Hana Turn 1!~
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Alhamdulillah.
tanggal 6 Disember 2016 tarikh keramat buat Hana Zahrah.
Semoga membesar bagaikan juara.
semoga terus-terusan menyinari kebahagian kami.
semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang mampu membimbing adik-adik.
takde buat apa-apa majlis lagi.
baru merancang nak buat bubur merah kesyukuran.
aku tak tahu nama bubur tu apa.
kira buat sekali untuk
Hana - 6/12/2016
Nana - 9/12/1990
Eira - 16/12/1992
Danish - 29/12/2004
senang bila ramai ahli dalam bulan yang sama.
sambut serentak je.
tahun lepas sambut kelahiran hana je.
Tahun ni kita tengok apa yang boleh disambut.
Semoga apa yang kita impikan menjadi realiti dan Allah kabulkan walau makan masa bertahun lamanya.
semoga kesabaran itu sentiasa didada dengan setiap ujian yang Allah kurniakan buat kita.
Terima Kasih!
Comments
Post a Comment