Hai Langkawi 1 !~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::




Haiii!~ jumpa lagi dalam sebulan sekali. muhahahaha nak up story tapi xde story mory yang menarik. so, hold lah dulu. Langkawi ni pun xde lah menarik mana tapi this is the best experience!~ bile pergi tanpa perancangan yang rapi and semua unexpected planning. haaa!~ giler x giler kau. kalau anda berani and rasa sanggup nak hadapi duduk meja kaunter berejam. boleh je. silakan buat plan cam kiteorang yang xde planning.


sebenarnya perancangan awal nak gie Penang je. memang dah lama teringin sangat nak jenjalan kat sana. kengkonon travelling ala2 hipster laaa kan. amik gambar pacak kaki kat bangunan. eh!~ hakaq hidup zaman hipster mesti laaa menghipsterkan diri juga weyh. sebab tigadarapingitan ni mengamalkan konsep dengar cakap orang tetua. "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" tu yang langkah panjang ke Langkawi. itupun setelah cuti kiteorang diluluskan. kalau xlulus memang Penang jelah jawapnya.

Decide nak pegi pun hari isnin petang after dapat approval and borang cuti dah confirm boss sign and mijah plak xtahu lagi cuti dia approve ke tidak. pagi selasa baru dapat confirmation memang kiteorang cekalkan hati nak gie Langkawi. giler kau xhuru hara nak cari tempat penginapan and kereta. mijah uruskan bab penginapan and kereta, aku plak uruskan mana-mana tempat yang nak gie ikut baget. huh. baget sangat ko!~ cekal x cekal bile kiteorang pilih cuti umum nak gie sana!~


tiga2 anak dara pingitan nie bertolak rabu pagi dari PJ. konon nak bertolak dalam area 8 pagi. tapi memang kiteorang keluar rumah 8 pagi pun tapi banyak sangat tempat persinggahannya. so, dalam 10 pagi baaru betul2 bertolak dari PJ. kiteorang memang terus je tanpa berenti walau sesaat. poyo gile ayat gua!!~ kiteorang berenti kat R n R Gurun itupun sebab nak isi minyak kereta. membuang apa yang patut, and isi apa yang patut. padahal makan maggi je pun. hahahaha eh!~ baru laaa travell namanya. gelak tawa gaduh semua xpayah cakap lah. apa je kiteorang xbuat dalam kereta tu? semua benda lalui weyh!~ memang banyak gaduh jelah. setiap jam memang ada je benda yang argue. bile dikenang balik itulah yang best!~ 

Nak naik Feri kat mana pun jadi gaduh. memula sorang cadangkan Kuala Perlis, sorang cadangkan Kuala Kedah. at last kiteorang decide nak ikut Kuala Perlis. nak dijadikan cerita, ntah macam mana gaduh punya gaduh sebab xjumpe jalan and paling terdekat waktu jalan nak gie jeti Kuala Kedah, naik jelah kat Kuala Kedah tuuu. lagipun masa tu dah kol 3.30 ptg. takut sampai Kuala Perlis ptg sgt. Yelah main aci redah je kan. xtahu laaa last Feri tu kol bape. dalam kol 4.30 kiteorang pun bertolak naik Feri gie Langkawi!~ hoyyeeaahhhh!~ last naik feri gi Langkawi masa Form 5 itu pun sebab sekolah sponsor.


Hari pertama sampai xbanyak aktiviti kiteorang dapat buat sebab sampai pun dah petang plus minus kat kaunter penginapan je dah berejam. tapi bebaloi lah berejam depan tuh. siap dapat diskaun!~ naseb baik xbersilat bagai. sampai jeti Kuah gie survey untuk island Hoping. pakej Island Hoping nie hakaq suggest cari jer kat kaunter tiket tu banyak sebab hakaq dapat murah dari harga biasa. cuma ada kesilapan teknikal sikit hakaq xterambik pakej pakcik tu. sapa nak boleh roger i untuk bagi nombor pakcik Zai. die memang berlegar2 je kat kawasan kaunter tiket Kuah.

decide nak keluar paling last sekali. sebab. biasalah pempuan kan. tolong faham. perempuan kan. touchdown je memasing nak gambar sorang satu. biasa laaa tu. perkara biasa. xtahu plak dalam travel aku kali nie ade budak posing alaa2 poyo pusing belakang, budak sekolah mana and budak skema mana ntah aku pungut. hahahahhahaa

si skema
si poyo



budak sekolah

#travel3darapingitan
nama pun #travel3darapingitan. harus laaa pegi bertiga. kalau x pergi berempat tapi bukan rezeki dia nak gie. takpe lepas nie rancangan kita on January 2016 berempat tau!~ 



Nie lah muka2 kelaparan!~ serius memang lapar sebab last amik heavy meals masa breakfast kan. apa yang best kiteorang just keluarkan duit RM50 je sorang untuk makan sampai makan pagi hari jumaat. tapi makan memang xhengat dunia. serius!~ mencanak2 kau berat hakaq lepas travel nie. aduhaiiii. hari2 naik penimbang tetap die bergerak kekanan. xde kekiri langsung. nangis xberlagu!

lepas je dapat kereta and homestay terus je gie cari tempat makan. itupun homestay hampir2 xdapat. boleh plak pakcik mail kata kiteorang xbooking. bile nak booking die kata xpe datang je pasti ada. homestay tepi sawah and yg penting xjauh sgt nak gie pantai chenang!~ RM150 semalam tpi kiteorang dapat RM280 untuk 2 malam. dengan pakcik mail nie kena pandai kawtim. kalau pandai dapat laaa murah. semua kiteorang amik dgn dia. senang. island hoping and cable car pun amik sekali dengan cikgu mail nie. really recommanded laaa kalau kite amik cable car dgn dia sbb urusan kt kaunter cable car senang!~

bukan setakat homestay je xde. kereta pun hampir2 xdapat noks. giler kau xgelabah. kiteorang dah decide nak sewa esok pagi and tido je hotel kat kawasan sekitar. sebab abang  tu (lupa nak berkenalan) kata yang ada cuma van je. bukan xnak tunjuk kepakaran tapi kalau dia boleh bagi sewa van dua hari RM100, hakaq memang hamik jerk. lagipun kiteorang gie hari yang sangat pack. alaaaa sebenarnya ramai je yang buat sewa keta kat Langkawi tu. jangan risau lah!~ kalau kat jeti tu berlambak orang tawarkan kereta lagi2 kalau korang gie bertiga. senang2 dapat keta viva sewa around RM100 sehari. kalau gie ari biasa lagi murah skit. RM80 or less kalau xsilap. kalau gie hari biasa hakaq cadangkan uolsss sewa keta branded cikit, hahahahha bile lagi nak rasa nokksss!

ehsan google


malam tu memasing memang pakat nak makan nasi. kiteorang makan kat restoran nelayan. sotong goreng tepung 1/2kg . siakap stim 800gram and lala masak cili 400gram, plus kailan ikan masin. sotong goreng tepung dia memang superb. sedap dan sangat sedap. memang semua sedap lah tapi kena sabar banyak tau bila makan kat sini sebab memang ramai sangat2. tak dan dah nak bergambo makanan bagai. Lapar lebih mengatasi segala. 

ehsan google
Bile dah konyang sonang hati baru decide nak gie jenjalan. sepatutnya kiteorang gie check in dulu. tapi kalau dah check in confirm akan melepek terus so decide gie chenang dulu memalam nie cuci2 mata. bile lagi kan? gie pantai jap even xnampak apa dah. and jenjalan sekitar kawasan. balik check in then tido!~

Hari kedua sambung nanti naaa sebab macam dah banyak sangat hakaq membebel. huhuhuhu nak masukkan video tapi malangnya video xboleh masuk. part 1 nie pun 2 hari setengah den mengarang.

#selamat tahun baru korang!~ apa azam 2016? panjang berjelar sangat wishlist 2016 hakaq dek non. kalau boleh semua nak on 2016 nie.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~