Three of Us
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Disember bakal ke penghujungnya.
walaupun hari ni baru 18.12.17 tapi dah terasa sebab dah banyak sangat jumpa Year End Sale sana sini.
ada part yang suka dalam Disember sebab sambut hari lahir diri sendiri.
tapi part yang x best adalah bersepah jualan akhir tahun ni.
tak tahu ke kiteorang ni xberduit?
sabar jelah.
saja nak menulis.
maka terciptalah entry Three of Us.
Happy Birthday To Us.
terasa masih muda remaja walau umur dah selangkah maju ke usia tua.
masih tak terasa dah berada dalam lingkungan lewat 20-an.
eh?
sejenis perangai tak sedar diri memang macam tu.
padahal tahun depan dah 28.
"ish tahun depan kita dah menginjak ke 28 lah. waaahhhh usia 8 tu bakal menjelma."
"alaaa rilek laaaa. kita ada masa setahun kot nak 28."
"aar. rileks laaaa"
tak tahu lah situasi tahun depan macam mana.
masing-masing ada rasa nak kawen di usia 28 tapi masing-masing masih belum ditunjukkan siapa empunya jodoh.
bukanlah nak kata terdesak.
tapi umur dah menginjak.
kita merancang, Kalau Allah masih simpan dan tahun depan bukan tahunnya, #Kitaok.
cuma merancang. konon macam dah sampai tahap ready.
padahal dalam hati masih tertanya
'eh ready dah ke?'
kadang perasaan tu masih berbolak balik lagi antara nak dan taknak.
masing-masing baru sampai tahap selesa kan.
tahap nak berjalan sana-sini gembirakan hati.
apa lagi nak buat bila bujang dah penat bekerja.
bak kata kawan aku
"sekali sekala berhabis untuk diri yang dah penat kerja. berjalanlah rehatkan diri."
Selamat Hari Lahir untuk kita bertiga.
semoga tahun 2018 adalah tahun yang menyinari hidup kita dan menjadi kita insan yang lebih baik dunia akhirat.
semoga apa yang kita rancang sama seperti rancangan Tuhan buat kita.
semoga kita sama-sama melayari bahtera kebahagian dunia dengan bahagia untuk menuju kesyurga walau perkahwinan bukan berpihak untuk kita bertiga di dunia.
semoga rahmat Allah itu sentiasa ada untuk kita dan diperluaskan rezeki untuk kita.
sekiranya perkahwinan itu membahagiakan kita dunia dan akhirat, menjadikan kita hamba yang lebih hebat dunia mahupun akhirat, melahirkan rasa cinta yang lebih mendalam terhadap Allah, menjadikan seorang anak yang solehah untuk kedua ibubapa dan bakal ibubapa, maka mohonlah agar Allah dekatkanlah perkahwinan itu kepada kami, sekiranya tidak maka mohon agar dijauhkanlah dan kurniakanlah sekiranya kami benar-benar bersedia walaupun hanya di syurga.
jadikan yang lepas sebagai memori. yang baik ambil untuk dijadikan panduan. yang jahat tinggalkan agar ia menjadi pedoman buat masa hadapan.
mungkin sejarah bakal berulang tetapi tidak mungkin akan sama.
apa aku merepek ni pun xtahu.
Terima Kasih!
Comments
Post a Comment