First Date!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!
Salam Rabu!~


tiba-tiba harini rasa nak cerita walaupun its happen a few months ago.
biarlah ia menjadi satu cerita yang takkan aku lupa sampai bila-bila.

saja nak menulis kat sini sebab lately i need my motivation untuk teruskan hidup.
bukan bermakna nak bunuh diri tapi nak bagi semangat.
semangat datang dengan baca cerita-cerita gembira yang pernah terlakar dalam masa lalu.

after 6 months baru nak cerita pasal first date.
haritu lepas tiga bulan baru nak cerita pasal confession.
takpelah kita ikut je mood mana yang sampai nak bercerita tentang apa.
nak cerita pasal travelling belum ada nak pergi mana-mana lagi setakat ni.
maka cerita jelah apa yang kita dah lalui.

sepatutnya ini bukan our first seperti dalam perancangan.
perancangan perjumpaan yang pertama sepatutnya masa Chinese New Year
at that time, he also nak buat confession yang dia nak move to another step.
but, semua datang dalam sekelip mata.
bagi aku sekelip mata.
but for him

"semua tu perancangan Allah. tak lambat dan juga tak cepat"


perjumpaan tu sepatunya perjumpaan antara dia and agent insurans.
sebab nak serah polisi.
disebabkan nak jumpa kat One Utama, dekat dengan rumah around 20 minit je.
maka, dia ajak teman dia untuk jumpa agent.

biasalah first jumpa.
dia mesti nak jadi gentleman.
he fetch me.

kerana pertama kali jumpa itulah pertama kali juga kami kenal suara antara satu sama lain.
tapi biasalah nana akan being nana.

"agak-agak berubah hati tak bila dah jumpa?

"insyaa Allah tak berubah"

"yakin tak berubah?

"insyaa Allah if you yakin, i pun yakin"

"i memang yakin, tapi i tak yakin dengan you."

"kalau you yakin, i pun yakin. insyaa Allah"

masa nilah rasa nak marah dengan dia kenapa confess dulu tanpa melihat dengan mata apa fizikal aku.
sebab aku taknak dah jatuh sayang, sekali orang pertikaikan tentang fizikal.
sakit tau.
orang yang pernah rasa je tahu apa yang kami rasa.

"yakin ni tak berubah?"

"yakin tak berubah. tak sanggup biarkan you sakit lagi-lagi hati tu"

dan ini aku memang perasan sampai sekarang dia akan marah if ex-scandal or ex boyfriend datang balik lepas tengok keadaan sekarang.

"dah buat hati orang. abaikan you macam orang xde perasaan, senang-senang je datang balik nak semua. suka-suka dia je"

first time jumpa, benda pertama aku tengok bukan fizikal dan rupa dia.
sebab aku memang terima seadanya dia.
cuba teka aku tengok apa?

KAKI!~
sama ada dia pakai kasut ke selipar jamban atau any selipar.
sebab aku tak suka orang keluar pakai selipar.
at least kasut tu buruk pun takpelah as long as jangan selipar jepun yang kau bawak gie jamban tu.

"abang aku masa first time jumpa dia pakai selipar je weyh. sebab dia nak tengok perempuan tu akan terima dia tak if dia takde duit nak beli kasut"

kasut or selipar bukan melambangkan kau miskin or takde duit. tapi keperibadian kau.
ni pandangan aku.
setiap orang kan berbeza pandangan.

nasib baiklah dia pakai kasut.
masuk kereta, aku terus tengok kaki dia.
sandal pun aku boleh terima.
capal pun okay je.
selipar jepun or selipar jamban je aku tak boleh terima.
tapi kalau dah suka, buatakan jelah mata.
yedak?

lepas jumpa agent insurance berjalan area OU tapi OU kan besar xdelah gie berjalan mana.
sambil-sambil tunggu wayang.
masuk Watson, kebetulan ada offer.
saja nak uji je sebenarnya, dia sanggup tak nak tunggu lama-lama dalam tu.
dia cari barang dia, aku cari barang aku.
dia tunggu sampai aku siap then baru pergi bayar.

yelah baru pertama kali, kena tunjuk yang dia sanggup tunggu kan.
alhamdulillah sampai sekarang even dia duduk luar je.
hahahhahaa
redha lah nak.

sebelum sampai rumah, masa dalam kereta, dia tanya

"jadi kan date kedua kita?"

"jadilah. kenapa?"

"i nak you yakin dengan i yang i memang betul2 nak kat you. terima you seadanya macammana you ikhlas terima i seadanya. okay?"

"okay, you. terima kasih"

"so, kita teruskanlah our relationship?"

punyalah nak kepastian yang kukuh.

"iya, kita teruskan"


alhamdulillah, semua berjalan lancar.
diterima walau apa jua fizikalnya.
terima kasih kerana terima baik buruknya kita untuk teruskan rasa sehingga ke akhirnya.
terharu bila rasa orang yang kita nak, orang yang suka ada perasaan yang sama.
sebab memang lama aku tak punya rasa yang ini.
bila orang suka, im ttrying my hard untuk suka balik tapi aku tak boleh.
alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku rasa untuk berkasih sayang.
untuk bercinta.

aku tahu setiap kebahagiaan yang aku lalui sekarang, ada doa insan yang tanpa pernah jemu dan henti-henti untuk aku bahagia.
hanya mereka yang tahu siapa mereka.
terima kasih.
terima kasih banyak-banyak.
semoga urusan kami dipermudahkan, begitu juga dengan urusan-urusan semua orang.
dan segala kebaikan seisi dunia dikembalikan kepada korang.



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...