Its Random!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!
short weekdays.
esok dah cuti semula.
seronok betul kalau setiap minggu seperti minggu ni.
tapi tulah bila dah cuti panjang, nak buat keja memang mood kelaut sikit. 
nasib baik bulan ni bulan relaks sikit.
buat keja rileks-rileks je xpayah terkejar-kejar sangat as long as masa due date semua dah siap hantar.
style keja aku gituh.
moh ler layan gambar yang ada xberapa ada nie.
sepatutnya semalam aku buat entry Its Randam. menjadi xpatut tu jadi hari Jumaat.



Last week hari last Cik Aten.
terima kasih stay lama kat ofis dari intern and 2 bulan as temperory staff.
belajar rerajin okey.
semoga berjaya dunia akhirat.
and still gonjeng like always.
maaf kalau ada salah silap and terkasar bahasa sepanjang pengenalan kita.
sebab aku rasa aku garang je dengan dia nie.
tapi kalau jenis xamik hati okey je sebab ada masa aku okey, okeylah.




Terima kasih bagi saguhati.
terharu.
sebenarnya ramai je yang bagi saguhati lepas dieorang habis intern tapi xamik gambar plak.
huhuhuhu
xpe akan akak abadikan dalam ingatan sebagai memori yang indah yang x lapuk dek hujan xlekang dek panas.
eceeehhhhhh!~
sedap gile strawberry nieh.
nasib baik ada pesanan dari ika nak sikit kalau ikutkan hati memang aku nak habiskan sekotak.
macehhh atennn.
lebiuuuuuuuu.


minggu lepas minggu barang online semua sampai.
bukan semua pun barang aku.
ada barang kawan aku sekali tu.
sebab sekolah kan dah tutup.
so, dia tumpang pos kat alamat ofis.
barang chilindo tu memang barang aku.
kalau dah start bid memang xingat dunia.
dapat lah 8 barang semua.
tu pun masih nak bid lagi.
nanti kalau rajin aku share apa dalam kotak chilindo yang aku bid tu.


dah lama aim si peripera nie.
lama gila.
rasanya since awal tahun hari tu.
sabar je hati nak beli.
sebab harga asal rm40 something.
kat shopee ade sale rm25 satu.
and kalau beli rm30 and above free postage.
cepat-cepat lah grab.
sebelah kiri tu temah punya and sebelah kanan tu aku punya.
suka warna dia sebab ala nude sikit.
tapi peripera ni banyak jenis sampai aku pun xtahu yang jenis mana satu.
sekarang tengah aim serum and moisturizer plak.
tengah dalam mood sabar je nie.
ikut napsu memang dah sambar je.
kita tungu sales jap.
hahahahhaa


lepas sukan taski kiteorang ada majlis jemputan ana Encik Ismam.
salah satu aku adore dengan Encik Ismam ni, even kiteorang jumpa beberapa kali je dia masih ingat nama sorang-sorang.
boleh dikatakan jumpa setahun sekali itupun kalau ada majlis kt rumah dia or sukan taski.
selain dari tu memang kiteorang xjumpa.
then, cara jemputan dia memang macam orang dulu-dulu.
dia akan mesej sorang-sorang.kalau kita akan bagi dalam group je kan dah mewakili semua.



hari sabtu minggu lepas saja dating bertiga.
kat kampung dengan sapa jelah aku nak dating kalau x dengan budak bertiga ni or budak berempat.
abaikan muka budak penuh satu kamera.
dah laa kat depan.
dah janji nak belanja dieorang kalau dapat duit undi.
asyik menuntut je.
lagipun nini nak sambung belajar dah.
so, gie laaa makan jugak.



serius aku xingat semua nama menu.
kahkahakh
aku nak try ni sebab aku suka toboki a.k.a rice cake tu.
tapi tapi aku x really recommend amik ni kalau makan kat k.fry.
sebab bagi aku kurang sikit.
plus tambah cheese.
lately aku makan makanan yang bercheese akan muak.
memang muak.
dalam ni ada kupang, soon, toboki, tahu, udang and sotong.



one of the signature dish kat kfry.
sedap tapi aku xberapa suka sangat.
manis and pedas.
pedas tu macam pedas samyang.
not really like.
sedap memang sedap tapi xkena dengan tekak aku sangat.
tapi aku baca review ramai je suka ayam nie
then, aku order goreng garlic.
okey yang tu memang aku suka.
bagi aku memang sedap.
tekak aku lah.
malangnya lupa nak amik gambar.


cocktail ocean nie pun sedap.
kiteorang kongsi tiga orang.
recomended lah.
kena lahdengan harga.
kalau mahal tapi xsedap aku belasah jugak orang tu karang.


nak order melon bingsu.
tapi melon habissss.
order mango bingsu.
sedappppppp!~
nasib baik kiteorang pilih ni as dessert.
kalau as appertizer, kecewa teruk aku.

"save the best for last"




masa hari raya haji haritu semua decide nak kumpul rumah pakcik aku.
sebab baru lepas major operation cancer.
kat leher.
serem je aku tengok leher pakcik aku tu.
tapi memang dia betul-betul kuat nak sembuh.
yelah doa isteri, anak-anak and orang sekeliling serta semangat dia.
semoga cepat sembuh.
biasa memang kiteorang akan portluck je.
tapi tuan rumah masak jugak tanda penghargaan kepada tetamu tanda terima kasih.
eh orang jawa memang macam tu.
bila orang datang rumah xsah kalau xbagi makan.
kebanyakannyalah.



dewan kolej ungku omar, upsi.
masa hari kejadian hantar nini gie upsi.
mula-mula nak amik cuti sebab nak cuti isnin.
baik betul Dato Sri Najib terus bagi cuti.
hahahhaa
jimat cuti aku.
sebab awal bulan sepuluh nanti nak amik cuti.
nanti karang bising plak ofismate aku asyik cuti je.
*mata keatas tangan di bahu*



ni jelah gambar yang sempat di ambil.
sebab nini pun dah nak kena dengar taklimat .
angkat barang cecepat then terus gerak turun.
and kiteorang pun gerak balik.
masa dalam perjalanan balik  semua dah berpisah.
aku gerak dulu.
tapi kiteorang jumpa balik kat restoran jejantas sungai buloh.
kuat betul jodoh.
hahahahaa
ni kes aku tunggu kat burger king lama sangat.
menyampah betul aku.
belajar rerajin nini.
semoga terus berjaya hingga ke akhirnya.
semoga kita sama-sama mampu genggam segulung ijazah sarjana sesama.
aminnnnn.


last but not least.
amik gambar sebakul muka depan kamera.
ni gambar fresh minggu nie.
hari rabu hari tu.
bila bosan memang selfie jelah kerjanya.
sebab aku tengah kecewa, kawan aku tunjuk lipstick jenama local ANAS.
cantik tapi mahallllll.
sedih.

Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary