Jelesnyaaa!~
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Rabu!~
Salam 10 Zulhijjah 1439H.
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha bagi semua ummat islam.
cerita Aidil Adha kita cerita nanti ye.
insyaa Allah semoga diberikan kerajinan yang berpanjangan.
cerita Aidil Fitri pun masih tak masuk entri lagi.
saja nak berceloteh sebab rasa macam dah lama tak berceloteh dipetang hari ni.
(waktu menulis entri!)
selalukan dengar perkataan ni
"eee jelesnyaaaaa"
"jelesssnyaaa"
"jelesnya"
bagi aku bila seseorang menyatakan dan menyuarakan perkataan ini, mereka tidak bermaksud untuk jeles.
means, mereka tidak terbawa-bawa kedalam hati.
tapi kadangkala apa yang disimpan itu yang dikeluarkan.
bukan?
eh mana-manalah.
tak kisah.
lebih kurang mereka tidak cemburu berlebihan sehingga boleh memutuskan hubungan.
haaaa gituh!
ceritanya begini, aku share di Facebook baru-baru ni tentang perancangan si bujang trang tang tang ni pergi berjalan ke Thailand.
aku dah lama sebenarnya cakap kat kawan aku pasal benda ni.
dan terjumpa satu kawasan yang aku nak pergi.
kali ni bukan pulau.
kira jalan-jalan santai.
aku nak pergi pun sebab pernah nampak kawan aku pergi awal tahun ni.
dan tempat tu buat jantung aku luluh.
kira jatuhh hati lah.
kami merancang dan Allah yang menentukan.
semoga apa yang Allah rancang seiring dengan apa yang kami rancang.
sebenarnya baru cakap kosong je pasal planning ni.
sebab ada yang lebih dekat lagi yang kami sedang rancang.
cuma yang sedih, perancangan untuk pegi ke Sabah tak jadi seperti yang kami rancang.
dan ia telah menyebabkan salah satu penegasan dalam diri aku dilanggar.
tapi takpelah belum ada rezeki nak pergi lagi.
insyaa Allah ada rezeki lain yang menanti.
okey, sambung cerita.
ada a few of our friends suddenly cakap
"jelesnyaa dengan perancangan orang-orang bujang ni"
"jangan jeles sis. jom kita rancang sama"
aku tak sangka pula apa yang aku share tu dapat menarik minat ramai orang.
sebab sebelum ni apa-apa yang aku share, biasa je.
nak dapat like 3 orang pun susah.
dan aku tahu kawan aku pun takdelah nak terasa hati ke apa dengan perancangan kiteorang.
cuma.
" ramai kawan-kawan kita yang dah kawin selalu jeles dengan kita sebab kita bebas untuk berjalan kemana saja"
"tapi kita juga jeles dengan mereka kerana dah punya keluarga disaat kita tiada siapa"
"biasalah manusia. selalu melihat kelebihan orang lain yang Allah beri. dan selalu merasa kekurangan pada diri. sama-samalah bersyukur kerana setiap manusia perjalanan kita berbeza. "
sebenarnya bukan kali ni sahaja kami dapat respon yang sebegitu.
banyak sebenarnya dalam kalangan kawan-kawan kami sendiri.
kadangkala sehingga terasa hati.
tapi kami okey dan fikir mungkin itu adalah permulaan untuk kami bertukar khabar berita.
mungkin itu dijadikan topik yang awal untuk mula bicara..
jeles dan cemburu pada pandangan aku membawa makna yang berbeza.
ini pandangan aku. tidak tahu atas orang lain.
jeles ini jelas pada perkataan sahaja.
dilontarkan perkataan itu tanpa membawa maksud apa-apa.
cemburu ini lebih bahaya sedikit.
kerana setiap bicara berbaur perasaan itu.
"hanya jauhari yang mengenal manikam"
aku suka memerhati.
aku suka hadamkan dan dengar dengan jeles setiap butir bicara manusia.
tapi aku juga manusia.
selalu silap percaturan.
kami doakan semoga anda mampu berjalan, travel, bercuti bersama keluarga, dapat menunaikan umrah bersama keluarga dan sentiasa dikurniakan rezeki yang cukup yang Allah redha.
bagi mereka yang belum dikurniakan anak, semoga Allah berikan mereka pada waktu yang sesuai dan semoga ia menjadi bekalan amalan untuk mereka kelak.
bagi yang belum dikurniakan jodoh, semoga perjalanan jodoh mereka dipermudahkan dan dikurniakan pasangan yang Allah redha dan disatukan pada masa yang sesuai.
insyaa Allah semoga apa yang kita hajati, yang kita impikan menjadi kenyataan.
usaha juga jangan lupa ya.
buangkan yang keruh, ambil yang jernih.
buangkan yang hitam, ambil yang putih.
berhenti mengeluh.
rasa macam nak cakap kat semua orang.
tolonglah berhenti mengeluh.
mengeluh apa saja tentang kehidupan korang.
mengeluh tentang pasangan.
mengeluh tentang anak.
mengeluh tentang pekerjaan.
mengeluh tentang ujian
sedih tau baca.
serius sedih.
walau aku masih dalam fasa mengubah diri.
fasa perbetulkan diri.
dalam masa yang sama aku nak juga tiada negative people around me.
daripada kita mengeluh, lebih menjengkelkan hati.
ayuh kita mohon dan minta apa yang kita mahukan.
kerana itulah undangan kita dalam kehidupan.
jika keluhan demi keluhan yang diundang.
keluhan yang kita ungkapkan itu yang datang.
jika kita mohon dan bayangkan yang indah-indah tentang kehidupan.
keindahan yang akan terpancar sepanjang perjalanan.
jika bukan kita yang mengubah.
siapa lagi bukan?
#bangkitbersama
Sekian Terima Kasih.
Comments
Post a Comment