2 buah buku baru Teme Abdullah

::: bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
macam mana isnin hari ni?
mood kelaut juga ke sebab esok nak sambung cuti lagi?

sempena hari last bulan April nie.
buatlah satu entri khas untuk buku baru Teme.

sumber google


tak baca lagi, jalan cerita pun tak tahu berkaitan dengan apa.
buku pun tak pegang lagi.
tak pasti pernah tak buat kembara buku pasal buku-buku Teme.
rasanya macam tak pernah.
takpe, jika diberikan kesempatan waktu aku akan tulis kat sini.
tapi kalau cari kat instagram atau twitter banyak dah orang cerita pasal buku-buku Teme.
lebih banyak kebaikan dari keburukan.

manusia ni ada bermacam habit.
beli buku suka dengan jalan ceritanya dahulu.
tertarik untuk membeli kerana orang sekeliling becerita tentang kebaikan-kebaikan yang disampaikan didalam buku tersebut.
dan lagi satu ada juga yang membeli kerana minat dengan penulisnya.

aku?
sebab aku tertarik dengan kesopanan kata-kata teme tetapi ada penegasan dengan setiap apa yang disampaikan.
bila imanpublication bukak pre-order untuk buku baru.
masa tu gaji belum masuk.

sumber google


"takpelah mungkin belum ada rezeki. mana tahu sama je kes dengan buku pertama, bila dah basi baru aku beli"

walaupun rata-rata mereka dah update dah preorder sampailah ternampak pre order dah ditutup.
kekecewaan berlarutan bila Teme kata akan jumpa supporter face to face.
first time dalam hidup sepanjang follow kat twitter dan instagram, aku reply his story.
dan masih kata dalam hati.

"xpelah ada rezeki lain. kat MPH akan masuk juga nanti walaupun beli dua buku takkan dapat RM55."

bercadang untuk pergi hari ahad.
sampailah ternampak gambar adik aku dengan Teme.
perasaan masa tu tak tahu nak cakap macam mana.
kecewanya dengan adik aku sebab dia tak bagitahu nak turun KL untuk pergi PBAKL dari UPSI.
dan dia adalah antara mereka-meraka yang terawal beratur untuk dapatkan tanda tangan dan bergambar.
dan aku adalah seorang manusia yang tidak dipilih Allah untuk berada dalam situasi itu.


sumber google



alhamdulillah Allah masih pilih untuk dapatkan buku masa PBAKL.
adik aku try untuk beratur lagi sekali sebab nak tebus kesalahan dia.
tapi waktu tu dah terlalu ramai.
dan Allah masih memilih aku untuk dapatkan tanda tangan Teme bila dia ternampak kawan dia tengah beratur untuk dapatkan sign.
walaupun hanya satu buku, lebih dari syukur.

many thanks to her, her friends and Teme.

so, ada dua buku baru.
tak sabar untuk sampai ketangan.
aku ada jumpa dalam hidup aku dua orang manusia yang seakan sama perangainya.
sopan dalam tutur kata tapi ada penegasan dan ambil segala ujian yang Allah turunkan dalam hidup mereka dengan positif sehabis baik
kerana mereka percaya, selepas kesusahan pasti ada ganjaran walaupun bukan sekarang.
setiap kesusahan ada pengajaran.
.
macam Teme kata

"apa yang ditunjukkan hanyalah keindahan. orang tak pernah tahu berapa jauh Teme jalan untuk ke Kolej. macam mana Teme menangis menahan lapar untuk jimat berbelanja yuran pelajaran. macam mana survive dengan hidup untuk dapatkan segulung ijazah."

aku kagum dengan orang-orang yang bangkit berjuang untuk melawan arus kesusahan.
dan hadapi dengan tenang.
pergantungannya hanya pada Allah.
tiada yang lain selain Allah sambil usaha dengan sehabis baik.
sifat tawakal selepas usaha yang mereka terapkan.
itu yang dijadikan pedoman.

terima kasih untuk kata-kata yang membangkitkan dari pengalaman-pengalaman yang pernah dikutip sepanjang perjalanan.

"ia akan kekal dongeng, jika engkau tidak mula berjalan"

terima kasih iman publication mengambil mereka-mereka yang berjiwa besar untuk menulis.
yang memberi semangat dengan kata-kata yang bisa memberi satu anjakan dalam hidup manusia.
terima kasih Allah memilih aku untuk mengenali mereka dari jauh.

semoga terus berjaya dan kaya dengan kata-kata!
semoga terus menulis sehingga ke akhirnya!

jap!
isi kandungan macam tak kena langsung dengan tajuk!

Terima kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary