luahan perasan
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Haiii. helllo...
saja nak buat luahan perasaan yang ntah apa-apa ni. aku xtahu aku yang terlebih emosional kot. muahahahahaha saja nak mengecilkan hati. badan xkecik-kecik lagi. kecikkan hati jelah mampu. lately ni aku pun perasan emosi aku memang kurang stabil sikit. eh bukan setakat sikit malah merimpah ruah. sampai melimpah-limpah terkeluar.
ada kawan aku bincang pasal kawin-kawin. yelah depa dah kawin aku belum. xde hal pun nak bincang dalam tu. aku ade jugak jawab sesikit nak menunjukkan yang aku nie ok jerk even dalam hati hanya Allah je yang tahu. anoyying gile kan perangai semedang aku ni? sampai lah suatu hari tu kawan aku cakap
"nana cepat-cepat laaa kawin. kawin lah nana."
"eh xsempat lah nak kawin tahun ni"
"kenapa pulak? nie baru awal tahun. sempat jer. kawin laa cecepat nanti dah meningkat tua."
"mana sempat. tahun ni kan adik aku kawin. cian mak aku xde sape nak tolong. tahun depan boleh lah kot"
sedih. serius aku sedih. aku xtahu nak luah kat sapa sebenarnya tapi sekarang aku tengah gelak terkekek dengan perangai aku. hahahaha bukan sedih apa. ntah lah susah nak luah kan. bahasa kasarnya camni lah.
e'eleehhhh. mentang-mentang kau dh kawin boleh lah nak suruh cecepat kawin. jodoh tu kan Allah dah tentukan bila, dimana dan siapa. cuba kau ade kattempat aku n rasa. dikala umur yang dah lanjut nie masih xde calon. masih xde calon"
bukan aku nak jeles die dah kawin tu. tapi ayat dia tu. padahal sepotong ayat je kan. kalau nak diikutkan memang xpatut pun aku nak sentap or kecik hati tapi hati nie degil sangat.
tak lama lepas tu kawan aku cakap pulak pasal anak. aku layankan jelah. hati gua kan sado. padahal cewek nak mampus. kadang menyampah giler tau dengan perangai yang ntah pape nie. aku ada laaa cakap inshaa Allah tahun depan aku nak kawin even calon tu masih Allah xtunjukkan lagi. and dalam masa yang sama kalau boleh tahun yang sama aku nak ada anak. yelah aku boleh merancang a.k.a berangan tapi semua tu bergantung pada rezeki yang Allah nak bagi kat aku. kawan aku cakap
"masa tu aku nak tambah anak lagi sorang dah"
"jangan xdatang kenduri kawin aku sudah. hahahaha"
ada jugak masa tu kiteorang bincang pasal mengandung. yelah kalau dah kawin mesti laaa nak mengandung and dapat anak kan. bukan aku nak cakap lucah. xlucah pun apa yang kiteorang bincangkan. langsung x. cuma ada laaa pasal lekat melekat. tapi aku xtahu lah hati aku nie mengada-ngada terasa. haish. menyampah tau perasaan camni. biarlah. aku yang lebih-lebih terasa. hahahaha
aku tahu rata-rata orang akan cakap yang kawin tu best, seronok, bahagia. tapi korang kena fikir jugak hati orang yang belum kawin ni. bukan dieorang xnak kawin tapi jodoh dieorang masih lagi ditangguhkan. mungkin jodoh dengan ajal dahulu? mungkin jodoh dengan sakit yang datang dulu.
kita xtahu. semua tu kan perancangan Allah. tolonglah stop asking. kadang naik muak nak jawab. bukan xnak kawin. tipu lah semua orang nak kawin. tipu lah kalau xnak kawin. semua orang ada rasa nak kawin tapi perjalanan untuk kawin belum sampai lagi. sejak-sejak masuk umur yang agak matang nie even perangai xlah matang mana. asyik terasa je bile orang cakap pasal kawin. pasal rumahtangga. pasal mengandung. tapi ada kawan aku yang lagi positif.
"jangan risau nana. sebenarnya terasa orang tanya pasal kawin nie ok lagi bila nak dibandingkan dengan orang tanya belum ada isi lagi ke?"
tu aku memang xboleh nak komen apa lagi sebab aku masih xsampai ditahap itu. tahap yang nie pun buat aku rasa 'saia xkuad awaa'.
hahahaha menyayah je pepetang hari nie.
bukan aku xnak kawin. bukan aku berumah tangga. the first thing, jawapan yang paling cliche dan memang betul jodoh aku belum sampai. maksudnya memang Allah belum bagi tanda-tanda. dan Allah masih simpan calon aku yang ntah tersorok kat mana. masih lagi dalam perjalanan mungkin sedang membaiki diri sama juga dengan aku. apa yang bakal dipikul tu amanah yang besar. sedangkan amanah nak sampaikan salam je buat aku tercungap-cungap lagi lah amanah bab rumahtangga. kita bukan nak main pondok-pondok. kita kena terima kelebihan dan kekurangan pasangan. apa pun perangai semedang ke x semedang kita wajib terima. xboleh xterima. kita kena hadap xboleh xnak. benda dah jadi kewajiban. sebab kalau kita rasa annoying dengan member kite malas dah nak rapat or kawan dengan dia kan. xkan laaa kau xnak kawan dengan pasangan pulak kan.
aku bukan xusaha. aku usaha tapi Allah dah tulis bukan sekarang. ujian telinga, mata dan hati memang aku fail nak hadapi. nangis je yang aku mampu. aku ni memang susah sikit nak buat luahan perasaan. hahahaha selalu je buat tapi bukan sampai kedasar yang paling dalam aku akan kongsi. just cetek2 jer. xkan masuk sampai dalam lautan dalam. xkan. sebab aku pun xtahu kenapa.
sekarang ni aku cuma mampu berusaha supaya jodoh yang Allah dah tetapkan tu terbuka hati untuk menghalalkan aku. dan aku mohon supaya Allah permudahkan perjalanan jodoh aku. setakat ni hanya tu je usaha yang aku mampu. muahahahaha aku memang bukan perempaun yang gentle. gentle tu bukan untuk perempuan lah.
alaaaa sapa je xpernah persoalkan perjalan yang Allah dah tulis untuk dia. kadang aku pun tersoal. aku tahu xbaik. tapi aku akan realised kan balik. contohnya
'kenapa Allah masih belum tetapkan jodoh aku sedangkan aku dah bersedia. bersedia untuk semua. baik dan buruk'
tapi aku akan cakap balik dalam diri aku
'ada lagi tu yang kau masih belum sedia. sebab tu belum sampai masanya lagi. kau masih belum yakin. keyakinan kau tu masih lagi xsampai ditahap yang sepatutnya'
memang betul pun. dari segi dasarnya memang aku dah sedia. tapi dalam sudut hati tu masih ada lagi keraguan. sebab tulah. ok!~ i dah positif balik. hahahaha
oklah dah panjang sangat aku membebel-bebel dipetang hari yang hening nie. tu je cerita luahan xseberapa aku. muahaaaa nie luahan hati yang mengada-ngada. ok i need vacation sekarang!
Comments
Post a Comment