Hikmah i
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk
menempuh segala onak dan duri yang telah Engkau tetapkan untuk hamba-hambaMu
yang layak bagi ujian ini..dan Engkau tahu sedangkan kami tidak tahu akan
sesuatu yang terbaik buat kami melainkan Engkau yang mengilhamkan kepada
kami...dan andai apa yang telah Engkau tetapkan ini adalah yang terbaik buat
aku serta bakal suami ku kami akan
terima jalan yang telah Engkau bukakan ini, semoga restuMu sentiasa mengiringi
perjalanan hidup kami” Ana mengusap lembut raut pipinya seusai berdoa kepada
Allah. Dia yakin bahawa Allah sudah
menetapkan ini adalah yang terbaik buat dirinya.
Dua bulan yang
lalu....
“ana,mak dan
abah minta maaf sangat pada ana. Mak tahu ana tengah tunggu akan seseorang tapi
mak rasa dah terlambat sangat kalau ana sentiasa fikir akan dia.” Ujar Puan
Salmah pada anak sulungnya itu dengan penuh rasa berhati-hati tanpa
mengguriskan hati anaknya itu.
“ mak,kenapa
nie?ana xfaham lah. Kenapa tiba-tiba mak cakap macam nie. Ana xpernah tunggu
sesiapa pun mak. Cuba mak berterus-terang je pada ana. Apa yang dah terjadi
sebenarnya.” tanya ana dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu apa yang
telah berlaku sehinggakan ibunya meminta maaf.
“mak dah terima
pinangan orang yang datang meminang ana sabtu lalu. Mak rasa ini adalah yang
terbaik untuk ana dan mak xsanggup lagi orang akan berkata-kata yang buruk
pasal anak mak yang sorang nie. Mak faham keadaan ana dan mak harap ana takkan
tolak lagi seperti yang lepas-lepas ye nak.” Puan Salmah seakan-akan memujuk
anaknya agar bersejutu dengan pinangan tersebut.
“ Ya Allah
mak,kenapa xbagitau ana hal nie. Kan ini melibatkan antara hidup dan mati ana.
Hidup ana mak.” Ana meraup mukanya dan setitik demi setitik air itu turun dari
kelopak matanya. Dia tidak berdaya dengan santapan yang menerpa kedalam
telinganya tentang kenyataan ibunya sebentar tadi.
“ana,mungkin
abah tak pernah halang ana untuk berkahwin dengan sesiapa pun pilihan ana tapi
mak dan abah dah tak sanggup rasanya nak dengar spekulasi yang tak betul
tentang diri ana. Abah rasa inilah masanya untuk kita memperbetulkan.” Kali ini
giliran Pak Hamid pula memujuk akan anaknya itu dan dia berharap ia akan
berhasil.
“abah,ana sampai
tak tahu nak cakap apa. Berikan ana masa untuk dapat jawapan dari Allah ye
abah. Apa sahaja jawapan dari Allah ana akan terima walaupun ana xkenal dia,”
ana terkedu dan dia masih menitiskan air matanya. Kenangan lama menerpa
kembali.
**********************************************************************
‘kekuatan seorang pejuang islam itu pasti ada
penyokong yang tegar dibelakangnya..umpama Muhammad Pesuruh Allah dan Siti
Khadijah. Saya tahu saya tidaklah sehebat dan sesempurna Nabi Muhammad. Saya
juga tidak mengharapkan seorang serikandi yang sesetia Siti Khadijah, cukuplah
bagi saya seorang yang mampu memahami siapa diri saya’
Raihana
tersenyum sendiri setelah membaca pesanan ringkas yang telah dihantar oleh
Asyraf. Dia berfikir mahu membalasnya setelah dia selesai segala kerja-kerja
yang terbelengkalai sebentar tadi.
“ha!~buah hati
dah mesej la tuh..senyum-senyum sengsorang. Dah macam kera dapat bunga,”
“bukan kera
dapat bunga lah nad. Zaman sekarang ni kera dapat mesej dari buah hati tu...”
sampuk fiza sambil tersenyum dengan kenyataan yang telah dibuat oleh rakannya,
nad.
Nad sudah ketawa bertentangan arah dengan fiza
sambil mengeyitkan matanya untuk mengenakan sahabatnya.
“amboi,korang
nie. Pandai je..saya dengan Asyraf kawan je ok.tak lebih dan tak kurang..,”
“yelah tu
kawan..ntah2 ‘kawan’ kuts.,”sambung fiza sambil tangannya membuat gaya yang
raihana sendiri tidak mengerti.
Raihana segera
ke arah mejanya untuk menyambung dan dia malas mahu membidas kembali kenyataan
sahabatnya, nad dan fiza. Hal ini kerana dia tahu jika dia berterusan membidas
sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai. Hatinya berbunga dengan
kenyataan Asyraf sebentar tadi apabila dia tidak membalas pesanan ringkas
sebentar tadi.
‘ saya rindukan awak dan sentiasa akan rindukan awak’
‘saya tahu dan saya sentiasa tahu. J’
‘busy ke?dah makan?’
‘quit busy rite now.later,we text again yer.jangan
merajuk tau bucuk’
‘alaaaaaaa....nak merajuk jugak!’
‘yelah2..saya layan text awak tapi xboleh selalu
yer.’
‘baik mem!’
‘pandainya...’
‘saya tau..saya memang pandai’
Raihana sibuk
dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta tugasan sebagai wakil
pelajar sehinggakan dia terlupa untuk membalas kembali mesej yang diberikan
oleh Asyraf. Tanggungjawab sebagai seorang senator yang telah dilantik oleh
para pensyarah menyebabkan kadangkala Raihana tidak mempunyai masa untuk
dirinya sendiri.
Bukan dia tidak
menolak akan tetapi pemilihan yang telah dibuat ini adalah melalui syura’.
Disisi islam kita tidak boleh untuk mempertikaikan keputusan syura’ dan
Rasullah sendiri sering mengamalkan sistem ini untuk mengambil sesuatu
keputusan.
‘Ya Allah pinjamkanlah aku sedikit kekuatanMu serta
kekuatan para RasulMu dalam perjuangan menegakkan agama suci ini. Sesungguhnya
aku tahu Engkau tidak akan menguji kami sebesar zarah pun seandainya Engkau
tahu tidak mampu kami galasi. Terima kasih Ya Allah.’
Raihana meraup
wajahnya yang kepenatan sepanjang malam dengan kerja-kerjanya tidak pernah siap
walaupun saban hari dia sering melakukan tugas tersebut. Dia selalu meminjam
semangat ibunya yang tidak pernah putus-putus memberikan dia semangat untuk
menggalas segala amanah yang diberikan.
‘ana, segala
amanah yang manusia berikan itu adalah amanah dari Allah sebab Dia tahu ana
boleh dan manusia itu adalah perantara untuk Allah sampaikan amanah itu.
Mungkin didunia ini kita tidak mendapat apa-apa balasan tapi percayalah ana
Allah tidak akan mensia-siakan segala pengorbanan kita’
“mak....ana
rindu mak,” setitis demi setitis air turun dari kelopak matanya.
*********************************************************************
Dirumah itu agak
sibuk memandangkan majlis hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Raihana hanya
memandang kosong ke arah hantaran itu. Dia rasa perlukah dia untuk meneruskan
sementara masih ada masa untuk dia membatalkannya. Itu adalah majlisnya bukan
majlis untuk orang lain. Perlukah dia menunggu akan sesuatu yang tidak pasti
akan menjadi miliknya kelak?
“Astagfirullah
al’azim...apa yang dah Ana fikirkan nie? Back to the real. Majlis just around
the corner. Ya Allah, bukan aku menyangkal keputusan dariMu. Aku tahu aku perlu
terima semua itu. Aku hamba yang hina Ya Allah. Aku lemah Ya Allah.” Ana
menitiskan air matanya kembali.
Disebalik pintu
seseorang sedang ralit memerhatikan Raihana. Air mata seorang ibu menitis akan
nasib anak sulungnya itu. Dia tahu Raihana yang menanggung akan tetapi dia
tidak sanggup untuk melihat hati itu robek kembali akan spekulasi yang sama
sekali tidak benar itu.
“Ana, boleh mak
masuk?” tanya Puan Salmah sambil mengukirkan senyuman buat insan yang sangat
tabah mengharungi ujian dunia.
Dia bangga akan
Raihana yang kuat menghadapi ujian demi ujian ini. Seorang wanita yang kental.
Tidak sekali rebah sebelum kebah. Tidak sekali akan mengalah sebelum mengerah.
Dia bangga menjadi ibu kepada wanita ini.
“eh mak.
Masuklah. Tak payah minta izin pun mak. Apa lah mak ni.” Senyum Raihana dengan
telatah ibunya sebentar tadi.
Tangannya
membelek hantaran untuk memperelokkannya. Satu persatu matanya memerhati akan
hantaran itu.
“Ana.” Sayu
sahaja panggilan itu. Puan Salmah seakan payah hendak mengeluarkan
kata-katanya. Dia serba salah.
“Ya mak.”
Raihana memandang wajah mulus ibunya sambil tersenyum.
“ jodoh
pertemuan, ajal maut itu semua takdir Allah. Allah itu Maha Perancang. Kita
sebagai manusia juga ada membuat perancangan dan tidak semua perancangan kita
ini akan selalu sama dengan Perancangan Allah yang Maha Hebat. Sehebat mana
sekali perancangan kita andai tidak seiring dengan apa yang telah Allah
rancangkan tidak juga akan menjadi. Allah tahu apa yang terbaik buat kita Ana. Mak
tahu Ana mungkin payah untuk terima semua ini dengan sekelip mata. Tapi Mak
taknak lagi dengar apa yang orang-orang cakap tentang anak mak. Hati mak sayu
sangat. Setiap kali mereka berkata-kata, mak selalu fikir apa salah anak mak
buat pada mereka.” Air mata itu turun lagi.
Raihana sayu
dengan luahan dari hati seorang ibunya. Dia memeluk orang tua itu sambil
meluahkan kata-katanya.
“Mak. Terima
kasih kerana bersama-sama Ana mengharungi ujian ini. Ana minta maaf sangat kat
mak sebab Ana mak dengan Abah kena dengar segala cemuhan berbaur fitnah itu.
Ana kuat kerana Allah kurniakan Ana seorang ibu yang sangat tabah. Seorang abah
yang tidak pernah sekali jemu mendoakan Ana agar tidak sekali rebah. Mak terima
kasih juga buat keputusan ini untuk Ana. Terima kasih Mak. Pilihan Mak adalah
pilihan Ana. InsyaAllah Mak, Ana akan redha.” Raihana mengusap air yang
merembes melalui wajah tua itu.
Wajah itu yang
berhadapan dengan cemuhan. Wajah itu yang selalu meraup doa buat anak yang
dikasihinya. Wajah itu yang mendamaikan hatinya. Wajah itu jua yang selalu
menyejukkan hatinya.
********************************************************************
Comments
Post a Comment