Lullabies!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
lama betul tak buat pengembaraan buku.
banyak je yang nak di review kan tapi tak sempat dan akhirnya terlupa.
sementara rajin ni.
ayuh lah!~

lama betul nak menghabiskan buku ni.
sebab kalau bab puisi ni selalunya aku laju sikit.
dalam sehari dua dah habis.
mungkin disebabkan mood untuk membaca agak liat, tu yang agak lama.
memakan masa dua minggu juga kot.




ini kali kedua baca puisi bahasa inggeris rasanya.
serius best!~
rate 8/10.
menggunakan ayat yang biasa.
ada certain yang guna ayat aras tinggi.


disebabkan tahun 2018 ni berazam untuk membaca lebih banyak.
semoga lebih banyak juga entri Kembara buku yer.
insyaa Allah.


taklah semua puisi semata-mata.
ada juga penceritaan.
kebanyakaan yang aku post ada kaitan dengan hidup aku.
sebab macam ada kena mengena kan.



selalu kita sebagai seorang perempuan akan memegang harapan bila seseorang cakap kat kita

"insyaa Allah kalau ada jodoh kita, kita akan bersama"

"bila tiba masanya"

sedangkan dalam masa yang sama, tiada kesungguhan untuk ke arah yang lebih baik dalam sesuatu hubungan.
 benda ni menyedarkan aku lah.
buat apa berdiri lagi pada harapan palsu sedangkan harapan yang benar sedang menanti.




banyak yang aku alami.
yelah penulis pun seorang perempuan kan.
mesti dia pun pernah mengalami benda yang sama.
tu yang rasa 

"eh!~ kenapa macam aku juga"

"eh, sama perjalanannya!"







aku pernah main kunci2 nie.
yelah zaman kanak-kanak hingusan kan.
saja konon dialah orang terakhir dalam hidup kita.
betul, ni zaman masa belasan tahun dulu
tapi xsangka plak sampai laaa ni susah nak terima orang lain.

ke korang yang susah nak dapat pasangan pernah main benda alah ni?
hahahahaa


bagi aku sesiapa yang tengah putus cinta tu memang sesuai sangat baca buku ni.
bagi semangat pada diri sikit supaya bergerak.
bergerak menuju ke suatu tempat yang lebih bagus.
jangan terus berhenti di satu tempat.
kerana kita belajar dari belakang untuk kehidupan di hadapan.
better move on.






bagi aku cinta ni sukar untuk ditafsirkan.
sebab cinta tidak berbentuk.
bergantung pada setiap individu, apa yang mereka fikir tentang cinta.
setiap orang ada pengertian masing-masing.
bergantung.
dan yang aku faham, ia bukan selalu membahagiakan.


ada banyak lagi isi kandungan.
bacalah.
bacalah.
bagi aku berbaloi untuk baca.
aku suka buku-buku yang macam ni, ada juga kata-kata perlian.
ada juga kata-kata semangat.
ada juga yang sedih-sedih.
seimbang.
berbaloi untuk mengisi masa lapang.

kita baca bukan bermakna kita sedang putus cinta.
kita baca bukan bermakna kita hanya baca tentang cinta manusia.
kita baca bukan kerana kita sedang bercinta.
kita baca bukan bermakna kita nak tunjuk kesedihan kita.
kita baca untuk menambah ilmu di dada.
ilmu banyak cabang.
tidak kira apa sekali pun, bila kita membaca, dapat tempias sedikit apa yang kita baca, sampaikan sedikit kepada mereka, ia sudah berbaloi bukan?
setiap orang punyai pemikiran berbeza.
tapi ini adalah saya, tidak memilih genre.
ikut rasa hati nak baca yang mana.


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary