Merantau Ke Deli

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


orang kata xkenal maka xcinta. memang betul lah bila xkenal macam mana nak jatuh cinta kan?
even ada je orang cakap 

"boleh je jatuh cinta. aku kawen dengan suami aku boleh je jatuh cinta lepas kawen"

tapi dia jatuh cinta lepas kenal kan?
macam tulah perumpamaannya.


mula2 tu ramai sebut2 pasal buya hamka. teringin sangat kenapa buya hamka ni disebut2. apa keistimewaan buku dia sampai orang kata best sangat. 
kelemahan aku bab buku ni bila ada orang kata buku tu best.
tapi serius memang best.
rasa gian nak baca buku-buku dia.

Merantau Ke Deli ni buku pertama yang aku baca.
try and error.



permulaan penceritaan yang biasa pasal seorang lelaki yang biasa saja hidupnya yang merantau Ke Deli untuk mencari sesuap nasi.
berjumpa dengan seorang perempuan yang amat dia cinta.
berjanji setia sehidup semati akan sentiasa bersama.
seorang perempuan yang setia.
sangat setia sanggup bersusah senang untuk suami yang dia cinta.
berkorban apa saja.

"3 kali kita menyeberangi hidup, apabila kali ketiganya telah diseberangi dengan selamat, maka bahagialah kita. pertama, hari kelahirannya ialah hari suci. keduanya hari perkahwinannya ialah hari bakti. dan ketiga hari kematian adalah hari yang sejati."


perempuan diduga ketika mana suami tiada harta.
lelaki diduga ketika mana mempunyai selambak harta.
tapi senang lupa siapa yang susah senangnya bersama.

lelaki yang tidak dikenali semasa hayatnya tiada harta oleh kaum kerabat sekaumnya.
tapi ramai mendempel tatkala harta yg sekangkang kera dijaja mereka.
kerana dek terlalu mengikut adat.

"biar mati anak jangan mati adat"

kawinlah dia seorang lagi sekaum seadat supaya harta yang sekangkang kera itu tidak jatuh pada tangan isteri yang tidak sekampung itu.
mulut kata ya, hati yang derita.

serius best.
masih tergantung lagi apa yg aku cerita ni.
bacalah
bacalah
bacalah
xmahal pun.
bawah rm30.
rasa macam xsampai pun rm20.

really recommended!
bacalah.
sarat dengan pengajaran dan pembelajaran.

okeylah.
got to go.
terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary