Hari Minggu Kami 2.0

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Selasa!~

alhamdulillah berjaya melepasi saat-saat gentir November.
bertemu lagi tahun hadapan.
perancangan mahu ke arah bidang lain.
tapi kita tengok setakat mana lari bidangnya tu.


niat di hati nak buat entry Its Random tapi bila tengok macam lebih sesuai dengan Hari Minggu Kami.
sebab semua cerita berkisar tentang hari minggu.
hari-hari biasa ni sama saja rutin hariannya.
bangun pagi pergi kerja.
tiba masa untuk balik, balik masak, makan, berehat dan tidur.
bangun pagi lagi pergi kerja.
bila rajin masaklah waktu pagi.
rutin yang sama.
tiada beza.
yang membezakan adalah hari minggu sama ada duduk rumah atau berjalan sakan menghabiskan duit.

Hari minggu yang panjang ni seronok tapi agak membosankan kalau tiada perancangan ke mana-mana.
Pagi jumaat ada perjumpaan bersama Abg Mohd.
Perancangan awal untuk sertai perarakan tetapi hanya mampu berarak atas katil saja.


dan tanpa disangka datang sebiji kek untuk si temah.
penuh dengan suprise sungguh.
semua gambar dari group.
bila pilih gambar, rupanya haritu hanya buat igstory and whatsapp story tanpa menyimpan didalam memori.
sedih!


ramai je rupanya yang lahir pada bulan Disember ni.
bak kata cik Noh

"ramai budak-budak je yang lahir Bulan Disember ni"


lepas habis perjumpaan, tuan rumah ajak kendurian dirumah.
alhamdulillah rezeki.
dah terlalu lama teringin nak makan durian .
tapi sejak harga durian terlalu mahal, tak mampu rasa nak makan.


 masing-masing teruja dengan durian.
nak beli sekrang pun kena fikir berpuluh kali.
tahan je air liur.
kalau makan ikut kira kepala macam tak berbaloi kan sebab bukan banyak pun orang akan makan durian ni.
sorang paling banyak pun dalam 2 biji.
kadang sebiji pun boleh dikongsi berdua.
macam tak berbaloi kecuali memang hantu durian, berbaloi-baloi jika ambil buffet durian.
sebab RM30 satu kepala.
makan jelah sampai puas.


Hari Sabtu memenuhi undangan.
dari Bangi hingga ke Subang.
Alhamdulillah sempat memenuhi semua undangan walaupun ada yang lambat.

Tahniah Andi & Aidil.
kenduri pertama done!


disebabkan kami datang awal sebab nak memenuhi semua undangan.
tak sempat nak bergambar dengan pengantin perempuan yang sedang bersiap.
pengantin lelaki pun main sauk je baju pengantin.
nak menunjukkan bahawa dia lah raja sehati.
sebab kenal lah buat macam ni.
kalau tak kenal, memang xde lah gambar dengan pengantin.


panas pun panas lah.
yang penting gambar cantik.


terus ke Sungai Besi.
dah terlalu rapat dengan keluarga K.adib.
kalau tak pergi kenduri Zul ni macam serba salah.
masa macam ni jelah kami nak jumpa.
sebab raya pun tak sempat datang haritu.

Tahniah Zul & Liza.
Semoga berbahagia hingga ke syurga.


tak boleh lama-lama.
tapi tetap terlama.
kelam kabut terus ke Shah Allah.
dah jam 3 baru sempat 2 kenduri.
memang kejar mereka-mereka yang buat di dewan sebab masa yang terhad.


Tahniah Haziq & Sara.
Semoga terus-terusan berhagia sampai syurga.

Dalam banyak-banyak gambar, gambar selfie jugak yang nampak cantik.
hahahahahhaa
gambar lain agak hampeh sikit.
bukan sebab tukang gambar yang tak pandai mengambil gambar.
tapi aku yang tak pandai posing.
huduh benar aku posing.


Rumah paling last!~
sampai lepas asar.
dalam jam 5 lebih.
tak dapat nak elak.
kalau buat kat dewan, kebarangkalian untuk tidak pergi adalah tinggi.
masih ada lagi makanan.

Happy Birthday Naylie.
semoga membesar bagaikan juara.

tetamu paling last juga.


kek unicorn tu memang sedap!
makanan-makanan semua tempat pun sedap.
serius sedap.

perancangan sebenar hanya nak duduk rumah sepanjang hari minggu kecuali hari sabtu.
apakan daya, manusia hanya merancang.
Ahad keluar ke Paradigm sebab kebanyakkan barang dah habis dan semata-mata nak makan ais krim di Family Mart yang baru buka di Paradigm.
gigih kerana aiskrim.


matcha aiskrim.
tak tahu apa nama specifik yang Family Mart bagi.
yang penting makan.


Rock Melon.
tak silap hanya ada bulan ini saja.


dan masa untuk rewad diri sendiri.
sebab berjaya mengharungi bulan sebelas dengan jayanya walau pening, mabuk kepayang dan migrain selalu datang.
walaupun kebanyakan client buat hal.
alhamdulillah.
berakhir fasa kesibukan buat sementara waktu.


paling favourite kalau lepak kat Zemai Shushi.
harga pun favourite jugaklah.
harga seketul kalah harga nasi goreng ayam sepinggan.
satu untuk temah. satu untuk nana.
ikut selera anak tekak memang nak banyak.
duit pula tak berselera.


niat asal nak gie beli toner yang sudah kehabisan selepas 6/7 bulan guna.
dan ini baru masuk botol yang kedua.
alhamdulillah setakat ini okey kulit muka selepas breakout hari tu.
nak bertukar toner.

sumber google

ramai kata okey cosrx.
dan hari tu Hermo pun ada buat promosi.
tapi perasaan takut masih menghantui diri.
nanti bila dah betul-betul okey baru nak bertukar.
sekarang fasa kumpul duit untuk beli essence atau serum.
fuhhhh!~

kata orang tak salah pun nak bagi reward pada diri kita selepas penat bekerja.
bukan untuk sesiapa.
untuk diri kita sendiri.
kepuasan diri sendiri.
biarlah orang nak kata, xperlu makeup diri untuk menarik perhatian orang lain untuk kata kita cantik.
sebenarnya bukan pujian yang kami mahu pun.
lebih kepada kepuasan diri sendiri.


Terima Kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary