All The Best In Future!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Hai!
Salam Khamis!~

Ya Allah, lama betul tak masukkan apa-apa entri.
niat murni dihati memang selalu ada tapi apakan daya.
semua itu angan-angan saja.

sebenarnya dah bosan sangat bila buka blog masih nampak entri yang sama sejak Julai yang lalu.
Julai adalah bulan yang paling sedikit entri mampu buat.
hati dan perasaan serta idea tak kunjung tiba.
itu yang mendiamkan diri saja.

sejak akhir-akhir ni selalu pula letak gambar budak-budak yang dah habis intern kat igstory.
bukan apa, dulu time yang lain mereka takde igstory lagi.
sebab tu tak letak.
boleh bagi alasan macam tu?

aku perasan, batch kali ni memang aku sentiasa tegas.
garang.
kuat membebel.
malas nak layan sangat.
dan malas nak layan orang yang tanya benda yang sama banyak kali.
bila aku dah cakap sekali, aku mengharap dieorang terus faham.
tapi aku faham, manusia memang selalu lupa.
kerana aku juga manusia.
bergantung pada mood sebenarnya.
dan gaya pertanyaan.

"itu pun jadi isu?"

bagi aku, itu adalah isu sebab aku tak suka dapat soalan yang menjengkelkan.
tapi kadangkala aku meraih pelbagai pertanyaan.
tak semua orang ada sama tahap pemikiran dengan kita.
tahap pertanyaan.
mungkin aku juga dulu orang yang memberikan soalan yang menjengkelkan.
itu yang dapat balik sekarang.

dalam masa yang sama, aku kesian dengan mereka.
mereka baru nak praktikkan segala teori yang mereka belajar.
jadi, pemahaman agak lambat sedikit.
dan kita tidak boleh untuk menyamakan level pemahaman masing-masing.
cuma jangan jadi Mahasiswa yang hanya hebat pada teoritikal.
bukan seorang Mahasiswa yang hanya membaca untuk menjawab dengan baik atas kerta peperiksaan.
faham dan hadam.

ini aku tidak maksudkan pada sesiapa.
secara umum sejak aku supervise mereka sebagai orang yang lama dalam bidang percukaian.
tapi satu semangat dieorang yang aku kagum walaupun selalu label aku kakak garang.




"nanti jangan lupa akak kat sini Shah. jumpa kat mana-mana jangan buat-buat tak kenal pula"

"kak, mana boleh saya lupa kak nana. akak yang paling garang saya pernah jumpa"

dieorang masih lagi bertanya.
mungkin bos yang suruh tanya dan mereka tiada sumber mana lagi yang boleh ditanya.
by hook or by crook, memang kena tanya jugalah kan?



tapi ketahuilah, mereka adalah batch yang paling aku terasa penghabisannya.
sebab kebanyakkan mereka baru mula rapat sebulan sebelum habis.
dan mereka jugalah yang berkobar mengumpul duit untuk buat jamuan raya.
sedangkan berapa sen sangat yang mereka terima.
mereka jugalah yang belanja KFC di hari terakhir.
sedih weyh.

mereka berani je nak bergelak tawa bersama.
tadah jelah telinga bila kena membebel tu.
awal-awal je muka garang.
dan garang gila nak mampus
(baru dapat gelaran malam tadi)
sebab bila mereka kena membebel, dan kena hadap bos untuk bentang kerja yang diberi.
i will comeback to them to ask how.
apa yang bos cakap.
apa yang bos marah.
then, biasanya aku akan cakap

"takpe, buat je macam yang dia nak."

"akak, nak tahu bos cakap saya penipu."
sambil berjalan kearah meja

"macam mana plak dia boleh cakap penipu?"

"bla bla bla bla. boleh plak document yang saya nak tunjuk, depan dia tak jumpa. tu yg dia kata saya penipu. sabar jelah kak"

sambil kami gelak sakan.

gosip tu macam biasa tak kira lelaki atau perempuan.
apa jelah gosip yang kami nak hadap melainkan pasal kerja.
dan kerja dan kerja.
kira macam mereka mengadu tentang masalah dengan client.
perkara biasa lah tu.

hari terakhir.
nampak macam ramai yang nak beransur pulang.
aku request bergambar.



"korang ni taknak ke bergambar dengan aku? tak kenang budi langsung ae"

"hahahahhaa siap cop tak kenang budi"

"jap kak saya panggil semua"

"weyh amik gambar jom. kak nana dah kata tak kenang budi"

pertemuann yang rapat dalam masa yang singkat.
terima kasih atas peluh dan keringat.
tanpa mengeluh walau hujan dan panas.
keluar untuk hantar barang atas setiap permintaan.

sampai tak sampai hati nak suruh keluar walau kadang mereka suka boleh claim balik elaun perjalanan.
time hujan tu paling kesian dan sedih.
serius.
kesian sangat.
lagi-lagi bila kena berjalan jauh.
okey taknak ingat.
sedih.

tapi kalau aku taknak keluar sebab malas. 
parking susah dapat.

semoga berjaya dan kaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
dan terima kasih kembali kerana bertahan.
aku tak layak untuk terima ucapa itu dan aku hargai kalau ia benar dari sudut hati korang.
tapi korang ni banyak main-main je.
bukan boleh percaya sangat masing-masing.


aku lemah sikit dengan orang yang baik dengan aku.
hati aku macam jatuh.
luluh.

"kenapa baiknya kau ni"

perempuan kan?
mudah tersentuh bila ada yang baik dengan mereka.
dan aku sangat mudah tersentuh bab ni.
dan ketahuilah, sesungguhnya muka je nampak garang gile, kalau mengajar someone sangat garang lagi-lagi bila lambat faham tapi hati selembut baldu.
gituhhh!

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary