Ikhlaskah aku?
::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!
Salam 22 Ramadhan.
dari semalam perasaan resah dan gelisah menghantui diri.
pagi-pagi buka blog, terasa macam nak membebel.
tapi lebih baik buat satu entri yang beri mafaat kepada semua orang.
tambahan dibulan-bulan puasa.
bila kita kata tentang ikhlas, pasti akan tergambar satu cerita tentang semut hitam.
kisah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu hurairah
"ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada malam yang gelap"
penampakan ikhlas bukan pada mata kasar.
tetapi dirasai dengan jiwa.
kerana ia boleh dirasa, dari hati yang merasai kehadirannya.
tanpa meluahkan rasa.
kerana takut wujudnya bangga.
pembunuh rasa apa yg dirasa dalam jiwa.
satu lagi yang aku cari dalam hidup adalah makna Ikhlas.
apa sebenarnya rasa ikhlas?
aku merasa bila ikhlas, kita tidak mengungkit segala perbuatan, perlakuan dan segala pengorbanan yang telah kita lakukan.
tidak pernah terlintas dalam akal fikiran.
malah tidak terasa hati dengan segala perbuatan yang telah kita lakukan.
secara kasar, kita buat sesuatu dengan kerelaan hati.
tetapi adakah itu cukup untuk memaknai rasa ikhlas?
sesungguhnya ikhlas itu masih menjadi rahsia Allah.
tanpa kita ketahui satu pun.
dan kerana itu ia digambarkan dengan semut hitam yang berjalan diatas batu hitam pada malam yang gelap.
kerana kadangkala kita terdetik, kita berbangga dengan diri sendiri kerana ikhlas melakukan sesuatu perkara.
dalam sifat ikhlas tidak seharusnya wujud rasa sikap bangga diri.
aku masih mencari, makna ikhlas yang sebenar.
kita tahu kewujudannya tanpa kita tahu dimana ia berada.
aku mencari kerana aku mahu merasai apa itu sebenarnya ikhlas.
dari semalam banyak benda berlaku dalam diri.
sehingga aku gelisah.
kali ini berkaitan dengan ikhlas.
ikhlaskah aku selama ini dengan kudrat dan pengorbanan yang telah aku lakukan?
segala apa yang aku buat, segar bermain dalam ingatan.
jengkelnya hati dengan perangai-perangai manusia yang tidak meletakkan rasa empati dalam diri.
sedih.
tapi perkara yang lebih besar menghantui adalah ikhlaskah aku?
aku berzikir supaya ikhlaskan hati.
ikhlaslah.
ikhlas.
dalam satu hadis Qudsi, Allah berfirman
"ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu, Aku titiskan dalam hati hamba-hambaKu yang Aku mengasihinya"
(Riwayat Abu Hassan Al Basri)
sedang aku menulis entri,
Allah hadiahkan satu tulisan yang menenangkan.
sebenarnya dah pernah baca dulu, tapi lupa.
manusia.
" Keikhlasan itu memerlukan lebih dari sekadar rasa dan tahu. ia memerlukan sebuah pengorbanan yang besar. ia memerlukan suatu latihan yang panjang dan berterusan, yang tidak mengenal erti putus asa"
-Angle pakai gucci-
boleh tekan link dibawah yang berwarna merah.
boleh baca entri beliau.
pendekatan yang mudah tentang ikhlas.
aku juga sertakan hadis yang digariskan oleh beliau supaya senang untuk aku rujuk kelak.
semoga sama-sama kita peroleh manfaat.
insyaa Allah.
"Orang yang pertama-tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya. Dia ditanya, ‘Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat itu?’ Dia menjawab, ‘Aku berperang untuk agama Allah sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani. Dan hal itu telah engkau perolehi.’ Kemudian dia disuruh seret dengan mukanya ditelungkup lalu dilemparkan ke neraka.
Kemudian dihadapkan pula orang 'alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta membaca al-Quran. Dihadapkannya kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semua diakuinya. Dia ditanya, ‘Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?’ Dia menjawab, ‘Aku belajar, mengajar dan membaca Quran kerana Engkau.’ Allah berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau belajar dan mengajar supaya disebut orang ‘alim, dan engkau membaca al-Quran supaya engkau digelar sebagai qari. Semua itu telah dipanggilkan orang kepadamu.’ Kemudian dia disuruh seret dengan mukanya menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka.
Sesudah itu dihadapkan pula orang yang diberi kekayaan oleh Allah dengan pelbagai macam harta. Semua kekayaannya dihadapkan kepadanya lalu diingatkan segala nikmat yang telah diperolehinya dan dia pun mengakuinya. Dia ditanya, ‘Apa yang telah engkau perbuat dengan harta sebanyak itu?’ Dia menjawab, ‘Setiap bidang yang Engkau sukai tidak ada yang aku tinggalkan, melainkan aku infaqkan semuanya kerana Engkau.’ Allah berfirman, ‘Engkau dusta! Sesungguhnya engkau melakukan semuanya itu supaya engkau disebut orang yang pemurah, dan gelaran itu telah pun engkau perolehi.’ Kemudian dia disuruh seret dengan mukanya menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka.”
[Hadith riwayat Muslim]
[Hadith riwayat Muslim]
macam yang aku cakap kat atas tadi.
perasaan bangga itu yang mematikan rasa keikhlasan dalam jiwa.
sebagaimana air mampu memadam api.
sesungguhnya hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan hamba-hambaNya.
semoga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya yang bertuah.
Terima kasih!
Comments
Post a Comment