke,
tenaga ke, ilmu yang bermanfaat ke, tumpangkan kereta ke, belanja KFC ke,
belikan kereta Honda Hybrid CRZ sebijik ke (>_<), apa saja lah.. Menjadi
pendengar setia juga satu pertolongan kerana kita membantu mereka meringankan
satu bebanan yang ditanggung keseorangan. Umpama orang barat kata “give the
shoulder that needs it”. Tolong-menolong merupakan salah satu amalan mulia,
yang dituntut dalam Islam kan? Ikhlaslah hanya kerana Allah, bukan kerana wang
ringgit, pujian, dan macam2 lagi. Keikhlasan itu bukan diukur oleh manusia akan
tetapi Allah yang menjadi kayu pengukurnya sejauh mana keikhlasan yang
terbentang buat pertolongan yang telah diberi tadi. Tak baik mengharap pada
makhluk kerana setiap makhluk pergantungannya hanya pada Allah bukan pada
sesuatu makhluk yang lain. Hehe.. Ingatlah, suatu hari nanti kita pasti
perlukan pertolongan dari mereka walau bukan mereka yang kita telah berikan
pertolongan.... Bak kata pepatah orang putih ’what u give, u get back’.. And
when the hard time comes, everyone will be there for us.. Insya-Allah..
Mintalah pada Allah, semoga Allah mendengar rintihan kita.. Dan Allah
menghantar hambaNya yang lain untuk menolong kita kala susahnya kita dan disisi
kita tatkala kesenangan menghampiri.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan
Maha Mengasihi hamba2-Nya..
Doa juga
merupakan salah satu bentuk pertolongan yang tidak nampak pada zahirnya tapi
pada batin pula ia ada satu spiritual yang dihadiahkan dari pendoa buat orang
yang didoa.. Doakan kesejahteraan umat Islam serata dunia.. Bantuan ekonomi
juga bisa.. Kita tak dapat, mungkin kita bukanlah golongan yang berani untuk
pergi berperang.. Sebab apa? Kerana kitaran kehidupan kita di Malaysia sudah
dididik dengan kehidupan yang aman dan damai tanpa ada peperangan.. Di kala
anak2 kita yang sedang leka dengan gadget, kanak2 Palestin pula sedang berlatih
memegang senjata dan batu-bata, berusaha untuk mempertahankan hak mereka. Anak2
sekarang.. Masih didukung ibu, masih di dalam kereta sorong sudah diajar main
gadget. Tak salah.. Ajar anak2 dengan teknologi di usia muda.. Tapi jangan ajar
main game saje ok? Hehe.. Berhibur itu tak salah selagi tidak melampaui
batasannya ye adik2.. ^^ Jangan lupa.. Selitkan bersama teknologi itu bacaan
Al-Qur'an, dendangan selawat ke atas Nabi, dan ilmu2 bermanfaat juga ya? Jangan
biar anak2 kita terus hanyut dan leka..
Ini juga jihad kok. ^^
Lagu kat
bawah ni paling sesuai untuk dihayati bersama.. Maksud yang tersurat dan
tersiratnya.. \(^_^)v
Kita adalah insan..
Menumpang atas dunia..
Aku dengan caraku, yang
sederhana..
Kita adalah hamba..
Berbakti pada Yang Esa..
Aku..
Mencari sinar..
Keredhaan-Nya..
Kita sama sahaja..
Bezanya cuma..
Amalan kita..
Engkau..
Dan juga aku..
Saling perlukan..
Oh cinta yang murni..
Sebagai ikatan..
Yang kukuh di hati..
Demi masa depan..
Jangan dihancurkan..
Hidup yang indah ini..
Akibatnya..
Merana........
-Yantzen, Insan. Nak
dengar lagi.. Ni link dia.. http://www.youtube.com/watch?v=EeP48_cIT0U
Untuk
pengetahuan semua.. Yang panjang2 tadi adalah 'introduction'.. Hehe.. Walaupun
cuma 'intro', diharapkan dapatlah jugak input2 yang berguna untuk diri,
keluarga, dan rakan2 ya? Sekarang nak cerita pasal tahun baru, dengan lebih
spesifik lagi.. Sambutan tahun baru. Salahkah sambutan tahun baru di negara
kita? Dan adakah salah untukku mempersoalkannya?
1)
Adakah kita berada didalam negara Islam?
2)
Adakah di negara kita menyambut tahun baru pada
setiap tahun?
3)
Adakah cara kita menyambutnya adalah cara yang
betul?
Dalam acara
sambutan Maulidul Rasul oleh *siapaditvitu baru-baru ini, ucapan2 bagus..
Keislaman.. bercerita tentang sirah2 Nabi dan para sahabat.. Bagaimana
perjuangan mereka dalam menegakkan islam.. Bagus sangat.. TETAPI.. Yang
menjadikan CikPenulis ini benci apabila mereka mengambil kesempatan untuk
menyelitkan di ucapan2 di hari tersebut dengan unsur2 yang berbaur politik dan
bercakap pasal parti lain. Adakah Cik2Penulis ini salah dengar? Maaflah.. Kena
saman nanti teruk CikPenulis (T_T). CikPenulis rasa pemimpin patut menjadi
teladan terhadap pucuk pimpinan dan ummat sejagat. Sebagaimana Rasullah dan
Para sahabat merupakan pemimpin yang disegani sehingga ke hari ini. Ini tidak,
ucapan seperti di Jelajah2 Janji Ditepati pulak.
Cik2Penulis
rasa kita telah menyambut tahun baru dengan cara yang salah. Seharusnya apa
yang perlu diterapkan semasa acara sambutan tahun baru? (ini termasuk sambutan
kemerdekaan). Maafkan Cik2Penulis jika salah. Ini hanya sekadar pendapat
sahaja.. semua orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing kan. Sambutan2 tersebut
melibatkan anak remaja dan keluarga.. Perhimpunan secara besar-besaran..
1)
Adakah hadirin lelaki dan wanita duduk
berasingan? Tidak. Malahan berhimpit-himpit. Katanya negara Islam?
2)
Kalau begitu, bagaimana pula dengan keluarga?
Tidak perlu menghadirkan pun tidak mengapa kan? Pentingkan mana yang lebih
penting iaitu kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.
3)
Bukankah mengerat silaturrahim? Tidak sama
sekali. Berlaku pembaziran sana sini.. Lelaki dan wanita bercampur.. Dan (tahun
baru) mengakibatkan anak2 remaja berkeliaran lewat2 malam. Katanya negara
Islam?
4)
Bagaimana seharusnya kita menyambut kedua-2
peristiwa ini? Katanya negara Islam.. Semua orang kata bahawa negara kita
adalah negara Islam.. Mungkin boleh disambut dengan bacaan Yaasin, doa selamat
di masjid2 bersama pemimpin2.. Ceramah atau program2 lain yang boleh dilakukan
pada waktu siang. Tak semestinya kena sambut pukul 12 tengah malam.. Boleh
mengundang kumpulan2 atau penyanyi2 nasyid (lelaki). Ini tidak disambutnya pula
dengan kumpulan pancaragam2 yang besar.. (kemerdekaan), penyanyi2,
penari2..isunya adalah untuk mengenang
jasa para pejuang tetapi tidak perlu rasanya untuk membazir seperti itu.. Kalau
mereka masih ada.. Tidakkah mereka terkilan dengan sikap rakyat dinegara kita?
Mengapa membazir? Buat majlis di masjid2 atau surau, berdoa untuk negara dan
kesejahteraan umat Islam di dunia.. Pun boleh.. Katanya negara Islam?
5)
Kita 1 Malaysia. Kan mengerat perhubungan? Kita
1 Malaysia, bukan 1 agama.. Yang Islam, buat cara Islam.. Buat jamuan makan2 di
tempat yang semua orang boleh datang pun boleh.. Kita boleh pergi.. Ini memang
negara kita selalu buat tapi time2 perayaan yang banyak.. Katanya negara Islam?
Akhir kata..
Cik2Penulis ingin memohon maaf kepada mereka yang rasa tulisan Cik2Penulis ini
'harsh' atau kasar.. Cik2Penulis menyuarakan pendapat, kerana ambil berat..
Sebagai umat Islam.. Kita punya aturan yang ditetapkan dalam Al-Qur'an.. Kita
punya panduan hidup yang digariskan dalam Al-Qur'an dan Hadith2.. Ilmu itu
perlu dicari.. Macam bola. Ia tidak datang bergolek sendiri, sendiri keluar
dari rak alatan sukan atau bakul bola terus bergolek-golek ke padang terus
bergolek-golek masuk dalam gol. Melainkan bola itu disepak Zaquan Adha dan
Aidil Zafuan masa diorang main bola.. Bola kena la di 'pass' kepada pemain lain
supaya di golkan.. Buat sendiri tak jadi la.. Ilmu yang bermanfaat pun kena la
di 'pass' kepada orang lain.. Untuk manfaat bersama, untuk berbincang bersama,
berkongsi pendapat. Bergurulah dengan mereka yang bijak pandai, bertanya pada yang
berhak. Bola, yang dibawa oleh pemain lawan, kalau Khairul Fahmi Che Mat tak
tangkap, masuk gol. Rugi.. Macam ilmu.. Kalau dibiar terbang pergi tanpa
dikejari dan dipelajari.. Kan rugi.. Maaf kalau perumpamaan yang diberi kurang
relevan atau kurang sesuai dengan situasi.. Itu je yang kefikiran di otak jam
2.14 pagi ni.. Lagi pun saje je nak guna nama pemain2 kacak negara, walaupun
semuanya dah kahwin.. Hehe.. Jika ada yang terguris hati.. Ampun dan maaf
sekali lagi ku pohon darimu.. Cik2Penulis menulis untuk diri sendiri dan
sahabat2 sekalian.. Segala yang baik itu ilham dari Allah.. Segala kekurangan
datangnya dari diri yang hina dan banyak kelemahan.. Terima kasih kerana sudi
membaca.. Semoga Allah merahmati.. Wassalam..
Cik peng’idea:
Cik pizah izan
Cik penulis:
Cik pizah izan
Cik edit cecikit:
Cik comel!~
Comments
Post a Comment