Pulau Langkawi Part 2!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
2018 bakal melabuhkan tirai.
2019 bakal menjelma.
semoga apa yang dilalui sepanjang 2018 diredhai dan semoga segala urusan untuk 2019 dipermudahkan hingga ke akhirnya.

marilah kita sambung part 2.
dah lama sangat bertangguh.
almost sebulan, sampai tak berapa ingat dah cerita yang mana satu.




malam tu kami terjumpa pakej untuk Island Hoping.
disebabkan kami ramai almost 14 dewasa dan 2 kanak-kanak.
kami ambil private bot
satu bot RM420 which is murah RM30 dari apa yang aku cari sebelum sampai ke pulau.
melalui online dalam lingkungan RM450 untuk satu bot.
okeylah, lebih kurang RM30/kepala.
terjumpa masa kt Chenang tu je.
tengah jalan-jalan window window shopping, terjumpa kiosk. terus je tanya dan booking.




sebenarnya aku nak ambil tempat lain.
tapi malas nak ke area sana.
maka, tempah jelah.
alang-alang dah terjumpa 
rupanya baru aku tahu ada dua jeti untuk island hoping.




sebab masa aku pergi 2015 aku ke Jeti di Pekan Kuah tapi kali ni lain sikit.
agak tak berpuas hati. sebab kita dah pernah pergi kan, so boleh buat perbandingan.
aku lebih suka island hoping masa 2015.
apa pun ia tetap seronok sebab bersama keluarga tercinta.
dan yang penting enjoy je, jangan serabut-serabut.
jangan gaduh-gaduh.



sewa private boat akan ikut masa kita.
bila-bila kita set nak pergi pun boleh tapi boat terawal adalah pada jam 9.30 pagi.
maka kami decide untuk bertolak dari rumah jam 9.00 pagi.
siap breakfast semua kat rumah.
dan parking adalah terhad ya.
jalan juga sangat sempit, maka sebelum sampai ke penghujung, carilah parking di tepi-tepi jalan.
nanti, tak pasal-pasal macam kami terpaksa mengundurkan kereta dalam jarak yang jauh.


1) Tasik Dayang Bunting

first tempat kami pergi ke Tasik Dayang Bunting.
Tiket RM5 untuk dewasa
RM3 untuk kanak-kanak 2-12 tahun
manakala untuk permainan pun kami beli pakej
RM10 untuk main semua benda.
jika diikutkan, selalunya sewaan setiap permainan berbeza.
dan jaket keselamatan pun perlu sewa dengan harga yang berbeza.
jimat sikitlah jika ambil pakej tapi dalam masa sejam, mana cukup nak buat semua perkara.



urusan di kaunter tiket pun dah memakan masa yang agak lama.
perjalanan pergi dan balik juga memakan masa yang lama.
so, mmg terasa kejap je kat dalam tu.



sempatlah main padle.
tapi tak sempat nak main kayak.



peristiwa kat sini memang aku tak boleh lupa bila spec aku kena rampas dengan monyet.
kaki mama kena raba dengan monyet.
hampeh betul monyet kat sini.
boleh plak dia jilat-jilat spec aku.

mestilah menjerit.
sampai adik lelaki aku cakap

"abaikan jelah nana. bukan mahal pun spec tu"

biasalah adik aku ni macam skema sikit.
poyo pun ada.
acah-acah hensem pun ada.
menyampah  aku.
time naik tangga, dia pesan kat kami

"jangan bisinglah, buat malu kaum je"

ingat aku nak peduli cakap dia?

"weyh, count down buat bising"

"1, 2, 3 lalalalallalalalalala"
*ramai-ramai termasuk mama*

bengang je muka dia. 
tahan gelak + tahan malu.

betabahlah dapat kakak-kakak yang taknak dengar cakap kau.
bertabahlah dapat kakak yang volume suara tak boleh rendah dari 10.
dan aku tahu kau memang orang yang tabah.

sambung cerita monyet

"bagi dia makanan"

"saya takde makanan. air je yang sy ada ni"

"mahal tak spec tu? nampak macam mahal tu"

aku hanya mampu gelak dalam hati je.

orang yang pegang beg makanan dah sampai bawah.
aku tetap jadi penunggu yang setia untuk ambil balik spec aku.
lalu, ada seorang pengunjung dengan baik hati hulurkan cikedis dia.
maka, monyet tu mencampakkan spec aku.
tapi masih belum berani untuk kutip balik.
tapi ada sorang budak dengan baik hatinya tolong ambilkan balik spec aku.
marah betul aku dengan monyet ni

"eeeeee, nana kau masih pakai balik spec yang dah monyet tu jilat-jilat"

masa kat sini, tengah sedap duduk dikawasan sekitar kolam.
tiba-tiba ada orang nak tolak aku kebawah



"jangan, aku pegang hp ni"

lepas je aku bagi mama handphone, terus sambung tolak aku masuk dalam kolam.
hampeh punya adik ipar.
kau sabar jap.

"ni prank birthday ke?"

2) Pulau Beras Basah



macam biasa, aku akan lepak tempat yang tak ramai orang.
jauh daripada orang-orang lain.
nun hujung disana.

"takpe nanti saya ambil kat sana ja. tak payah jalan kesini"



itulah untungnya ambil private boat.
dan kebetulan mmg pergi ramai, berbaloilah untuk sewa bot sendiri.
cuma kali ni tak sempat nak ambil gambar kat papan tanda 
Pulau Beras Basah.



tapi agak puas juga kami mandi disini tanpa kacau bilau dan ramai.
sebab tu aku suka kat sini.
aku pilih tempat paling hujung, bawah pokok.
so, orang yang tunggu pun tak lah panas je tengok kami.
dan sabar menanti.



kena datang lagi sekali ke macam mana ni?
termasuk kali ni dah 5 kali aku jejak ke Langkawi.
kita kumpul duti untuk jejak tempat lain pula lah ya.


3) Pulau Singa Besar



kawasan ni tempat beri Helang makan.
dulu kawasan ni dibuka untuk pelancongan tetapi dah tutup
tak pasti kenapa tapi memang ada jeti cuma dah terbengkalai.



Helang putih, adalah helang yang memang helang langkawi.
habitatnya memang dipulau2.
kira helang asal macam orang asal tanah melayu.
tapi helang yang coklat itu helang datang dari kawasan-kawasan sekitar.
ada yang kata helang dari Thailand.



selesai sudah aktiviti basah kita hari ini.
disebabkan semua kebasahan, dan kami salin baju di kawasan jeti.
cuma tak best, ada satu je tempat persalinan.
toilet tidak dibenarkan masuk untuk salin pakaian ya.
satu kepala RM1.
cas yang agak melaupau bagi aku.
dah lah kena tunggu berejam tapi sabar jelah
dan orang-orang yang menunggu orang yang salin pakaian ni pun memang orang-orang yang sabar.



overall pakej okey cuma dapat orang yang tak berapa peramah.
dan boat man pun tak berapa bercakap sangat dengan kami.
dan tak terangkan pun tentang pulau-pulau yang ada disekitar pulau langkawi.
so sad.
sebab before ni aku pergi, orang tu pun xberapa bercakap tapi dia pandai bercerita.
dan bawak kami keliling pulau untuk tengok pulau2 yang lain.
macam pulau kasut and so on.
tapi kali ni takde.
jeti pun agak tak memberangsangkan.
hampa tau hampa.

tapi enjoy e the moment with family.
yang penting kite create happiness even ada kekurangan.
kita tutup kekurangan dengan kelebihan yang kita ada.
insyaa Allah kita akan enjoy.

so, pendapat aku, ambil lah pakej Island Hoping di Pekan Kuah.
which is lebih berbaloi dan best.
jeti pun best.
bersih.
tak pasti ada toilet ke tidak tapi rasa macam ada.
dan lebih terbela berbanding dikawasan lagi satu.
ini pendapat aku, ikutlah hak masing-masing.
anda hak untuk memilih.
okey?



lepas asar, bercadang untuk ke Dataran Lang.
kalau ke Langkawi tapi tak melawat Dataran Lang tu macam tak lengkap kan.
maka, marilah kita enjoy the moment kat Dataran Lang.
ambil gambar tu xpayah lah cakap.
beribu tapi yang post hanya satu.
kira macam i setia pada yang satu.












menginjak malam, kami singgah di Langkawi Mall kat Pekan Kuah berhampiran dengan Dataran Lang.
ingatkan seronoklah dalam tu.
which is banyak barang boleh shopping.
rupanya tak best pun.
menyesal masuk.



tapi dapat jugalah mereka rembat jam.
ingatkan nak cari skechers.
okey harga lebih kurang je cuma berbeza dalam RM40 je mjacam tu.
range harga pun masih RM300++.
so, tak beli pun.



nak tengok Swtch pun masih juga dalam range RM200++.
maka kita puasa jelah dulu.



lepas dah puas meronda, oh Mall ni jam 9 dah tutup.
kami bergerak ke Haji Ismail Group untuk shopping coklat.
ingatkan mereka nak shopping baju sekali.
rupanya tak sempat sebab masuk HIG pun dah agak lewat kan.
maka, hanya sempat shopping cojlat.

try makan kat food court HIG.
okeylah boleh tahan sedap juga dan boleh untuk diterima tekak.
penat-penat makan sup, memang terangkat.
dan harga pun standard.
tak mahal dan tak murah.
boleh lah try makan dikawasan sana nanti.
nak dibandingkan dengan makan malam semalam, harini lebih berbaloi dan tak sakit hati sangat.

okey, jom balik kita tido.
part 3 aku akan sambung kemudian dan pakej sekali dengan balik ya.

jangan muntah dengan perlambakan gambar ya.
harap tabah dan bersabar.
kat sini jelah aku letak gambar banyak-banyak


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary