Adat Orang Jawa
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!
masih ada yang bercuti?
seronoknya.
ikutkan hati memang nak sambung cuti sebab semalam macam ada tanda-tanda nak demam beguk.
walaupun demam tapi gigih berjalan raya.
bila lagi nak kenal saudara-mara kan?
setahun sekali je dapat bersua muka.
kadangkala makan bertahun-tahun baru berjumpa semula.
Alhamdulillah dah sampai ke 7 Syawal.
cepat betul masa berlalu.
rasa macam baru semalam sibuk-sibuk kemas-mengemas.
masak-memasak untuk raya.
bila membayangkan minggu lepas rasa macam tak sanggup pula nak kembali ke belakang.
seronok tu seronok.
membayangkan kepenatan tu yang jadi tak seronok.
minggu lepas, Rabu dah mula cuti.
balik kampung beramai-ramai sampai tak muat kereta selasa malam Rabu.
sampai rumah dalam jam 2 pagi.
tapi pagi-pagi dah kena bangun sebab mama nak munjung.
munjung ni adat orang jawa Johor.
aku rasa macam kat Johor je yang ada.
mungkin jawa tempat lain pun ada.
sepanjang bulan Ramadhan akan muncul adat ni.
tak kisah lauk apa.
dengan niat untuk bersedeqah sempena bulan Ramadhan kepada jiran terdekat dan kawan-kawan serta saudara-mara.
atau sesiapa saja yang ada dalam list kita.
biasa penghujung Ramadhan atau hari terakhir Ramadhan orang akan bagi ketupat, ayam masak merah, kuah kacang dan kuah lodeh.
hari-hari sebelum, nasi dan lauk-pauk.
ayam masak kicap, sayur sambal goreng dan lain-lain.
ikut pada kemampuan dan citarasa masing-masing.
ada juga yang munjung sate.
pagi-pagi dah start bergotong-royong.
lepas subuh dah mula sebab nak edarkan segera.
taknak jadi macam tahun lepas.
jam 7.30 baru sampai rumah.
Alhamdulillah, Allah permudahkan tahun ni untuk siap pada jangka masa yang tidak disangka.
lagipun jam 3.30 petang, abah dah nak bawa bekalan berbuka puasa kat pasar.
memang kena cepat.
masak untuk 40 hidangan.
1) ayam tua masak ungkep
2) paru sambal
3) sayur nangka masak lemak.
bahagian aku cuma masak paru sambal dan nasi putih.
yang lain mama yang masak.
masing-masing dah ada tugas masing-masing.
so, jalankan lah tugas dengan sebaiknya.
ceyhhhh.
dalam jam 2 petang dah siap masak.
dan start bungkus-membungkus.
dalam jam 5 petang dah start edar.
jam 7 dah siap semua.
duduk depan meja tunggu waktu berbuka.
tahun ni abah buat kelainan sikit.
masuk dalam bekas dan beg.
"zaman dulu kesopanannya lagi terserlah. orang hantar dari rumah ke rumah guna mangkuk tingkat. lagi proper dan cantik. tapi zaman ni guna plastik je. kitalah yang kena kembalikan walaupun guna cara yang berlainan"
dah macam nak bagi berkat kenduri kawen pula aku rasa.
"semoga setiap tahun ada rezeki untuk beri pada mereka lagi"
"insyaa Allah. semoga diperluaskan lagi rezeki"
aku suka buat benda-benda yang mengimbau kenangan.
kenangan zaman dahulu-kala.
aku juga pernah merasai munjung dari rumah kerumah guna mangkuk tingkat, hantar pakai motor.
biasanya guna mangkuk tingkat untuk rumah orang-orang yang lebih berusia macam rumah atok dan seangkatan dengannya.
rumah orang muda-muda kita bungkus je.
cuma bila guna mangkuk tingkat, orang akan basuh siap-siap.
sebenarnya tak perlu basuh pun takpe sebab nak isi lauk yang sama.
sekarang hantar pakai kereta je.
senang.
boleh bawa sekaligus.
sebab bukan hantar kat jiran-jiran sekampung je.
5 6 belah kampung sana pun sampai.
kalau kawasan dekat-dekat memang bawa naik motor je.
semoga adat munjung takkan hilang di dunia.
dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
yang baik diambil untuk dijadikan ikutan zaman berzaman.
yang buruk dijadikan pengajaran sepanjang zaman.
Terima kasih!
Comments
Post a Comment