Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Rabu!
Salam 21th Ramadhan.
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita.
sedih.
alhamdulillah dapat rasa kepuasan pada Ramadhan kali ini.
walaupun macam kekurangan masa untuk membaca, tapi Allah menggerakkan hati untuk membaca Al-Quran dan amalan-amalan lain.
terasa sangat bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merasa nikmatnya.
bersyukur kerana terpilih.
hari ni tergerak hati nak buat Kembara Buku.
tak lama lepas baca Impian Jalanan, terus je baca Empayar.
tapi belum masa nak bagi pendapat.
kena tunggu mood.
Pertama kali Teme menceburkan diri untuk buat novel.
kerana 3 buku yang sebelum semua dalam genre yang sama.
buku ke empat mula beralih genre.
bagi aku bagus kerana sampai bila kita mahu melukirkan gambaran kehidupan kita pada orang lain melalui penulisan-penulisan.
tidak salah memberi inspirasi, cuma takut terganggu privasi.
apa yang diharapkan semoga terus memberi inspirasi tanpa henti.
walau aku hanya sebagai pemerhati.
dan memberi sokongan tanpa henti dalam variasi aku yang tesendiri.
Cerita yang bukan biasa-biasa tapi sarat dengan cerita yang tersembunyi disebalik cerita.
cerita yang memberi teguran kepada masyarakat.
sehebat mana kita.
setinggi mana ilmu yang ada.
kita bukan penghukum syurga neraka seorang hamba.
penghukum masa hadapan sesiapa.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(QS. Al Baqarah: 216).
aku baca masa kekecohan yang sedang melanda Malaysia.
pertukaran kerajaan yang sebelum kepada kerajaan sekarang.
ramai yang memberi pandangan
"sesiapa yang tidak memilih islam, dia bukan orang islam.
"sesiapa yang mengetepikan islam untuk kehidupan seharian mereka, mereka bukan islam yang sebenar."
"menyokong orang-orang yang bergabung dengan orang bukan islam, dia telah meminggirkan islam"
ini ayat-ayat yang aku sendiri baca.
sedih, kerana mereka orang-orang yang Allah pilih untuk menuntut ilmu, tetapi percakapan serta perbuatan tidak selari dengan ilmu yang mereka ada.
sama situasi dalam cerita ini.
berbangga dengan ilmu yang ada. mendabik dada dengan ilmu Allah yang sedikit cuma.
konon hanya dia yang terbaik, sedangkan ada yang lebih hebat tetapi masih merendah diri.
ini sifat orang yang berilmu.
bukan mencaci dan memaki sesuka hati.
adakah itu yang dipelajari didalam islam?
"berilmu bukan bererti bisa menjadi penghukum dunia"
-nanawahid-
"ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki oleh sesiapa. Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik"
-Empayar-
sebenarnya siapa pun kita.
tinggi mana ilmu yang kita ada.
siapa pun diri kita dimata dunia.
kembalinya kita kepada Allah, kita sama seperti manusia-manusia lain.
sama.
tiada beza antara kita.
yang membezakan adalah amalan-amalan.
dan kita tidak layak untuk menghukum.
kadangkala orang yang kita hukum lebih baik malah lebih dari kita.
menerima ilmu, itu juga adalah ujian.
ujian hati yang berat.
semoga kita dijauhkan penyakit-penyakit hati yang memudaratkan.
pandangan peribadi tentang masyarakat sekarang yang selalu terjadi terutama di Malaysia yang dibukukan dalam penceritaan yang tersendiri.
aku suka sebab aku jarang baca genre novel islamik.
hanya beberapa penulis sahaja yang menjadi inspirasi.
ada banyak point yang disampaikan oleh penulis.
baca dengan jiwa, untuk nampak apa mesej yang mereka bawa.
supaya ia memberi pengajaran kepada kita.
semoga kita sama-sama dapat apa mesej yang ingin disampaikan.
insyaa Allah, bakal ada sambungannya.
semoga terus sakti !
Terima kasih!
Comments
Post a Comment