Bukit Tinggi, Pahang

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



cerita dah agak berlapuk tapi tetap nak juga cerita kat sini.
sebab memang suka baca lagi-lagi bab travelling.
sebab setiap percutian ada penceritaan yang tersendiri.


setiap tahun, kami mesti merancang untuk pergi berjalan-jalan satu family even dekat sekalipun. dan tak bermalam.
tahun lepas kami merancang ke Langkawi.
alhamdulillah lengkap satu family.
tahun ni ke Bukit Tinggi.
Tahun Depan?

owh, before that. aku tengah mengalami isu tak reti reply komen.
tak tahu dah macam mana nak reply.
maaf yea siapa yang komen. 
tak berniat taknak layan tapi

1) gunakan email lama.

2) dah puas belek tapi tak jumpa button reply.

3) Noob. 


3 Disember 2019 haritu saja berjalan-jalan cari makan.
sebab family dari johor datang.
ambil cuti satu hari and berjalan.
kali ni saja pilih Pahang.
nak pergi makan 

Lemang To'ki.

dan berjalan-jalan mana yang dekat.
nak naik Genting, confirm abah taknak sebab abah xnak naik cable car.
(pengalaman dari Langkawi)
nak naik Cameron, tak berbaloi naik sehari je.
dan sebenarnya aku tak tahu concept yang Abah nak bila berjalan ni.
sebab takut dia tak suka tapi bila tanya nak pergi mana, diam sahaja.
maka, pilih jelah mana-mana as long as dia tak membebel.

pagi tu kami bertolak agak lambat.
dalam jam 9 pagi sebab kedai lambat buka.
tapi singgah breakfast kat KFC dulu sebab masing-masing dah lapar even perjalanan nak sampai ke Lemang To'ki tu tak sampai sejam.

kalau travel dengan kawan-kawan memang kiteorang selalu makan lambat.
tapi disebabkan travel dengan family.
makan ikut masa. 


dalam jam 1.00 baru sampai Bentong.
sebab sebelum tu berhenti di hentian Genting Sepah dulu.

"kita kan nak jalan-jalan. takpe tak payah rush nak ke sana kesini."

tu yang sampai lambat tu even bertolak pukul 9 lebih.
betul juga tu.
nikmati masa sepenuhnya.
tapi aku kan muda ada satu perasaan nak pergi semua tempat.
rasa macam rugi kalau tak pergi kan.
tapi kalau travel dengan family ni, kena ikut stamina mereka.
lain bila pergi dengan kawan-kawan.
but its okay, kita ikut je rentak mereka.
as long as happy je.

lupa nak ambil gambar makanan.
dah habis baru teringat nak ambil gambar.



Lemang - 2 batang
ayam bakar - 2 set ( 1/4 ayam)
rendang daging - 1 set
nasi putih - 1
ikan patin masak tempoyak - 1 set
ulam-ulam - 1 set
tempoyak - satu mangkuk kecil

tengah makan tiba-tiba Hana cakap macam ni

"eeeeee bau apa ni? haaaahhh? bau apa ni"

rupanya bau tempoyak tu. sabar jelah.

tapi lemang dia memang superb.
superb gilos.
terbayang-bayang lagi rasa sampai sekarang.
menulis sambil telan air liyor.
lembut, lemak berkrim dan disukai ramai.
pendapat aku memang sedap.
sedap gilos!



benda pertama aku cari confirm kepala lemang.
nikmat betul dapat kepala lemang.
nikmati waktu makan tu sambil pejam mata.

kemudian patah balik ke Bukit tinggi.
kat atas tu tak lama mana pun. sekejap-sekejap je.
sebab memang tak tahu nak round mana pun sana.

Entrance Fees RM16/adult
total RM80
semua tempat boleh masuk without fees.
terkejut juga kena bayar sebab mana-mana blog aku baca takde pula mention ada entrance fees.
sabar jelah. 
dah sampai depan guard, takkan nak patah balik kan?
bayar sajalah.


1) Rumah Jepun



perjalanan nak naik ke atas agak mencabar.
berbukit dan ada tangga.
kat sini boleh sewa baju kimono.
satu baju rm25
kalau tak silap.
kami tak sewa pun just round sekeliling.
tak lama juga kat sini.
total turun naik dan bergambar sekejap kat atas dalam sejam lebih sikit je.




cuci mato dengan tengok orang bergambar pakai kimono.
xpelah, nanti kita ke Jepun sama-sam yea.
amiiinnnn



dalam ni pun tak banyak benda.
suasana macam rumah kat jepun.
spa ala-ala jepun.
ada kedai juga.



replika rumah yang muat hanya untuk seorang dua. 
tapi ada orang duduk saja.



tak boleh nak bergambar kat rumah tu.
xpelah takde rezeki.
xpelah, nanti kita pergi Jepun, ambil gambar puas-puas yea.




2) Colmar Tropicale



kalau pergi Bukit Tinggi, acara utama mesti nak pergi sini kan.
lagi-lagi untuk feed instagram.
sabo jelah.



bak kata kawan aku

"for instagram purpose"



takde buat apa sangat kat sini.
macam awal-awal cakap tadi tujuan utama adalah untuk bergambar.
tapi aku macam tertarik untuk tido kat sini semalaman.
sebab suasana yang tenang, bila malam dan jauh dari bunyi kereta lalu-lalang.
bestnya.
insyaa Allah satu hari nanti.





cuma aku rasa kena bawa makanan sendiri atau ambil pakej dengan makanan sekali.
sebab cafe tak banyak dan harga mungkin akan naik.
ada je 7-eleven kat dalam ni.
boleh lah makan maggie.




orang paling seronok tentu sekali Hana.
kira hadiah birthday lah ni bawak pergi jalan-jalan.
nampak muka happy dia.







jalan nak naik ke Bukit Tinggi ni better sikit dari Bukit Fraser.
rasanya better banyak.
sunyi juga tapi takdelah seram dan berliku macam Bukit Fraser.






ada juga pengalaman naik ke Bukit Tinggi.
alhamdulillah another wishlist tercapai.
terima kasih semua!

meh kumpul duit lagi untuk penuhi another wishlist.
semoga tercapai lagi dan lagi dan lagi.
insyaa Allah.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~