Hikmah ii
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Raihana yakin
ini adalah jawapannya. Pada malam pertama dia bermimpi sedang bernikah. Hanya
satu malam sahaja dia bermimpi. Hatinya pula tergerak untuk menerima sahaja
pilihan itu. Bahkan dia ada bertanyakan hal ini kepada Ustazah Harlina selaku
sahabatnya semasa dikolej dahulu.
“Ana,
sebaik-baik pilihan itu adalah pilihan ibu bapa kan. Apa yang mereka pilih
untuk anak gadis mereka pastilah yang terbaik bagi mereka. Sebab mereka hendak
menyerahkan amanah Allah itu kepada sebaik-baiknya. oleh itu mereka pasti
membuat pilihan yang bijak” sambil tangan Harlina menunjukkan ‘thums up’.
Kemudian dia tersenyum.
“Dahlah Ana. Tak
payah kusutkan fikiran sangat. ‘dia’
pasti bahagia bila tengok Ana bahagia kan. Lagipun Ana dah dapat sign
kan tentang mimpi tu. Even just sekali je. Tapikan petanda tu datang bukan
sahaja datangnya dengan mimpi sahaja. Gerak hati kita pun ye. Dan bertanya yang
pakar. InsyaAllah itulah jawapannya.”
Raihana
termenung. Dia masih juga buntu akan jawapan itu. Dia perlu segera memberitahu
keputusan kepada ibunya kerana pihak lelaki juga ingin membuat persiapan.
“ustazah Ina
tunggu sahaja jawapanya nanti ye. insyaAllah Ana takkan lupakan Ina yang banyak
bantu Ana dalam kekusutan ni” senyum Ana sambil menghulurkan salam.
“Ina nak dengar
jawapan yang positif tau!” ujar Harlina sebelum Raihana menutup pintunya.
Raihana hanya mampu tersenyum.
***********************************************************************
Raihana seakan
rebah akan fitnah yang baru sahaja dilontarkan oleh Asyraf sebentar tadi. Dia
tidak tahu bagaimana Asyraf boleh kenal dengan Lokman. Dia menangis semahunya.
“makkkk..... Ana
seakan rebah atas fitnah ini. Ya Allah ujian ini untuk hambaMu yang layak
bukan. Adakah aku insan yang layak akan ujian ini?aku tahu Engkau pencipta
ujian malah Engkau juga pencipta nikmat selepas kesusahan ini. Semoga aku tabah
Ya Allah. Semoga aku menjadi golongan yang redha.”
Dia kembali
mengimbas adegan sebentar tadi.
“
Assalamu’alaikum. Minta maaf Ana lambat tadi baru je habiz kelas terus rush gie
sini. Abang Lokman pun ada kat sinie?” termengah-mengah Raihana mengucapkan
kata-katanya.
“wa’alaikumsalam.
Siapa dia nie Ana?apa perhubungan antara Lokman dengan Ana?” tanya Asyraf.
“dia kawan
sekolah Ana dulu merangkap jiran Ana,” jawab Raihana dengan jujur.
“oooo...kawan...setakat
kawan sahaja atau bekas kekasih yang sudah menjadi teman sekatil?” perli Asyraf
dengan nada yang agak perlahan tetapi masih jelas nada kemarahannya.
“Astagfirullah.
Apa awak merepek ni? Minta maaf ye, saya xlayan dengan cerita-cerita yang
sebegini rupa. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya selesaikan.” Marah
Raihana. Dia segera bangkit dari kerusi itu. Hati panas dengan tohmahan yang
diberikan sebentar tadi.
“ Awak taknak
layan sebab awak tak mahu mengaku kesilapan awak kan. Oleh sebab itu awak lari.
Nak lari dari kesilapan yang pernah awak buat dulu. Yes! I admit that u masuk
sini untuk berubah. Tapi kisah ranjang tentang awak pula yang saya dengar”
lantang suara itu. Perasaan Asyraf marah. Kenapa orang yang sering memberikan
kekuatan, kata-kata semangat berbaur doa buatnya saban hari adalah insan yang
jijik.
“Ana, kenapa
xnak beritahu saja dia tentang kita. Apa yang telah kita lakukan. Abang
rindukan Ana. Serius abang rasa i can’t stand without you in my life”. Ujar
Lokman.
Raihana
menjeling kearah Lokman. Jelek dengan rayuan itu. Muak,jemu serta menyampah
dengan fitnah yang dilemparkan oleh Lokman. Ternyata apa yang diperkatakan oleh
Lokman tempoh hari adalah benar. Dia akan sedaya upaya untuk mendapatkan
Raihana. Dengan cara kotor sekalipun dia sanggup asalkan Raihana menjadi
miliknya.
Nadirah
menghampiri Asyraf dan Lokman. Dia geram akan fitnah yang dilemparkan terhadap
sahabat baiknya sebentar tadi. Nadirah dari tadi hanya menjadi pendengar dari
jauh. Dia pada mulanya tidak mahu masuk campur kerana dia hanya memegang tiket
untuk meneman sahaja. Nadirah mengusap lembut belakang sahabatnya yang sedang
mengalirkan air mata seakan mengumpul kekuatan untuk fitnah yang baru
dilemparkan.
“
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Ya Allah berikan Ana kekuatan untuk berbicara. Asyraf, memang saya
mengaku bahawa dulu saya bukanlah Raihana seperti hari ini dan saya berniat
datang kesini untuk berubah. Ana takkan dapat lari andai itu benar terjadi pada
Ana. Ana xsuka untuk melayan cerita yang karut seperti ini kerana tanggungjawab
Ana banyak lagi disana. Untuk apa Ana lakukan semua itu sedangkan awak sendiri
tahukan Ana cukup menjaga maruah keluarga Ana. Maruah mak dan abah Ana yang
selalu mendoakan supaya anak mereka menjadi anak solehah yang bisa menjadi
tiket buat mereka kesyurga kelak. Allah itu tahu setiap apa yang tidak
diketahui oleh hambaNya itu. Allah itu Maha Adil. insyaAllah suatu hari nanti
kebenaran pasti muncul. Open your eyes Asyraf. U dun know me very well who i am
actually. Terima kasih pernah hadir dalam hidup Ana walaupun untuk seketika
tetapi Ana tetap akan hargai.” Usai dia melemparkan katanya itu dia mengalihkan
pandangannya kearah Lokman.
“sampai hati
abang kan buat Ana macam nie. Sejauh mana sekali pun abang akan lemparkan
fitnah itu Ana yakin mak dan abah pasti akan tetap sokong Ana. kawan-kawan Ana
takkan lari dari Ana. bila kebenaran muncul, Ana minta maaf andai kemaafan itu
tidak akan menjadi milik abang. Abang adalah insan yang ana sanjung suatu masa
dahulu tetapi bukan lagi sekarang. Andai ini jalan yang abang pilih, Allah itu
tahu abang. Allah maha Melihat setiap sudut hati masing-masing. Abang teruskanlah
hidup atas kesiksaan orang lain. Semoga Allah memberikan hidayah kepada abang” raihana
tidak dapat menahan sedu. Laju sahaja air itu melalui wajahnya. Dia tidak
mengesat bahkan dia biarkan sahaja air itu terus mengalir.
Raihana berlalu
pergi meninggalkan bilik itu. Dia tidak mempedulikan mata yang memandang.
Perjalanan yang singkat pada kebiasaannya dirasakan begitu panjang. Hatinya
pedih. Dia merintih.
‘Ya Allah, bantu
aku dalam ujian ini. Tatkala gembiranya aku Engkaulah peneman. Tatkala sedih
menerpa Engkaulah peneman yang setia Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.’
“ sampai hati
kau kan Asyraf. Mempercayai fitnah dan xdengar apa pun yang Ana nak cakap.
Kalau aku jadi Ana, bila kebenaran itu muncul suatu hari nanti untuk memberi
kemaafan pada kau dan kau Lokman xde lagilah untuk korang berdua.
Bertitik-titik air mata Ana dan keluarga dia jatuh akan fitnah ini, memang
sampai bila pun aku sukar untuk maafkan korang sebab dia keluarga dunia akhirat
aku” Nadirah menghempas pintu dan berlalu pergi.
******************************************************************
Raihana
mempersiapkan diri untuk membantu keluarganya diluar pula. Bahagian dia untuk
hantaran sudah siap. Bahagian pelamin diruang tamu pula akan disiapkan pada
malam ini selewat-lewatnya kerana majlis pernikahan akan berlangsung pada esok
hari.
“kahwin juga
anak kak Mah tu kan. Beruntunglah badan dah ditebuk sana tebuk sini pun masih
laku lagi. Bersyukur!” ujar salah seorang jiran berdekatan rumah Raihana.
“anak dia kan
cantik, lemah lembut, sopan, ayu. Mestilah ada sahaja orang yang berkenan ape
lah akak ni.” Bantah kak Rina
“ ala, ko xtahu
ke sejarah dia tentang dahulu kala. Bila Lokman datang meminang tidak mahu pula
dia menerima. Apa yang tidak ada pada Lokman tu. Kaya pun kaya. Rupa pun ada. Lengkap
serba serbi.” Cebik Mak Minah.
“ makcik Minah
kalau setakat cantik rupa. Kaya harta. Serba serbi lengkap luarannya tapi
dalaman kosong tak guna juga. yelah... Lokman tu kan anak buah makcik, dan
makcik pula yang datang untuk wakil merisik. Memang la makcik panas. Sebab mak
pun tahu mana permata mana intan berlian. Akaq saya belum buta untuk mengenal
mana agama mana nafsu. Allah dah tunjukkan banyak kebenaran Cuma makcik je yang
tak mahu terima kebenaran itu. Makcik nak dengar apa yang telah Allah berfirman
dalam surah Annur. Seorang lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan
seorang wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang JAHAT adalah
untuk wanita yang jahat dan wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat!”
tegas suara Ariana mempertahankan kakak yang sangat menderita akan fitnah itu.
Ariana terus
berlalu meninggalkan dapur. Panas dia dengan kenyataan sebentar tadi. Masihkah
tidak selesai lagi perkara yang telah bertahun-tahun berlalu. Sebaik sahaja dia
melalui ruang itu dia terpandang seorang insan yang sedang mengalirkan air mata
yang entah berapa kalinya.
“kak Ana?”
tangannya segera menyeka air yang mengalir wajah yang amat dikasihinya.
“ adik, xbaik
adik cakap macam tu pada orang yang lebih tua dari kita. Biarlah apa yang
makcik nak cakap yang penting orang yang akak sayang percaya akak xbuat semua
ni. Jangan sampai mak tahu perkara ni berulang lagi ye. Akaq dah xsanggup nak
tengok air mata tua itu mengalir lagi.” Raihana tidak jadi untuk masuk kedapur.
Dia kembali menuju ke ruang tamu dimana tempat keluarganya berkumpul.
“kak Ana.”
Ariana memanggil dengan nada yang sayu.
Raihana
memalingkan tubuhnya kearah Ariana. Dia tersenyum. Dia bahagia ada sebuah
keluarga yang memahami akan keadaan dirinya.
“kak Ana,adik
bangga sangat ada seorang akak yang sangat tabah. InsyaAllah pilihan mak dan
abah itu adalah yang terbaik. Trust me! Adik dah tengok. Just chill ye shayang
what condition you’re. Disebalik ujian yang telah Allah berikan pada kak Ana
banyak kenikmatan yang telah Allah berikan pada kita semua. Allah itu pemberi
ujian dan dia jugalah pemberi nikmat.” Ariana sudah mengembalikan senyumannya.
Ariana segera memeluk tubuh kakaknya sambil berjaan menuju kearah ruang tamu.
‘terima kasih
Allah’
“adik ambil ayat
kak Ana ye. Tengok nota-nota dalam buku kak Ana la tu. Amboi sejak bila pandai
ni?” dia menarik hidung mancung adiknya itu.
Sejak
akhir-akhir ini apa sahaja yang diperkatakan oleh adiknya seakan dia pernah
terbaca.
“hehehe sejak
adik tidur bilik kak Ana. nak amik berkat orang bijak.”
“yelah tu. Ke
nak amik berkat kahwin?”
Mereka gembira
terutama Raihana. Dia bahagia. Terima kasih Allah atas ujian ini. Ujian ini
merapatkan kembali jurang antara kami. Ujian ini mendamaikan perhubungan kami.
Ujian ini menguji kekuatan kasih sayang kami. Terima kasih Allah. Terima kasih.
“ Mak Yong nanti
kita dengan Farisha jadi flower girl boleh x?” tanya anak buah Raihana dengan
nada yang agak manja.
Mereka tersenyum
dengan telatah anak kecil itu. Masing-masing sedang sibuk membungkus
cenderahati buat tetamu.
“boleh sayang.
Nanti Dania duduk sebelah Mak Yong ye.” Raihana mencium pipi sicomel itu. Dia
segera duduk bersebelahan dengan kakak iparnya.
“ Ana, masih tak
mahu tahu siapa bakal suami Ana? sikit pun xmahu tengok sebelum kahwin nie?tak
rasa menyesal ke kalau pilih dia?” soalan demi soalan bertamu.
Alia tidak
mendesak Raihana untuk mendapatkan jawapan. Alia meneruskan sahaja kerjanya tanpa
membuka soalan lagi.
“kak lieya bagi
Ana siapa pun dia, dia tetap suami Ana mulai hari esok. Hodoh ke cantik ke
bukan paras rupa yang Ana pilih. Cukuplah abah dan mak yang menilai agamanya
memadai bagi Ana. kalau sekarang xtengok, esok pasti wajib tengok juga kan?”
tawa Raihana.
Raihana membuat
syarat kepada tunangnya agar tidak mengajak untuk berjumpa bahkan berhubungan
juga tidak boleh. Biarlah ada perantara buat mereka. Raihana mahu menjadikan
hari pernikahan itu merupakan hari pertama dia melihat siapa gerangan suaminya
itu.
Selepas asar
mereka menyambung kembali hasil kerja yang hampir sahaja siap.
“Assalamu’alaikum...Ana...”
satu suara disudut pintu ruang tamu itu.
Semua dengan
secara serentak memandang kearah pintu masuk kediaman itu. Raihana sangat
terperanjat. Seseorang yang sangat dirinduinya. Seseorang yang sangat
diperlukannya saat ini telah kembali.
“wa’alaikum...”
‘salam’ hanya
mampu menyambung disudut hati yang dalam. Hatinya bagai tertusuk dengan apa
yang dipandang. Pandangan yang sayu dihadiahkan buat tetamu itu. Lantas dia
memeluk sekujur tubuh dimuka pintu. Air matanya tiada henti ketika ini. Allahu
Rabbi. Terima kasih Allah mengembalikan dia. Terima kasih Allah. Terima kasih.
******************************************************************
#belum ade mood nak berentry bagai!~hurmmmm....
Comments
Post a Comment