My Annoying Brother
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!~
korang dah habis puasa 6?
masih gigih berbaki 3 hari sahaja lagi ni.
semoga sempat sebelum berakhir syawal minggu depan.
sebab haritu puasa ganti terlebih dahulu.
insyaa Allah sempat.
ikutkan hati yang membuak-buak ni nak buat entri pasal raya.
tapi ini pun curi-curi buat entri di petang hari sementara menunggu laman web LHDN tengah hang.
jadinya, review movie jelah sebab tidak memakan masa untuk edit gambar.
tapi memang berniat nak buat review pun pasal cerita ni.
mampu buat review movie saja setakat ni sebab lama dah tak layan kdrama.
senarai bukan main banyak tapi masih belum sempat nak layan.
buku pun masih bertimbun nak kena baca.
korang pernah tengok cerita Miracle In Cell No. 7.
cerita yang sedih gila tu.
buat kawan aku yang susah untuk menangis pun boleh menangis gila-gila apatah lagi aku yang hati lembut bak salju walau ego tinggi bak kinabalu.
permulaanya agak membosankan tapi jalan cerita yang superb.
senang faham.
pengorbanan seorang abang terhadap adik.
sedih!
drama!
part sedih tu memang sedih tapi disebabkan aku tengok movie ni bersambung-sambung sampai memakan masa berhari-hari.
lebih dari seminggu aku rasa.
jadi, rasa sedih yang lebih sampai mengalir air mata itu tiada.
tapi aku tetap bagi 8/10.
seorang abang yang baru lepas dari penjara. dan mengambil keputusan untuk jaga adik dia.
walaupun mereka masih berdendam sebab peristiwa lama.
walaupun perangai annoying abang dia ni rasa macam nak tumbuk-tumbuk muka.
tapi akhirnya itu yang diingati sampai bila-bila.
adik dia pula jadi buta disebabkan accident masa tengah berlawan berjuang untuk negara.
kira macam abang datang untuk bagi moral support dan tolong untuk uruskan diri.
tapi permulaannya memang menjengkelkan.
sebab masa nak keluar penjara tu, si abang bagi alasan
"aku nak jaga adik aku. nak bagi makan kat dia"
sebenarnya dalam hati ada niat jahat sebab adik dia kaya.
at last dia sedar.
dan dia yang selalu bagi moral suppot kat adik dia sampai adik dia dapat jadi juara.
selepas incident si adik jadi buta.
si adik dah takda confident level untuk teruskan kerjaya.
oleh kerana sifat abang-abang masih ada dalam diri.
maka, si abang bertindak menjadi seorang abang yang berguna.
genre cerita ni bercampur.
more kepada family tapi kelakar!
itu yang paling penting.
pepatah melayu ada mengatakan
"air yang dicincang tidak akan putus"
sama macam dalam cerita ni.
seramai mana kawan dan sahabat kita. sebaik mana kita dan mereka.
apabila kita jatuh, hanya keluarga yang akan menerima kita seadanya.
buruk baik, keluarga yang ada untuk kita selamanya.
percayalah.
kerana keluarga adalah sedarah sedaging.
yang mendoakan kita kelak adalah keluarga kita juga.
yang buat kenduri tahlil adalah keluarga kita juga.
yang menguruskan hal-hal kematian adalah keluarga kita juga.
bukan tidak boleh mengutamakan orang luar.
tetapi utamakan mana yang menjadi keutamaan terlebih dahulu.
Terima kasih!~
Comments
Post a Comment