Cerita Hari Guru

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih :::




 
Semalam 16 Mei 2016.
Selamat Hari Guru buat Insan yang bergelar guru.
Guru yang sah bertitle guru atau guru-guru kehidupan.
ewahhhh
skema nampak.
nak buat karangan ni kena skema.

Selamat Hari Guru buat diri sendiri dan juga housemate!
saje nak wish pada diri sendiri.
itupun lepas orang wish selamat hari guru.

saja nak mengimbas kenangan lama.
kenangan zaman baik and zaman jahat.
masa sekolah rendah aku xde masalah sangat.
memang baik.
serius baik.
nak kata rajin belajar xdelah rajin belajar sangat mana pun.
cuma time darjah 6 aku memang berjuang.
berjuang nak dapat yang terbaik. sebab terinspirasi dari sepupu-sepupu aku yang pandai. aku pun nak jadi pandai juga even xlah berapa nak pandai. orang kata nak pandai kena rajin. rajin baca buku. rajin buat homework. tapi aku malas buat semua tu. malas. itu memang sifat semulajadi ada dalam diri.
bila nak hilang pun xpasti. tapi aku memang rajin sikit lagi-lagi bile aku terasa bodoh sangat kena turun kelas.

start sekolah menengah aku jadi jahat. xlah jahat tapi more pada nakal. ponteng prep. buat homework last minit and etc. tapi benda yang paling aku xboleh nak lupa sampai bile-bile. waktu form 3 aku suka argue fakta sejarah. nak kata hebat still budak mentah. budak mentah yang suka argue dengan cikgu sejarah yang dah terlalu banyak pengalaman.
setiap kali buat latihan, aku rasa jawapan aku 100% betul. tapi bile salah aku akan tetap nak tegakkan benang yang basah. even memang terang-terang benda tu salah.
naseb baik cikgu sabar layan kerenah annoying aku. beliau memang sabar. xpernah marah even tinggikan suara time aku bantah setiap jawapan yang dibagi. satu hari pun xpernah.
Bila Form 5 banyak benda salah yang aku buat effect sampai kehari ni. kalau ada pil kapsul masa, form 5 adalah zaman pilihan untuk aku betulkan semuanya



sebelum SPM akan ada satu majlis untuk jalan-jalan satu sekolah jumpa dengan cikgu-cikgu.
bila tibe kat bekas cikgu sejarah nie. ayat yang memang aku pegang kuat untuk sambung belajar sampai sekarang.

" kenapa pelajaran awk makin merosot? awak ingat saya tak ikuti perkembangan pelajaran semasa awak? kenapa dengan sejarah awak? awak banyak main ni. teruskanlah main kalau awak rasa awak itu boleh bantu mak ayah awak. awak nak kerja berhujan berpanas macam mak ayah awak? xnak kan?  saya tahu nenek awak kaya. kalau itu mampu menjamin masa depan awak. teruskan. belajar farhana. saya tahu awak boleh." 
okey. nangis!~ kata-kata die buat aku terus semangat untuk teruskan degree walaupun banyak sangat halangan. kawan-kawan aku semua dah teruskan degree sedangkan aku masih lagi tercongok kt pintu dapur.
setiap orang ada rezeki masing-masing.
dah hampir 9 tahun baru aku terimbas kembali.

skemanya!~
xtahu macam mana xnak skemakan cerita!


aku tahu aku bukan anak murid kesayangan mana-mana cikgu.
sebab aku malas.
hahahaa
kalau cikgu ingat pun sebab figura murid paling gemuk dalam kelas.

aku akui aku lebih rapat dengan cikgu-cikgu handball sebab lebih keep in touch mungkin.
lebih kepada dari hati kehati.
sebab yelah kite banyak bersama.
kalau dalam kelas kan cikgu kena adil dan saksama untuk semua.

ada seorang cikgu.
dari aku xsuka bahasa sampai aku suka plus jatuh cinta.
serius. kalau suruh buat karangan. aku lah orang paling malas dalam kelas.
memang sejak azali semua orang tahu aku nie pemalas.
pemalas untuk segala benda.
segalanya.

"banyakkan baca! banyakkan membaca kalau awak nak cerita awak tu sedap. rasa penanda tu nak baca lagi. nak baca lagi. guna ayat yang lenggang lenggok. masukkan sekali pepatah2 yang sesuai. banyak baca surat khabar. jangan malas!"

susuk tubuh yang berdiri sentiasa bagi semangat tanpa henti. tanpa jemu. sentiasa berfikiran positif.
dalam lembut ada tegas.
raut wajah yang manis. senyuman sentiasa diukir dibibir.
masih terbayang gayanya. rautnya. senyumannya.
xmampu nak bicara lebih. xmampu nak bicara yang buruk. xpernah nampak mana cacat celanya dia.
Semoga tenang disana buat arwah Puan Zanariah.
nama cikgu xkan mampu saya padam walau berubah zaman.
Alfatihah!~

#terima kasih cikgu


 

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary