Misi Falling in Love!~
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Isnin!~
wuuuuu, lama gila tak update blog.
cerita Jogja pun masih tertangguh lagi.
hari ketiga masih separuh jalan cerita. baru cerita pagi belum sampai malam lagi.
almost sebulan menyepi sebab tak tahu nak cerita pasal apa.
harini saja belek-belek.
tulis je apa yang ada dalam kepala.
tajuk kau bukan main.
after 3 months baru berani nak buka cerita disini.
walaupun tiada siapa yang datang membaca, aku masih trauma nak bercerita tentang someone yang i am falling in love.
sebab aku pernah kena marah gila-gila.
dan aku diam je seribu bahasa bila kena marah.
isu kecil je pun sebenarnya bila aku meluahkan perasaan.
tapi bukan di blog.
ada satu laman web apa ntah. dan laman web itu berkunci sebenarnya.
sepatutnya bila google tidak boleh dibaca oleh orang luar.
but i dont know kenapa bila di enjin carian google boleh plak appear dimuka pertama.
menggelabah laaaa si jejaka sebab takut mak dia terbaca dan tahu.
aku diam je.
melawan tidak, berkata sepatah pun tidak.
senyap seribu bahasa.
"nanti saya padam. kalau saya tahu akan jadi benda macam ni saya takkan tulis macam tu kat situ"
"lain kali jangan percaya dengan web ni. nak meluahkan perasaan, luah je dalam diari. itu baru meluahkan perasaan"
ewaaaah. pandai dia mengajar aku macam mana dan kat mana nak luahkan perasaan.
bukan main.
buku yang aku luahkan perasaan itu pun nak bakar dah.
should be bakar sebab malas nak ingat dah kisah silam, dan cerita-cerita yang menyakitkan hati.
better lupuskan kan?
setengah jam kemudian, dia call
"sorry, sy tak sengaja nak marah macam tu. sy gelabah"
"okey"
aku malas nak banyak cakap bila aku marah. aku senyap je.
biarlah aku redakan rasa yang terbuku dihati.
biar hilang dengan sendirinya, dari time aku marah teruskan mesej bakal jadi gaduh besar dan segala caci maki keluar. so, aku akan mengelakkan sehabis yang baik untuk memaki.
bila aku dah start keluar perkataan bukan-bukan aku betul-betul maksudkan.
eh, apa cerita pasal dia plak.
azam tahun baru aku adalah untuk jatuh cinta kembali.
setelah hampir sepuluh tahun aku tutup dengan satu nama.
bagi aku cukuplah.
dan aku pun ada banyak cerita tentang aku move on after 10 years.
sebelum mencapai misi yang satu ini, banyak cabarannya.
antaranya adalah hati.
ya hati.
bukan mudah untuk buka hati seorang manusia yang kecewa untuk kembali bercinta.
bukan nak kata aku senang but i recover almost 5 months.
barulah aku betul-betul buka untuk terima sesiapa sahaja.
memang sepanjang 10 tahun ada je aku kenal dengan mana-mana lelaki untuk move on.
"kau belum betul-betul buka hati kau, sebab tu kau tak boleh nak terima orang lain"
bila aku fikir balik. ya memang betul.
alhamdulillah selepas 5 bulan.
memang dah betul-betul buka dan move on.
insyaa Allah biarlah kita terus maju kehadapan dan biarkan kenangan itu dikekalkan sebagai pengajaran dimasa akan datang.
sesungguhnya perancangan Allah itu tepat pada waktunya.
tiada lambat sesaat atau cepat sesaat.
cuma aku tak jangka secepat ini.
kerana aku akan tunggu jugak at least around 2 hingga 3 bulan.
bila dia betul-betul taknak serious, will look around orang lain yang bersedia untuk kearah lebih serious.
perancangan sebenar dia nak suprise.
nak tengok apa reaksi aku bila dia confess depan-depan.
tapi tak kesampaian.
aku pun tak tahu apa alasan sebenar dia tak boleh nak confess depan-depan dan terpaksa confess juga at that time.
pertama, aku ada cerita pada dia bahawa aku ada set someone as calon pilihan.
dia rasa tercabar bila aku beritahu macam tu. sebenarnya bukan beritahu tapi aku bertanya je. dan bila dia tanya siapa
"adalah seseorang"
dan malam sebelum dia confess, dia dah tunjukkan dia terlalu caring pada aku.
for me, dia terlalu caring.
setiap orang kan ada pandangan masing-masing kan.
aku rasa semakin takut bila pilihan dia bukan aku but aku percaya takdir Allah adalah yang terbaik sekali.
paras bergantungan aku pada Allah memang tinggi sepanjang aku kenal dengan dia nie.
sebab aku pernah ajak dia keluar.
but dia refused.
memang waktu tu dah malam.
mana tahu dia ajak esok hari tapi hampeh.
kecewa weyh, serius kecewa sangat-sangat bila kena tolak macam tu.
then, keesokkan harini aku decide untuk jogging, aku tak boleh duduk rumah. aku nak lepaskan dengan tengok sekeliling.
tak boleh nak duduk dalam bilik je.
"saya ada tak dalam listing awak tu?"
"ada kot tapi awak dah tolak"
"tapi saya tak pernah tolak. isi borang pun belum pernah lagi ni"
"eh awak dah pernah tolakkan sebelum ni. saya anggap you are refused"
"sesungguhnya saya tak pernah tolak. cuma saya perlukan sedikit masa je lagi. saya harap awak akan tunggu dan sabar tunggu. insyaa Allah it will not take a long time. awak sentiasa ada dalam doa saya dan awak ada dalam listing saya. harap bersabar yea dengan saya. jangan putus asa"
"insyaa Allah"
after that, semua jadi smooth sampai dia betul-betul confess.
aku yang confius
"you tengah berterus-terang ke sekarang ni?"
"haaa la tengah berterus teranglah ni"
"wooowwww, serious?"
"yea, im serious. but kenapa today?"
"ikut perancangan bukan sekarang tapi perancangan Allah itu lebih tepat. i nak confess depan-depan baru thrill dan nak tengok apa reaksi you. bila kita nak someone lebih baik cakap depan-depan lebih elok but cara you macam dah salah anggap, i teruskan jelah cakap. tak jadi nak suprise"
"hahahhaha alamak, sorry tak sengaja. mula-mula terasa macam diri sendiri tapi taknak bagi harapan palsu. so kita teka jelah maybe somebody else"
"takkan lah i akan cerita kat you if i nak berterus-terang dengan someone else. tak baik buat orang macam tu. i rasa tercabar bila you kata you ada set someone as calon pilihan. bila you suruh cousin you carikan untuk you. i kena terus-terang sekarang juga nampaknya"
"so kena berterima kasihlah untuk semua. semua tu asbab je"
"yea betul."
alhamdulillah, everything went well. semoga dipermudahkan hingga ke akhirnya.
salah satu misi untuk 2019 dah tercapai.
terima kasih Allah beri peluang untuk terus berkasih sayang.
terima kasih Allah beri aku rasa untuk jatuh cinta kembali.
terima kasih untuk family sebab terus-terusan berdoa.
terima kasih mama tanpa henti bagi sokongan.
terima kasih abah bersungguh-sungguh doakan anak dia yang satu ni.
aku tahu abah risau.
parents mana yang tak risau. walaupun mereka tidak pernah suarakan apa isi hati mereka.
terima kasih mereka-mereka yang sentiasa doakan kebahagiaan aku.
terima kasih sebab terus berdoa tanpa henti.
semoga segala kebaikan seisi dunia kembali kepada semua.
Comments
Post a Comment