My Menu

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
mengembalikan semangat di pagi Isnin yang lemau setelah bercuti dua hari.
perkara yang biasa bagi semua orang bila tiba hari Isnin.


saja nak buat 'My Menu' untuk minggu pertama.
semoga hari-hari mendatang kembali bersemangat tengok semua menu.
bila semangat dah mula turun.
belek semula menu pasti kembali bersemangat.

nak post di instagram tapi asyik tak sempat.


lauk pertama bila mula tanpa sengaja.
bila baca entri sebelum ini ada menyatakan terus mula dengan tiba-tiba hari isnin.
kawan aku terus suruh mula.
terus je mula tanpa berkata nanti. nanti. nanti.


hari kedua mula puasa.


makan untuk sahur.
kenyang dan sangat kenyang sebenarnya.
sebab minum 1.5 liter air dan 300ml teh hijau.


berbuka dengan tomyam sayur dan ikan goreng.
seekor ikan sebenanya.
disebabkan mahu gambar yang cantik terpaksa potong setengah ikan.
demi gambar cantik.

rabu pagi makan nasi lemak 1/2.
daging rendang dan sambal sedikit.
permulaan ini memang diajar supaya mengurangkan portion.
dan kuah-kuah seperti sambal, sup dan sebagainya.
supaya pertengahan diet tidak terlalu mengidam dengan makanan yang sudah biasa kita makan.
dan kopi kosong tanpa gula



disebabkan pagi sudah makan makanan yang berat.
maka, tengahari hanya makan wraps ayam dan sayur-sayuran.
beserta sos bawang putih.
agak terkilan dengan dengan sos bawang putih yang dibuat sendiri.
terlalu masam dan terlalu banya bawang putih.
sedih!


balik kerja terus tumbang.
migrain teruk melanda.
sehingga muntah beberapa kali.
mungkin puncanya adalah kopi.
atau mungkin puncanya stress dengan kerja.
tidak lalu untuk masak apatah lagi untuk makan.
tido dari jam 8 hingga jam 5 pagi.

sahur di hari khamis.

  
disebabkan tidak tahu untuk makan apa.
dan kebetulan ada oat dirumah.
rendam dengan air biasa.
tumis telur dan lada benggala pedas.
bila makan pedas, boleh meningkat selera makan.


berbuka dengan protein dan sayur bayam tumis pedas.
terlalu pedas.
kebelakangan ni, tidak mampu perut untuk menahan pedas.
pasti panas dan mendatangkan ketidakselesaan.
bila tengah di jalan yang benar untuk sihat ni.
lebih sukakan sayur tumis pedas dari sup sayur.
sedangkan haribiasa lebih suka sup sayur dari sayur tumis.
sebab pedas membangkitkan selera untuk makan.

permulaan ni pernah beberapa kali juga terasa malas untuk makan.
tapi tetap paksa diri makan kerana bila lapar pasti akan makan makanan yang merapu.
maka, pujuklah diri dengan makan benda yang pedas.


jumaat pagi.
terlebih rajin.
kentang lenyek, telur rebus dan sayuran.
alhamdulillah kenyang.
ini memang betul-betul mengikut pepatah 

"breakfast like a king"


nasi separuh, bendi tumis pedas, ikan goreng dan sedikit ikan masak singgang.
teringin makanan orang berpantang pula.
masak-masak singgang.
sedap bila menghirup.
terasan kesegarannya.
alhamdulillah dah belajar makan singgang.
hahahhaaa

dulu, singgang adalah makanan paling paling paling tak digemari.
tidak akan sentuh langsung.
sanggup makan telur goreng dari ikan singgang.


gambar terbaru dari ladang.
disebabkan malam tadi tidur lambar dan bangun lambat.
hanya mampu bawa bekal oat.
sedap juga oat + susu rendah lemak.
boleh ditelan dan kenyang.

alhamdulillah.
dan tengahari nanti mungkin makan makan masakan kedai.

dan kawan aku ada cadangkan untuk makan beras ponni.
beras yang selalu dimakan oleh pesakit diabetis.
kita cuba esok.
semoga istiqamah sehingga bertemu kejayaan kemudian hari.

"nana belum pernah merasa kurus"

bagi mereka yang selalu merendahkan semangat untuk terus berdiet.
aku akan bagi kata-kata atas.

"bagilah can untuk kita kurus. awak kan dah pernah kurus dulu"

ada saja mereka yang melemahkan semangat.
dan kerana itu, tidak pernah hebahkan dimedia-media sosial.
dan memang buka satu instagram baru untuk post gambar makanan dan kejayaan-kejayaaan yang pernah dikecapi supaya mereka-meraka yg suka merendahkan kita tidak tahu perjalanan kita.
dan hanya melihat kejayaan.
itupun masih berkata-kata

"sudahlah, tak payah dah diet. tak cantik bila kurus. kita sama-sama gemuk"

sedangkan seorang nana lebih gemuk dari diri dia

lebih bernasib baik, mereka yang suka bash ini terdiri dari mereka yang malas untuk membaca.
dan jarang untuk berjalan disini.
maka, kerana itu berani juga untuk diluahkan disini.

kalau tidak, memang tidak ada maknanya.

supaya terus rajin untuk meletakkan menu sepanjang minggu disini.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~