Hai Pakcik!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Hi... hello oktober. akhirnya dah sampai oktober dan hanya meninggalkan september yang kesepian keseorangan. sebab kedatangan idea on september xbegitu memberangsangkan. jenuh hakaq duk tepi sungai yang cetek. yang dalam. lautan segala hakaq redah semata nak dapatkan idea. haaa gituh propa kau.


sebenarnya tajuk tu lain tapi takut tersama dengan inche gabbana. so i tukar lah. tapi ini berkisar juga tentang pakcik guard. eh berjodoh ke? ehemm!~ mungkin jalan cerita yang berbeza tapi satu misi yang sama. pakcik guard juga berbeza sebab die jumpa ditempat yang lain and hakaq nie pun jumpa pakcik guard kat tempat lain. misi yang sama nak sampaikan dakwah. uiii macam extreme sangat kan. dakwah nie dek non kat mana2 kita boleh dapat. tepi longkang pun boleh. as long as kebaikan. walaupun sepotong ayat.



"awak mengajar kat rumah siapa dik?"
"kat rumah k.mah tu pakcik. ajar anak2 dia."
"alhamdulillah. teruskan usaha awak.mungkin ini adalah salah satu bekalan untuk kita kesana. bila kita baca sendiri satu ayat Al-Quran je pun dah dapat pahala inikan pula mengajar mereka. anak-anak sekarang nie lain sikit. banyakkan bersabar ye. "
"betul tu pakcik"

agak lama berbual dengan pakcik. dan pakcik pun menyampaikan pesan. siap bagi soalan cepumas. fuhhh!~ serius cuak even soalan pakcik tu sangat simple.
  "nak, ade berapa surah kegemaran Rasulullah?" 

krikk krikk krikk krikk

"ade 7 surah kegemaran Baginda S.A.W. surah Al-Mulk apa kebaikan mengamalkan surah ini?"
"untuk menyelamatkan kita dari azab kubur"
"haaa, betul tu. antara suruh kegemaran Baginda S.A.W adalah Arrahman, AlKahfi, AlFatihah, AlMulk, Assajadah, Yassin dan Al-Waqi'ah. ajarkan mereka juga tentang surah-surah ini. setiap surah ada kebaikan jika kita amalkan. bagi yang dah biasa mungkin senang tapi bagi mereka yang xbiasa itu sukar. tahniah. teruskan usaha. muda remaja lah perlu melipat gandakan usaha kita. "
"terima kasih pakcik. terima kasih banyak-banyak"




ilmu itu luas. kadangkala ia bukan dari tempat yang formal seperti dalam kelas atau ceramah. ia boleh didapati dimana-mana andai kita ambil itu sebagai kebaikan. kebaikan yang diberi mungkin tidak akan dibalas oleh orang lain tapi mungkin akan disebarkan kepada orang lain. faham x? hakaq pun rasa ayat macam dah tertonggang terbalik dah nie ha. waduh!~ 


tidak semestinya perlu ade ijazah sarjana atau kedoktoran baru kita boleh sampaikan kebaikan. hatta mengutip sampah ditepi jalan pun satu kebaikan dan dakwah lagikan yang lain. jadikan yang sekecil-kecil ini sebagai dakwah supaya dapat membiakan dakwah dan kebaikan kepada sebesar-besarnya. hakaq rasa banyak dah video tentang kebaikan. antara kebaikan yang hakaq paling terkesan dalam cerita adalah dalam cerita hidustan. serius! tapi hakaq dah lupa tajuk die. tapi hakaq xpenah lupa ayat die. ha! kuat jugak memori hakaq dek non oii. 

"tidak perlu ucapan terima kasih. awak hanya perlu sampaikan bantuan kepada 3 orang tanda terima kasih"

alaaa. lebih kurang lah. 

walaupun kita nampak pakcik itu adalah biasa dari segi pekerjaannya tetapi ilmunya sangat luar biasa sampaikan dia kata.

"mungkin kata-kata pakcik nie biasa je nak. tapi pakcik hanya sampaikan apa yang pakcik tahu" sambil senyum

sesungguhnya pakcik, kata-kata pakcik tu satu ilmu yang baru yang kami xtahu dan hari ini kami tahu dan hari ini juga kami beritahu kepada mereka yang tidak tahu. terima kasih Allah temukan kami dengan pakcik yang superb!~ i respect u pakcik. terima kasih. terima kasih dan terima kasih. 






#berjaya menyiapkan satu entry dalam masa 1/2 jam. alhamdulillah!~ super excited!

Comments

Popular posts from this blog

Pulau Perhentian 2!~

Rasa Kecewa yang Diberi

Pulau Perhentian 1!~