Doa
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Jumaat!~
Alhamdulillah. sekejap je rasa dah sampai 5 Ramadhan.
macam rasa baru semalam terpisat-pisat nak bangun sahur.
tup-tup hari ni dah 5 Ramadhan.
sama je perjalanan hidup sepanjang Ramadhan and hari biasa cuma bile pukul 5 je lelaju balik nak masak.
eh kekadang je aku masak.
sebab osemate aku balik awal sikit.
so, die dah siap-siapkan semua. kadang balik tinggal tergolek-golek depan tv je.
sebenarnya Allah nak bagi peluang untuk banyakkan beribadah.
aiyooooo!~
berganda-ganda pahala Allah beri sepanjang bulan Ramadhan nie.
apa salahnya kita banyakkan berdoa.
doa balik mana doa yang dah kita putus asa sebelum nie.
kalau boleh jangan pernah putus asa dengan doa sebab kita xtahu doa tu bila akan Allah makbulkan.
betul.
nampak cliche kan?
tapi ini adalah hakikat.
sebab baru-baru ni Alhamdulillah salah satu doa yang aku selalu amalkan Allah dah makbulkan.
walaupun bukan semua.
walaupun lambat. tapi Allah tetap beri.
sabar.
Allah memang mendidik kita jadi orang yang sabar.
mula-mula xdelah ingat sangat pasal benda ni.
sampai lah ternampak satu artikel pasal doa.
tup!
terus teringat doa yang selalu aku baca.
ada salah satu Allah makbulkan.
nangis.
serius nangis.
tisu betul hati ni.
badan je besau gedabak tapi hati tisu.
selalu doakan untuk diri sendiri supaya dilembutkan hati untuk terima apa juga segala perjalanan yang dah Allah tulis untuk kita.
baru hidup cool guys.
redha.
bertambah cool broh.
doa nie penguat sebenarnya.
and lagi dekatkan diri kita pada Allah.
try lah doa masa sujud terakhir.
kau kan rasa ko ni bukan sesiapa
sebab dalam keadaan yang paling rendah, kita meminta-minta.
we are nothing.
dan kita xkan dapat hidup tanpa Allah.
jangan pernah putus asa untuk minta pada Allah.
jangan.
sebab kita xtahu doa yang keberapa yang Allah akan makbulkan semua permintaan kita.
mungkin ari kau putus asa tu sebenarnya Allah nak bagi tapi kau dah putus asa.
gituh lah weyh.
teruskan meminta.
lagi-lagi bulan Ramadhan yang penuh dengan Barokah.
mana tahu jodoh engkorang nak kawin dimakbulkan serta merta kan.
jangan lupa jemput!
Terima kasih!
Comments
Post a Comment