Malang Tidak Berbau
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Hari sabtu petang yang mendung.
tiba-tiba aku teringin sangat nak makan donat.
sebenarnya lama dah teringin tu.
tak tahu kenapa suka donat.
lagi-lagi kalau donat yang lembut dilimpahi dengan gula.
Ya Allah sedapnya.
memang teringin donat yang jenis macam tu.
donat yang fancy tu tak lah teringin sangat.
kawasan ofis ada makcik jual nasi lemak van.
ada jual donat tapi selalu habis.
kecewa betul hati.
disebabkan terlalu teringin.
gigihkan jugak.
lagi-lagi bila petang tu kelas dibatalkan.
hari jumaat dah siap sedia beli bahan yang takda kat rumah.
cadang nak buat petang.
boleh bawa malam rumah abg Syasya sebab ada meeting malam lepas maghrib.
bila sukat tepung, tak cukup.
kecewa.
tapi tetap teruskan juga buat walaupun tepung tak cukup.
masih menggunakan resepi yang asal.
mula nak derhaka resepi pertukaran marjerin dengan butter sekali terpaksa derhaka dengan ke tidakcukupan tepung.
redha.
masa buat doh, terlebih air. dah bercadang untuk kurangkan air.
maklumlah, pertama kali nak buat donat.
masih bersemangat sebab nak guna periuk baru hasil bid dari Chilindo hari tu.
adunan donat tu memang lembik.
dan sangat.
susah nak bentuk dan buat bulatan kat tengah-tengah.
takpa masih teruskan dengan menggoreng.
bontot pan agak licin dari pan yang biasa.
dah perasan masa angkat gorengan donat yang kedua tapi nak betulkan jap lagi.
lepas angkat donat yang terakhir.
malang tak berbau, pan terbalik dan tumpahan minyak panas terkena pada kaki.
menggeletar badan sambil jerit
"panassssss. panassssss"
berlari kawan-kawan serumah aku ke dapur.
tengok apa yang terjadi.
tergagam tanpa buat apa-apa.
"rendam kaki dalam air. rendam"
tapi aku masih termenung merenung kuali yang tergolek dan saki baki minyak yang tertumpah di lantai.
selepas beberapa minit baru rendam kaki sambil kawan aku tanya sepupu dia nak buat apa.
dan persoalan terluah
"kenapa minyak panas tu terkena kaki aku?"
"kalau terkena aku lagi parah. dah laaa kaki aku dah berkudis"
"bukan aku nak kata supaya terkena kau tapi kenapa kaki aku yang kena.kenapa minya tu tak tumpah atas lantai"
"itulah. sudah takdirnya begitu"
sepatutnya dalam 6.30 dah bergerak ke sungai buloh
disebabkan malang tak berbau, terpaksa lambat sikit.
macam-macam cara untuk hilangkan rasa panas.
rasa panas terbakar.
memang terbakar.
satu kaki terkena siraman minyak panas
lalukan air, bertapa dalam bilik air.
bila kaki tak terkena air, rasa panas mula terasa dan macam rasa dipanggang.
solat maghrib pun sebelah kaki dalam rendaman air.
tak tahu macam mana lagi nak solat supaya kaki tak terasa terbakar.
dalam dilema nak teruskan pergi meeting ataupun tidak.
hati berbelah bahagi tetapi kena juga pergi sebab taknak keseorangan dalam rumah.
dalam keadaan hati yang masih berduka lara.
ditambah pula dengan kejadian donat tidak menjadi dan ditambah lagi dengan dugaan minyak tertumpah atas kaki.
dah cuba pakai stokin basah. letakkan tuala basah atas kaki masih terasa terbakar.
masih kena lalukan air tempat terbakar.
cuba memakai gel aleo vera.
alhamdulillah boleh bertahan walaupun dalam jangka masa yang pendek.
satu malam habis satu botol.
sebelum itu, sapu Vegi Vera keluaran Zhulian.
Ya ampunnnn. rasa terbakar.
sangat!
"sabar. sabar. tengah meresap ke dalam kaki"
macam nak bagi kaki bila dia kata macam tu.
sebab memang panas. kalah kepanasan dengan colgate.
sebab menjerit-jerit juga.
tak lama menjerit, menangis sebab memang tak tahan.
cepat-cepat basuh.
tragis.
bila teringat balik, tak sanggup rasanya terkenang bagaimana rasa terkena simbahan minyak panas.
tak sanggup.
sampai bila-bila tak sanggup.
keesokan harinya kaki mula membengkak sehingga ke hari ini.
hari keenam selepas kejadian.
tak sangka sampai tak boleh berjalan dan kaki membengkak dengan jayanya.
sakit betul nak berjalan.
bila Allah tarik nikmat berjalan.
Ya Allah, indah sungguh nikmat berjalan dengan sempurna.
kekecewaan yang berganda.
donat tak menjadi.
simbahan minyak pada kaki.
pandang pada sudut yang positif.
ada sebab kenapa kaki yang terkena.
semoga terus tabah dengan ujian yang tidak seberapa jika hendak dibanding dengan ujian mereka yang lebih berat.
Terima kasih!
Comments
Post a Comment