Selamat Hari Raya 2019

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
setiap kali masuk blog untuk menulis, mesti akan cakap rindu nak menulis.
itu sudah semestinya.
rindu nak bercerita tentang semua benda.

harap masih belum terlambat untuk ucapkan
Selamat Hari Raya
walaupun sudah 16 Syawal 1440H.




Syawal setiap tahun sama je sejak-sejak semua nenek sudah meninggalkan kita.
masing-masing beraya dirumah masing-masing.





lepas zuhur baru bergerak balik kampung untuk perjumpaan raya seperti biasa.
tahun ni giliran Wak Midah.



permulaan orang lain nak take turn tapi disebabkan ada beberapa isu yang berbangkit.
maka, orang lain take turn.

tapi sebelum raya macam biasa busy yang amat cumanya lebih bersyukur tahun ni mama buat munjung bukan hujung-hujung raya macam tahun lepas.
boleh pengsan!

alhamdulillah tahun ni semua kuih raya buat sendiri.
semua.
yang hidang kat tetamu semua hasil tangan masing-masing.
ada air tangan ika, mama dan aku.
cuma tak dan nak amik gambar.
rugi plak part tu.
selalu tau teringat bila time menulis. time hari kejadian tak ingat langsung.

raya pertama kebiasaannya kampung akan ada marhaban keliling kampung.
tahun ni giliran kami pagi, boleh lah pergi berkumpul pada sebelah petang.
bila giliran petang, agak lambat sikit untuk berkumpul.
rezeki.




raya kedua macam baru balik kampung Abdul Hadi.
abah's side.





takde pergi beraya mana pun.
pergi rumah wak wok dan rumah wak ayek.
makan tengahari dan pulang ke sarang semula.



malam ada orang datang beraya.
kita jamu lontong jelah.



terpaksa masak baru semua kuah sebab masa raya pertama, semua lauk basi.
i sedih yang teramat sangat.

terima kasih kerana sudi ke teratak kami.
setiap tahun jangan lupa datang beraya lagi tau.
sebab tahun ni kami tak sempat nak round satu johor bahru beraya.
time is limited. 
pergi beraya hari ahad, isnin pagi dah nak masuk kerja.

Raya ketiga masing-masing pengsan.
pagi berniaga kat rengit
petang konon nak pergi beraya tapi semua ketiduran sampai petang.
maka, oranglah yang datang beraya rumah kita.
at the same time, cik murni balik beraya.



Raya keempat, pagi pergi berniaga juga.
cuma sebelah petang balik kampung beraya juga.
itupun dapatlah dalam 2 rumah.



sesungguhnya aku rindu suasana raya dulu.
masa arwah embah masih ada.
tahun ni paling terasa sangat raya yang sangat-sangat tak meriah.
rasa biasa sangat.

sampai bila kawan aku cakap

"rindunya raya pertama"

"aku kalau boleh taknak ulang hari raya pertama"


rindu semua juadah raya home made by embah.
serius.
baru terasa sangat kehilangan embah.
mungkin sebab baru terima hakikat
embah takkan balik sampai bila-bila.
sampai bila-bila.





hargailah orang-orang tua yang masih ada dalam hidup korang.
sebab kehilangan mereka, tiada lagi seri terutama rumah mereka time raya.
cuma aku bersyukur rumah arwah nyaei masih lagi berseri dengan suasana hari raya.
tapi rumah embah memang, i feel sad sampai terasa sangat kehilangannya.
lagi bila naik atas tempat kami bergurau senda dan tidur.




okaylah.
itu saja cerita raya 2019.
semoga tahun depan bertambah lagi seri raya-raya kami.
insyaa Allah!~


Alfatihah!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~