Jumaat Terakhir

::: Bismillahirrahamnirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Jumaat!~
Salam 23th Ramadhan.

hari ini merupakan jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan untuk tahun 1439 Hijrah.
sayunya rasa hati, ramadhan dah nak pergi.
belum tentu bakal ketemu lagi.

saja nak tulis meluahkan rasa.
bila pagi-pagi ni idea fresh selalu menjelma.

berbaki lagi 6 hari untuk kita menghayati Ramadhan.
semoga semakin baik amalan-amalan yang dilakukan.
terutama untuk diri sendiri yang sentiasa culas dan malas.

sumber google


rebutlah peluang yang Allah beri.
kerana kita belum tahu masa depan nanti.
jadikan Ramadhan ini tempat untuk mengumpul pahala.
lebih utama keberkatan dari Allah.
agar apa yang dilakukan semasa Ramadhan akan berterusan untuk bulan-bulan yang mendatang.
menjadikan kita insan yang lebih baik malah lebih dari sekarang.

perasaan nak raya, memang tak sabar sebab hari pengumpulan keluarga.
tambahan family besar yang jumpa hanya setahun sekali.
kecuali bila ada majlis kahwin dapatlah jumpa.
kalau tak, memang setahun sekali.
mujur zaman teknologi boleh juga kita tahu aktiviti mereka.


sumber google




sebelum capai hari kemenangan, berjuanglah habis-habisan supaya tidak menyesal dikemudian hari.
perasaan saban tahun aku.
bila selalu culas, bila dah habis Ramadhan, menyesal kerana tidak menjadikan Ramadhan pada kali itu adalah Ramadhan yang terbaik sekali.
insyaa Allah kita sama-sama perbaiki diri.

sempena jumaat terakhir ini, doalah sebanyak yang mungkin.
semoga doa kita terus sampai tanpa dihijab.
selepas asar hingga ke sebelum maghrib.
doalah apa sahaja keinginan kita.
impian kita.
kehendak kita.
cerita cinta kita.
cita-cita kita.
semoga ia menjadi realiti.
doa yang baik-baik supaya yang sampai kepada kita adalah yang baik-baik.

sumber google


amalkan juga doa Lailatul Qadar, agar kita jadi pilihan untuk merasainya.
walau hanya seumur hidup sekali.
semoga dalam golongan orang-orang yang terpilih itu.

semua orang mahu merasai Lailatul Qadar.
kemanisannya.
kenikmatannya.
ketenangannya.
itu yang mengusik jiwa, meronta-ronta mahukan Lailatul Qadar.
semoga kita menjadi pilihanNya.

sebelum menutup mata.
aku mengharapkan segala apa yang aku mahu rasa.
Allah kabulkan.
Allah perkenankan.
doakan aku!


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary