Skin Care
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat. rajin kan? sementara masih dikurniakan kerajinan, update lah cepat sebelum rajin melebur sepenuhnya. terasa macam nak berkongsi tentang penjagaan kulit. bukan makeup and touch up. dulu bukanlah jenis seorang manusia yang menjaga tentang kulit. bila wujud kesedaran untuk menjaga pun tidak sedar. yang paling ingat adalah sejak meningkat usia ni perlukan lagi penjagaan yang rapi. masa zaman belajar, tidak berapa kisah dengan kulit muka. hanya pakai pencuci sahaja itupun kalau rajin. cuci muka hanya sekali sehari. bila waktu pagi sahaja. bila rajin sikit, cucilah sebelum tidur. suatu hari, kawan bagi cadangan untuk gunakan satu produk dari thailand. sebelum ni memang takut untuk guna sembarangan produk sebab takut muka rosak teruk tapi tidak tahu mengapa terjadi berani pula waktu itu. beli untuk cream siang dan cream malam. pakai...