impian

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~
hasil perbincangan malam tadi tiba-tiba nak berkongsi di sini.
bukan apa.
simpan sebagai memori.
sebab yang baca pun diri sendiri.


sejak hidup bertiga, kami suka berbincang.
kadangkala dalam tutur kata yang elok.
kadangkala mencarut.
kadangkala faham-faham jelah bila wanita berbicara.

macam pernah cerita pada entri sebelum-sebelum.
bila kita belum berkahwin, kebanyakan rakan-rakan yang dah berkahwin meluahkan isi hati mereka kepada kami.
bukanlah semua.
setiap seorang pasti akan ada mereka yang berkongsi.
dan perkongsian itu, kami bincangkan.
biasanya kami berbincang bertiga.
tanpa menyebut nama.
berkongsi masalah dengan cerita yang kabur yang penting isi penting itu ada.
isi penting itu yang dibincangkan.
sebenarnya untuk tauladan kami bertiga.
sebelum berkahwin perlunya ilmu.

tiba-tiba terlintas dalam salah seorang

"kau memang dah nak kahwin ke?"

"aku?"

"kalau aku belum rasa lagi lah setakat ini."

"kalau aku pula nak tunggu semua selesai. adik aku habis belajar. baru nak fikir pasal kahwin. memang nak kahwin. "

"aku nak kahwin tapi jauh sudut hati aku masih takut untuk berkahwin. dan aku tak tahu kenapa aku nak kahwin. adakah sekadar untuk menutup pertanyaan masyarakat sekeliling atau kerana kebanyakan kawan-kawan rapat aku dah berkahwin. sedangkan aku rasa dalam hidup aku banyak benda lagi yang aku nak capai sebelum aku berkahwin."

"kau ada matlamat dan ada visi yang kau nak capai. aku takda. tapi aku belum rasa nak kahwin. mungkin perasaan itu datang bila kakak aku dah kahwin. tekanan aku bertambah bila semua orang tanya tentang aku. bila kakak aku belum kahwin aku masih boleh bersabar sebab dia masih bujang kenapa aku nak sibuk-sibuk kahwin. aku masih belum ada rasa itu."

"aku rasa nak kahwin tahun depan walaupun calon belum muncul tapi macam aku cakap walaupun dalam sudut aku masih tidak mahu untuk berkahwin"

"bila masa dah tiba, kau takkkan persoalkan lagi kenapa kau mahu berkahwin"

"aku memang nak kahwin."

setiap manusia pasti akan cipta matlamat untuk diri mereka dalam hidup.
walaupun dia kata dia tidak ada matlamat yang perlu dicapai.
sekurangnya kita ada impian.
nak kumpul duit.
impian nak pergi menjelajah seluruh dunia.
impian nak pergi umrah sebelum berkahwin.
itu sebagai contoh.

aku pun tidak terkecuali.
malah impian aku terlalu banyak.
dan masih lagi belum kearah tersebut.

semasa semester dua, pernah putus asa dengan belajar.
sehinggakan mahu ambil keputusan untuk berhenti belajar dan belajar kulinari.
minat terhadap manisan a.k.a dessert terlalu tinggi sehinggakan ada cita-cita nak bukan bistro.
tapi ada penggabungan dengan kedai buku.
ini adalah cita-cita dan impian sejak sekolah menengah.
masih belum ada lagi jalan kearah itu.
dan rasanya impian itu tidak akan terlaksana.

bila meningkat remaja.
dan kearah alam dewasa, lebih suka kepada pertanian.

umpama kata Pak Lah

"Pertanian itu adalah perniagaan"

lebih suka berbudi pada tanah.
 banyak kekangan.
antaranya adalah persetujuan orang tua.
memang dapat tentangan yang hebat.
bagi mereka,bila dah bersusah payah belajar, perlu bekerja.
kalau mahu bertani atau berniaga, tidak perlu belajar.
lebih baik duit pinjaman yang dipinjam diberikan pada mereka yang mahu belajar.

bagi ibu bapa, kerja kerajaan adalah satu pekerjaan yang membanggakan.
tidak mengapalah,ikutkan sahaja kehendak mereka.
berusaha memohon.
jika ada rezeki, insyaa Allah terpilih.
bagi aku cukuplah menjadi keras kepala.
mereka mahu aku ceburi bidang farmasi.
tapi aku pilih akauntansi.
mereka mahu aku bekerja dikawasan sekitar batu pahat.
tapi aku masih disini dikota yang penuh dengan kesesakan.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa"

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~