Fitnah

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!
Salam 9th Ramadhan.

Rindunya nak menulis.
menekan laju keyboard sambil mencurah-curahkan apa yang ada dalam kepala.
takut idea lari keluar sebelum sempat menulis.

kebelakangan ni banyak isu yang berbangkit.
rasa nak komen tapi..
 biarlah mendiamkan diri itu lebih baik.
kerana tidak melibatkan mana-mana pihak.
serta lebih menjaga hati sendiri supaya tidak terlalu marah.
tidak terasa sakit hati.
bila ada manusia-manusia yang tidak sependapat dengan kita.
ambil iktibar dari tindakan mereka.
cari sudut positif, kenapa Allah pilih kita untuk tahu isu tersebut.
ambil pengalaman mereka supaya kita tidak bertindak seperti mereka.
tetapi bila kekuatan tiba, tegurlah mereka yang berkelakuan seperti itu.




fitnah media semakin berleluasa kebelakangan ni.
kerana semua hanya dihujung jari.
hanya dengan menekan button share, maka tersebarlah dengan meriahnya.
tapi, Allah beri kita akal untuk berfikir.
untuk menilai, mana buruk dan mana yang baik.
sebelum berkata, sebelum menghukum, sebelum berkongsi.
berfikir sejenak

'wajarkah untuk aku kongsi?'

kerana itu kita tidak boleh membuat sebarang keputusan bila dalam keadaan marah.
bila bertenang semua rasional akan datang.
media sosial juga bukan salah satu medium untuk melepaskan marah.
maki, caci-mencaci.
bukan apa, itu sudah melambangkan siapa diri kita.

bagi aku fitnah ni terjadi sebab atas kesalahan individu tersebut.
penampakan diri dia yang menimbulkan fitnah.
dan menjadikan manusia berburuk sangka.
maka terjadilah fitnah.
ditambah dengan mereka-reka cerita.
tokok tambah sebagai perencah rasa.
ini pendapat aku untuk sesetengah perkara.
tapi kalau orang buat baik pun masih orang nak buruk sangka.
tak tahu nak cakap apa.

ada lagi satu keadaan bila ada manusia memang suka mereka cerita atas dasar iri hati.
iri hati dengan kebaikan, kekayaan, kepandaian dan lain-lain.
dimata manusia lain, kita hebat.
tetapi disesetengah mata manusia lain, kita menjengkelkan.
manusia berbeza pendapat dan idealogi.
tidak akan sama fikrahnya walau sedarah sekalipun.
penyampai fitnah pula rasa mereka bagus dari setiap segi sudut.
berasa iri hati bila ada yang lebih dari dia.
maka terjadilah fitnah.

maka, berhati-hati bila di media.
bukan semua kita boleh kongsi.
bukan semua boleh diberitahu.
kehidupan kita adalah perjalanan yang kita sendiri lalui.
bukan orang lain.
bukan mereka.
bukan sesiapa.
kerana kita adalah kita.

jadikan kehidupan kita rahsia dari tatapan umum.
bukan bermakna tidak boleh mencurahkan idea di media sosial tetapi berhati-hati.
 bila kat blog ni aku memang suka hati sebab aku menulis untuk aku baca kemudian hari.
beri peringatan pada diri sendiri.
sebab akhirnya memang sendiri yang akan jengah blog sendiri.

mana-mana yang datang menjengah atas ilham Allah.
ambillah yang baik untuk dijadikan pelajaran.
dan buruk dijadikan pengajaran.
bagi aku hanya orang yang bertuah yang singgah.
walaupun isi tidak seberapa.
dan terima kasih sebab sudi baca.
semoga kita dapat manfaat bersama.

aku rasa orang yang singgah itu bertuah.
sebab ini isi hati aku yang jarang aku luahkan pada manusia.
pendapat aku yang jarang aku suarakan dimana-mana.
kerana aku lebih selesa disini.
tanpa mengetahui sesiapa.


pinjaman idea dari Allah untuk aku suarakan.
dan aku hanya perantara.


Terima Kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary