Master

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
Salam Isnin!~
Salam 8 Zulhijjah!~

Marilah kita review movie di Hari Isnin yang hening ini.
bukan apa. 
meningkatkan mood supaya kembali untuk menyiapkan kerja.
supaya boleh bercuti dengan tenang.



kebanyakkan  movie yang aku review semua dari Korea.
bukan fanatik dengan Pelakon Korea tapi kalau Movie English ni tak tahu nak tengok cerita apa yang boleh bagi rate 10/10.
maksudnya kena dengan jiwa aku.
biasanya jarang aku buat review English Movie sebab ramai dah tengok kan.

dan sekarang ni aku memang jarang.
terlalu jarang nonton Kdrama.
sebab makan masa yang terlalu lama.
padahal senarai drama dah panjang berjeler.
tunggu mood yang sesuailah nanti.

genre thriller and action.
memang genre yang aku suka selain genre doctor, law, family.
best giler.
jalan cerita yang mendebarkan.
walau permulaan yang agak membosankan.
tetap nak bagi rate 11/10.
sebab memang best!
tak rugi masa menonton.

filem ni kira filem yang agak baru juga yang aku tengok nak dibandingkan filem-filem yang lain.
detektif kim, ketua unit siasatan jenayah dah merancang untuk tangkap presiden syarikat yang menipu and make fraud dari duit-duit masyarakat kononnya sebagai pelabur yang melabur untuk membangunkan satu kawasan.
tapi duit tu akhirnya akan masuk kedalam akaun Presiden itu sendiri tanpa apa-apa pembangunan.
semua itu dibantu Park Jang Goon (Kim Woo Bin) sebagai mastermind dan orang terpengaruh dalam syarikat dan juga merupakan the best pakar IT. lebih kurang macam tulah.
selain tu orang yang selalu meyokong adalah Kim Mi-Yong as known as Mother Kim(Jin Kyung).
selepas dikejar Polis, mereka berdua melarikan diri ke China dan menghilangkan diri sehingga melaporkan di berita bahawa mereka dah  mati di Vietnam. sebenarnya tak mati pun.
cuma memalsukan document yang dibantu oleh orang-orang kuat kerajaan.

President Kim banyak cable di Kerajaan Korea untuk mengekalkan kedudukan even kat mana pun mereka berada.
Di Vietnam mereka masih meneruskan misi dengan SOP yang sama tapi kali ini melibatkan Kerajaan Vietnam.
selepas Setahun Detektif Kim merancang, kali ni memang cukup rapi perancangan dan dibantu oleh Park Jang Goon selaku hacker and pembantu hacker.
dan tak lupa juga team-team Detektif Kim yang setia bersama.


perancangan yang rapi dan sangat rapi supaya team mereka boleh bawa balik penipu negara ini hidup-hidup.
dan kembalikan duit-duit orang ramai yang tertipu dengan si President.
sehinggakan ada yang perlu bekerja keras selepas kena tipu.

kita tidak akan terjangka apa perancangan musuh yang bakal kita berdepan.
dan musuh tidak akan terjangka juga segala perancangan apa yang bakal mereka terima.
maka, tontonlah, jika tidak anda pasti akan menyesal!
dan aku pasti akan menyesal kalau aku tak tengok filem yang best macam ni.
selamat menonton!



orang yang terlalu tamak dengan kekayaan dunia akan mengorbankan sesiapa sahaja walaupun orang-orang yang dah banyak berkorban untuk dia.

"kerana duit, gelap mata manusia"

duit itu perlu dan ia menjadi keperluan dalam kehidupan manusia.
tetapi jika ia berlebihan, ia menjadi ujian.
jika ia kurang, ia juga sebahagian daripada ujian.

bila kurang jangan sehingga kita menjadi kufur nikmat.

"xpelah kita miskin didunia, kita akan kaya diakhirat"

"biarkan ia cukup kerana kita selalu meminta supaya berjaya dunia akhirat bukan?usaha sehabis yang mungkin untuk keluar dari kemiskinan dengan akal dan kudrat yang diberikan. jangan terlalu berserah dengan Tuhan. bersederhanalah dan jadikan ia cukup supaya kita cukup makan, bertenaga untuk beribadah, bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan serta mampu membeli pakaian yang bersih kerana sesungguhnya islam itu indah dan Allah suka akan keindahan dan kerana itu Syurga itu sangat Indah."

-Ustazah Hazlina-

tak sabar juga untuk tonton Filem Malaysia KL Gangster Underworld.
pelakon kegemaran ramai dilayar perak.
Selamat Menonton juga!

Sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary