Positif!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~ alaaaa kata nak positifkan minda kan. kena lah ceria sentiasa. eh. tak tahu lah kenapa hari ni tiba-tiba rasa nak jadi macam motivator pulaks.



"diri yang positif lahir dari minda yang positif."

lebih nak memotivasikan diri sendiri je sebenarnya. tahu. memang tahu xelok banyak berfikir negatif tapi memang itulah yang selalu berlaku dalam diri aku. sebab apa yang diperlakukan tu selaku dengan apa yang difikirkan. siapa yang suka kan. tapi nak buat macam mana.
'kena bersihkan hati yang hitam ni dulu'

berbaliklah pada hati. dimana hati itu adalah pemandu arah. ya. pemandu arah untuk segala benda dan dirasionalkan dengan akal. akal dan minda kena selari. macam mana nak lahirkan minda yang positif?
hati kena suci beb. macam mana nak sucikan hati?
nak jawapan klise?
"dah besar kan? boleh fikir sendiri".

eheh.
xde. bukan nak bagi jawapan kejam. aku memang selalu kejam pada diri sendiri sebab selalu biarkan ion-ion negatif mengalir tanpa pengawasan yang had. eh! ingat aku suka? siapa yang suka sebab ion negatif nie memudaratkan tau. memudaratkan kesihatan. 

macam ni lah. macam mana nak sucikan hati untuk lahirkan minda positif dan mengalirkan ion-ion yang positif dalam diri.
bagi aku senang tapi bukan mudah nak buat sebab.
istiqamah.
berterusan tu yang ramai orang kecundang termasuk aku.
eh. diet pun asyik kecundang je.
ni semua masalah hati.
aku xpernah nak salahkan orang lain pun. lebih banyak salahkan diri sendiri sebab istiqamah tu melibatkan hati yang kental.

apa yang kita fikir itu yang kita lahirkan secara fizikal.
kalau kita fikir orang tu something wrong somewhere mesti dah jadi macam benda yang selalu akan reflect dgn perlakuan kita terhadap seseorang.

tak payah kau orang nak tipu ae.
benda biasa.
command.

lagi satu aku selalu ingat kan pada diri sendiri.

pernah tak korang buat sesuatu mesti akan fikir apa yang orang fikir kat korang?
*petik jari*
confirm ada.
sebab aku selalu cakap kat adik-adik aku.
dan sekarang ada jugak kembangkan pada kawan-kawan.
ewahhh!~
kau ingat perniagaan ke hapa?
sebenarnya memang nak ingatkan pada diri sendiri.

"kalau kau fikir apa yang orang akan fikir pasal kau, sebenarnya kau pernah fikir benda yang sama kat orang"
"bila kau rasa orang akan cakap pasal kau, sebenarnya kau pun pernah cakap benda yg sama pasal orang"
 laaaaa!~ kena bagi contoh ka?
ok camni.
"eh mesti orang cakap aku melebih-lebih melawa. padahal cuma nak gie cuci kereta je pun"

haaaa. nampak? kalau kite fikir orang akan cakap pasal kita. sebenarnya kita pun cakap pasal orang benda mungkin berbeza tapi dalam kitaran yang sama.
alah.
masih xfaham ke?

"suami dia hensem kurus, tapi bini die gemuk"
kita pernah terdetik. tefikir pasal orang macam ni kan? mungkin satu hari nanti kita akan terfikir mcam ni pulak.

"saya dah makin gemuk lah. huuuuuu mesti nanti orang akan cakap pasal saya kan bang. suami hensem, kurus tapi bini dia gemuk lah sekarang. xmacam masa baru2 kawen dulu"

dah nampak permainan dia?
aduhai. susah jugak nak terangkan erk.



macam ni lah.
fikir yang baik-baik je.
xpayah semakkan otak dengan fikiran atau anasir-anasir yang jahat.
bunyi pun dah xelok lagi lah nak mendengarnya.
benda simple. sangat simple. tapi lebih elok kalau kita bersihkan hati. hati penuh kegelapan dah nie.
eh. xkan nak makan produk kecantikan untuk kulit muka je kan?
hati pun mau cantik untuk lahirkan minda yang cantik. barulah dinamakan seiring dan sejalan menuju ke hadapan. menuju syurga yang luas terbentang.



Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian 2!~

Rasa Kecewa yang Diberi

Pulau Perhentian 1!~