Pengantin Viral

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Hai Februari!~ huntung tau huntung sangat dah ni setiap bulan ada jugak nak menghapdate sekali. nie pun curi2. tajuk pun dah basi. xsangka cepat je masa berlalu kan. tau2 dah februari. masa untuk fokus untuk buat semua benda. time buat proposal sungguh2. fokus dengan cita2. eheheh azam 2016 tau nie nak fokus dengan segala semua benda. xde masa dah nak main2. ewaaaaah!~


Kiteorang bertolak dari Langkawi kan pepagi sebab nak attend majlis nikah kawan aku nie. masa memula tu kengkonon dah bagi mesej xmau datang. sedih kak eton tu weyh!~ sebab kiteorang dah kenal lama since 2008 satu bilik dan xkan pernah lupa P4-313-D. hakak dah xkisah kalau nombor bilik ni jadi viral sekarang sebab dah jadi parcel lelaki. *gelak setan*

Kalau nak imbas satu-satu sampai dah tak terimbas dah nak imbas yang mana perlu diimbas kembali. Faham? buat-buat faham je. *lempang kuat2* Alhamdulillah sempat sampai sebelum masanya. dapat laaa posing2 dulu sebelum akad. kengkonon gambar kenangan akhir zaman bujang. memang dah akhir sangat dah tu tinggal beberapa minit je lagi.



eh tengok jelah. buat-buat jamu mata petang-petang hari ni. 





Alhamdulillah dengan dua kali lafaz Aida sah jadi milik Afiq. dua kali xsilap. kalau xsilap. cuak aee Afiq. *gelak jahat* eh tapikan kat sini lah majlis nikah yang paling senang dan cepat. xde lafaz penyerahan anak. xde khutbah nikah yang panjang berjela. lafaz penyerahan anak tu memang ade kat bahagian selatan je. melaka n johor kalau xsilap. so, sesiapa yang dapat orang selatan nie bersiap siaga lah kedatangan semut dikaki anda. tapi kat sini memang cepat. sebab tau2 je dah sah. xterkata. xterlafaz. sedih and gembira dalam satu. Tahniah korang!~



Alhamdulillah akhirnya lepas lalui macam-macam rintangan. kena berenang lautan api, panjat gunung yang berduri, telan segala macam jenis benda pahit manis masam masin tawaq habiaq, bersatu juga dihari jumaat 25 Disember 2015. sampai Aida cakap

"kebanyakan orang yang jumpa aku mesti cakap akhirnya kawin jugak korang berdua. akhirnya sampai jugak jodoh korang berdua"

ahhhh!~ aku xingat lah the exact word by word. kira maksud sampai tu faham-faham jelah.

Yeaaaaa!~ aida dah tawen!~

masa nak salam nie yang membuatkan video depa jadi viral. eh memula aku nak letak tajuk wedding of the year tapi sebab macam klasikal sangat. jadilah pengantin viral. ehhhhhh!~ jangan banyak bunyi ae. ehahehah jangan tanya mana bideo dema. i is malas nak upload. 


betullah orang kata time tunang adalah masa yang sangat kritikal ujiannya kalau xtahan boleh jadi gaduh and putus. dan sebab itu lepas ujian Allah datangkan pula rezeki. macam2 rezeki sampai kadang macam nak nangis. gembira okey gembira. eh! cara cakap macam dah kawen plak. orang kata kalau nak sampai hari nak disatukan kalau xnangis xsah. eh betul ke? i tanya ni. sebab i belum alami, so xboleh nak kongsi.



tema biru tuu uolsss. tapi betul jugak orang kata. banyak betul betul aku. 

"jangan benci sesuatu sebab kemungkinan ia baik bagi kita"



sebab kawan aku sorang nie memang paling xsuka biru. paling xsuka. eh betul x? xsangka dia kawen tema is biru. waaaa!~ erkkkzzz.
dulu aku penah janji sesuatu kalau jodoh die dengan kawan lama dia, aku nak datang tolong dua minggu. fuhhh!!~ gileer kau janji jumanji. tulah perancangan Allah kan. Maha Hebat!~ aku pun cuak jugak kalau dia baik semula. tapi aku dah tahu die nie jenis teguh and setia. (ayat kaber). thats why lah. thats why i berani mati berjanji. krikk krikk



lepas nie siap lah anak2 buah aku aku kerah reramai jadi bridemaids aku. mak2 budak gie tolong kat dapur. habis semua memang xlah nak datang umah aku sebab kena paksa buat kerja. semua wakilkan anak je datang kenduri. 


bile dok belek membelek. rupanya xbanyk gambar. tapi aku musykil jugak kenapa waktu transfer dalam drive sampai beratus. posing semua sama. xtahulah banyak gambar apa. erkkkzz!~ 




aku pun xtahu lah apa kena mengena antara gambar atas nie dengan pengantin. redah jelah sebab aku rasa gambar cantik. gambar je okey. gambar yang cantik. 


Last but not least, Tahniah Aida dan Afiq, semoga bahagia dunia akhirat dan Allah permudahkan perjalanan korang ke Syurga. aku dah speechless xtahu nak cakap apa. tulah buat masa nie. lain masa kite private2 jelah ae. 


sikurus dan sigemuk.
sicantik dan kurang cantik.

yeaaahhh!~ cik aida dah tawen.
eh!~semoga jadi isteri solehah.
memang dah tahu dh isteri yang serba boleh.
semua boleh.
masak sedap.
lori pun pandai bawak.
pandai.
pandai berdikari.
pandai masak kari.
pandai buat kerja.
baik hati
sopan santun
lemah lembut.
eh! kenapa aku asyik puji kau nie?


#Happy Chinese New Year!~ khas untuk boss yang paling aku cinta.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary