Handphone Hilang
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Isnin!~
susah rupanya hendak beralih angin bercuti kepada angin bekerja.
masih lemau memikirkan seronoknya bercuti.
siapa yang tidak risau kehilangan telefon?
semua orang risau termasuk pengguna terakhir sebab pengguna terakhir selalunya ada kebarangkalian yang tinggi untuk menggganti balik sekiranya kesalahan itu dijatuhkan keatas dia.
aku juga takut untuk jadi pengguna terakhir ni sebab bukan hak milik kita kan.
alhamdulillah dua tahun sudah handphone kesayangan dalam perkhidmatan.
syukur!~
sebab lepas dapat apa yang diingini, rasanya takde benda lain nak lagi dah.
dan tidak terfikir hendak bertukar handphone sebab memang ini adalah gadjet yang paling diidami sudah berada dalam genggaman.
macam tulah.
bila hilang, aku macam tak dapat nak fikir apa handphone yang aku nak pakai selepas ini.
lepas balik dari makan malam di Restoran Abang steamboat & Grill, Cameron.
aku dan temah naik kereta Amin memandangkan kereta yang aku naik sebelum ini dah penuh dan padat.
bila tiba dirumah, selepas letakkan walkie talkie atas meja, terus naik keatas sebab hari pun dah malam kan.
masa untuk tido memandangkan esok ada lagi perbincangan awal pagi sebelum keluar sambung berjalan.
letak beg atas katil, dan mula cari handphone.
tapi takde.
pelik. macam mana boleh takde dalam beg.
takut tertinggal atas meja kat Restoran tadi,yelah sebab bersuka ria masa kat sana.
orang tua-tua kata
"jangan seronok sangat, nanti ada yang menangis"
dan aku takut aku adalah salah seorang yang akan menangis malam itu.
pujuk hati.
'cool down nana. rileks. cari dulu.'
kalau boleh aku tak mahu libatkan orang lain. taknak libatkan kawan-kawan aku sebab aku rasa memang kecuaian aku.
sebelum pencarian kali pertama dalam kereta Amin.
perasaan aku kuat.
pernah dengar?
"kita ni perempuan, ada sixth sense lah!"
macam tulah yang aku rasa.
masih terngiang-ngiang dalam kereta apa yang aku buat.
sebab mereka takut aku tertinggal kat restoran masa makan.
tapi aku pula rasa, tak mungkin tertinggal kerana terbayang-bayang dalam kereta aku nak bukak maps untuk balik ke homestay.
tiba-tiba Amin kata tak payah buka sebab dia dah ingat jalan untuk balik ke homestay.
kemudian, dia hulurkan walkie talkie sebab agak susah untuk memandu sambil pegang walkie talkie.
aku turun cari kat kereta Amin sorang dan dalam masa yang sama Mijah tolong buat panggilan dari atas.
xjumpa.
masa tu cool lagi.
muka masih biasa. riak biasa. naik bilik cari lagi sekali dalam beg.
selongkar beg dan suruh mijah dan Mawi selongkar beg tapi tetap tak jumpa.
kali kedua selongkar dalam kereta, ada orang angkat panggilan tapi tutur dalam bahasa cina.
kali ni misi mencari bersama-sama Kak Khaulah.
sebenarnya tak mahu susahkan orang lain.
biar aku cari sendiri sebab aku rasa ni kecuaian aku sendiri.
malu pun ada sebenarnya.
"dah sudah...siapa pula yang amik hp ni"
masih belum dijumpai.
kak khaulah masih gigih mencari disekitar kereta.
dalam masa yang sama dah masuk jumpa Amin untuk pulangkan kunci.
bila pulang kunci tu dah tak tahu nak buat apa.
kosong gila dalam kepala sebab tak sangka berjalan di Cameron jadi tragedi buat aku.
tapi masih berlagak cool dan cuba calm down sehabis baik.
terus naik ke bilik.
masih cuba mencari dalam beg.
selongkar sehabis baik dah ni.
temah cuba telefon Restoran tempat kami makan malam.
tapi mereka takda hp atas meja.
kemudian, kak khaulah naik bawa hp.
hati melonjak-lonjak.
akhirnya....
'xpayah fikir nak beli handphone apa pulak lepas ni. sebab xmampu dah nak beli jenama yang sama sekarang'
"jahat betul dieorang ni. apa kata esok awak buat-buat merajuk. turun lambat sikit. depa ni nak kena ajar sikit. dari dulu perangai masih tak berubah asyik nak sorokkan handphone orang"
*high five!*
"lambat 5 minit je naaaa. jangan lambat-lambat sangat"
"eeeiiii. marah pulak aku, dah laaaa aku orang terakhir yang pegang. siap bergaduh dengan Mawi betul ke dah bagi kat Nana. xmampu saya kalau nak ganti balik"
"kena amik mood dulu ni kak."
*tarik turun nafas*
"amik mood nana. amik mood"
"esok awak jangan layan dieorang. diam je sambil buat muka. biar ada rasa bersalah sikit."
"siapa yang sorokkan kak?"
"hafiz. tapi masing-masing bersubahat."
"patut laaa saya turun masing-masing senyap dan tengok saya bukan main. tapi saya memang ingat saya nak buka maps nak balik sini."
sebelum tido dapat pesanan ringkas dalam group.
"semua rijal sila buat solat taubat esok pagi"
tapi kat atas bukan main, ketawa terbahak-bahak.
cuma dalam suara yang perlahan.
takdelah perlahan kadang terkuat juga.
tak sangka, kat bawah pun buat mesyuarat tingkap juga.
esok pagi tak rancang sebenarnya nak turun lewat sementara mereka baca mathurat.
disebabkan belum iron baju dan tudung tu yang turun lambat dan temankan Ina untuk uruskan Qayeed.
sedangkan dalam hati dah bercelaru.
'macam mana nak turun ni. apa riaksi muka yang sesuai ni'
nak turun ke taknak tapi ada yang dah bagi pesanan
"ingat merajuk."
"jangan lama-lama sangat nak turun. paling lama 5 minit je naaa"
masa kat tangga bukan main turun naik nafas.
nak tahan gelak.
muka bukan main cemerot-cemerot untuk tahan gelak.
bila kat bawah, rijal semua nak duduk bersandar di dinding terlindung dari pandangan bila aku turun.
tak sangka takut juga rupanya.
masing-masing dah tanya kenapa aku tak turun.
tu yang takut tapi Abg Syasya nak taknak kena hadap.
tambahan, dah kena ceramah dengan isteri malam tadi sebab bersubahat.
siapa suruh bersubahat!
bukan boleh tahan lama pun.
akhirnya tergelak juga dengan lawak yang entah apa-apa.
tapi akhirnya tragedi hp berakhir dengan,
"nanti abang belanja nana Shellout ae"
sebenarnya xdelah marah. biasa je perasaan tu.
lebih kepada lega sebab akhirnya jodoh aku dengan handphone masih panjang.
dan semoga panjang hingga ke akhirnya.
sebab ini adalah handphone impian aku dari dulu.
dan ini adalah handphone pertama aku beli dengan duit aku sendiri sepenuhnya.
dari zaman lepasan SPM, handphone yang aku guna semua pemberian dari orang lain.
Alhamdulillah. memang tak terbalas jasa-jasa orang yang memberi.
handphone sekarang ni sentimental value sangat tinggi.
sebab handphone dan peti ais adalah aset yang mampu aku kumpul sepanjang aku giat menjadi guru sambilan.
sekarang tak lagi.
sebab itu xmampu nak beli hp yang sama.
bila hilang sementara pun blank, xtahu nak fikir apa.
xde rasa nak nangis ke nak ketawa.
kosong!~
sebab sentimental yang terlalu tinggi.
setiap kali pergi travel, xpernah lari dari tragedi.
tapi, tragedi ini yang menjadi pengalaman berharga buat kita.
kita rasa kesusahan ketika ia sedang berlaku.
dan kita rasa memorinya selepas ia berlaku.
memori itu yang kita bawa sehingga mati.
tak terkubur dan tidak mati di hati.
malah tetap segar dalam kotak ingatan selama ia diingati.
"boleh kau tahan gelak ae"
"satu malam turun naik nafas weyh berlatih."
Sekian terima kasih!~
Comments
Post a Comment