Brunei Darulsalam

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
lama betul tak update.
bersemangat bila nak up entry travel je.
semoga rezeki berkepuk-kepuk dan mengalir tanpa henti untuk kita mengembara lagi.



beli tiket around bulan April atau May kalau tak silap.
itupun ambil keputusan selepas berkira-kira untuk ke Switzeland perancangan pertama tak berjaya.
kerana ongkos.
setiap hari tengok tiket flight.
setiap hari stress sebab tiket flight mahal sangat
dan plan kedua untuk ke India pun tak jadi sebab takde teman nak pergi.
at least ada sorang peneman pun dah cukup untuk aku.

"jom pergi India teman aku boleh?"

"taknak sebab India busuk"

sabar jelah.


at the end aku join mereka berdua untuk ke Brunei.
alhamdulillah plan ketiga berjaya.

malangnya plan keempat untuk ke Kemboja tak berjaya.
ikutkan hati nak ikut juga.
tapi rupanya perancangan Allah itu lebih baik.
maka, bersyukur saja.


disebabkan flight petang, maka kita rileks saja.
bertolak dari rumah dalam pukul 9 lebih and sampai Airport around 10.30 pagi.


sampai agak lambat.
dalam 4.30 Petang.
beli simcard siap-siap kat airport.
$25 Brunei. Unlimited Internet, unlimited call untuk nombor Brunei dan 10 minit call free untuk antarabangsa.
kiteorang kongsi je bertiga sebab unlimited.
boleh tahan laju juga.

Airport transfer by Hotel free pergi dan balik.
petang tu perancangan nak tengok sunset tapi bertukar perancangan.
sebab aku migrain teruk sampai muntah2.
after almost 3 hours tido dan makan ubat, dalam lepas 7.30 kami ke

Pasar Gadong

Transport by Van Hotel $20/journey


pasar bersih.
tenang dan best.


antara makanan yang kami beli

Nasi Katok - 3 = $3
Sayap bakar - 1cucuk = $5
Ikan Salman (sardin) = $4
pulut panggang - 3 = $1
ABC - 1 = $1
Teh Ais - 1 = $3

Total = $17



janji dengan driver van pickup kat Gadong Mall.
ramai orang Malaysia datang ke Gadong Mall untuk tengok Wayang.
sebab macam banyak masa free kan kat sini.
kami just jalan-jalan dalam Mall and kawasan sekeliling.



then permintaan kami untuk singgah sebentar kat Masjid Jamek 'Asr Hassanil Bolkiah.
atas ehsan pakcik tu sebab kalau kami beritahu dikaunter akan dikenakan caj lain.
tapi disebabkan dah malam dan dah lepas waktu solat, masjid dah tutup.
dapat bergambar dari luar.


disebalik gambar ni adalah 


gigih kan.
dah macam disebalik tirai besi untuk tangkap gambar.
biasalah amik gambar beratus tapi the best still is the one.
and post in media social only one over hundreds.


pagi tu bersiap sebelum turun breakfast.
sebab perancangan lepas breakfast terus je keluar.
hari ni seharian guna public transport dan transport byself (kaki masing-masing)



dua hari breakfast pilih makanan yang sama sebab hashbrown dia sedap.
rangup diluar lembut didalam.
ada beberapa set tapi tetap setia pada yang satu. gituhhh.



dari hotel berjalan menuju ke jeti utama untuk Kampung Ayer.
$1/ person tambang untuk ke seberang.
$5 tambang untuk jalan-jalan keliling Kampung Ayer.
total/person = $6

Kampung Ayer


perancangan awal nak masuk tapi disebabkan kami tersampai sama dengan group cina.
sampai-sampai terus nak amik gambar.
almost 1/2jam juga melayan mereka.
terpaksa lari.
terasa macam artis sampai kena kejar untuk bergambar.
sabar jelah.
ingatkan sorang dua je rupanya satu group nak amik gambar sama.
bayangkan kalau satu group ada 40 orang?
setiap tempat.
pengsan!


sampai terpaksa ikut jalan lain semata-mata taknak berjumpa lagi dengan mereka.
setiap pemandangan lain, nak amik gambar sama.
penat sis nak senyum.

Kampung Ayer ni dalam Fasa pembangunan semula.
dari rumah-rumah kayu yang lama digantikan dengan rumah baru dek kebakaran yang berlaku akibat litar pintas.
ini merupakan inisiatif kerajaan untuk penduduk Kampung Ayer.
ada juga penduduk yang diberi geran dari kerajaan untuk menetap didarat.
dah macam Daerah dah sebab di sini ada 7 buah sekolah Rendah.


dengan $5 dapat keliling Kampung Ayer dan penerangan serba sedikit tentang brunei dan kawasan sekitar Kampung Ayer.
and semestinya pemandangan dan angin yang best.


lagipun kami bertiga je dalam bot.
kira macam private juga lah.
itu yang best tak bercampur dengan orang lain yang kita tak kenal.


jambatan ni diberi nama Ripas (Raja Isteri Pengiran Anak Saleha)
sempena bithday isteri sultan brunei..
kalau Sultan Brunei berikan isteri hadiah jambatan, awak nak hadiahkan saya apa sempena birthday?







Mabuhai Mall

tujuan utama untuk ke Mabuhai Mall sebab nak pie Starbuck for Tumbler hunt.
dari jeti jalan kaki ke Station Bas.


Amik bas nombor 35 untuk ke Mabuhai Mall.
teruja nak naik bas sebab bas ala-ala mini bas.
tetiba terimbau kenangan naik bas mini pink dari rumah nyaei - station bas bp - kuala lumpur.



time naik bas ni kami beritahu driver bas yang destinasi kami untuk ke Mabuhai Mall.
tambang $1/person.



akan turun di Jalan Kebangsaan.
tengah ralit update instagram story.

"weyh dah sampai"

"eh dah sampai?"

driver bas suruh kami turun sebab dia kata dah sampai.
kami turun.
selepas turun, pelik sebab sekeliling adalah rumah.
takda nampak macam ada mall langsung area situ.
bila google, mall around 700meter dihadapan.
dalam keadaan panas terik.
matahari terpacak diatas kepala.
tak pasal-pasal kena scam dengan driver bas.



muka baru sedar yang kena scam dengan driver bas.
terpaksa jalan dari bus stop ke mall.
demi sebotol tumbler starbuck dari brunei.
sabar jelah.


50meter dari mall tu ada je bus stop.
tapi tak pasti kenapa dia suruh kami turun at the first stop.
sedangkan takde plak tekan loceng bas tu.


then lepak sekejap kat starbuck untuk hilangkan haus dan renggangkan kaki yang terpaksa jalan jauh dibawah kepanasan matahari yang terik.
pengalaman betul.
sampai malam dok tergelak sebab kena scam dengan driver bas.



Muzium Alat Kebesaran Diraja


masuk adalah percuma.
tak semua kawasan boleh ambil gambar.



Kawasan Bandar

jalan kaki je area bandar sebab kebanyakan bangunan kerajaan semua berdekatan antara satu sama lain.
penat tu memang penat tapi bagi aku best lah pengalaman kat negara orang.
tapi ramai yang tanya kenapa pilih brunei.
sebab brunei bukan salah satu negara yang membesarkan industri perlancongan.
tapi ramai juga yang datang brunei sebenarnya.
pelik kan?

dan yang best kat sini, pejalan kaki diutamakan.
kalau tengah bawak kereta, jika ternampak orang untuk melintas, mereka akan beri keutamaan kepada pejalan kaki.
which is tak risaulah kena langgar.











Masjid Omar Ali Saifuddien 




lama juga kami berhenti melawat kat kawasan sini
sebab singgah untuk solat sekali.
petang ni ada majlis untuk hari guru.
smart je nampak lelaki-lelaki disini mengenakan pakaian melayu.
sedap mata memandang.


sisi depan masjid.





berjalan lalu jalan lain.
banyak juga aktiviti petang kat sini.
dan taman ni merupakan taman baru.
cantik.




disebabkan malam lalu depan masjid sebelum berjalan kaki menuju ke hotel.
sempat juga amik gambar suasana malam.
selepas seharian berjalan tanpa makan tengahari.
sebelum balik hotel, makan KFC.
sebab apa yang kami perasan susah untuk mencari makanan Local di area bandar
atau kami yang tak gigih untuk mencari.
dah penat seharian berjalan, tak fikir apa dah.
yang penting perut terisi dengan makanan ja.

Hari ketiga kami hanya duduk dihotel sahaja.
checkout pun pukul 1, maka lepak je dalam bilik. guling ke sana ke sini.
even penat but santai je travel kali ni.
memang merehatkan diri betul-betul.

turun breakfast around pukul 9 pun dah takde orang langsung.
naik bilik balik, sambung berguling-guling.
edit gambar, kemas barang dan bersiap.

tiket dalam pukul 4.30 petang.
sempatlah makan kat airport.



dari awal memang dah niat nak makan Jollibee.
kalau datang Brunei wajib try.
sedap pun sedap.
lain sikit dari tapi asas tetap sama.
spaghetti tu sedap.
serius sedap gila!
terngiang sampai sekarang.


Good bye Brunei!~
See you when i see you again next time.
thanks for the best hospitality and scam.


So, where is next?


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~