D'Lata Jerbus, Kuala Kubu Baru

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
and Happy belated birthday to me.
apa salahnya wish untuk birthday sendiri untuk lebih hargai diri sendiri.
gituhhh!~

dah hampir seminggu lebih baru sempat nak upload gambar dan cerita.
sebab hari yang sama malam tu bertolak gie langkawi.
cerita langkawi nanti kami cerita lain okey.



budak-budak ni saja nak berpiknik kat Lata Jerbus.
sambil makan, sambil bakar-bakar ayam dan kambing sambil berborak sambil main air sungai.
bagus betul perancangan dieorang.
seronok!~
hopefully ada lagi aktiviti macam ni.



rancang perjalanan gerak dari ofis dalam jam 8 pagi.
tapi biasalah bila dah ramai-ramai kan.
jadi bergerak dari ofis dalam jam 9.30 pagi.
dengan 2 kereta.
satu serena and waja.
lebih kurang 10 orang join.



disebabkan perjalanan panjang dan nak tido pun macam tak boleh nak tido.
kami berempat naik Serena
aku, ain, wida and nazirul sempat lagi main plato.
pernah dengar tapi tak pernah terfikir untuk download.
tapi budak-budak ni ajak main.
main jelah.
dari tak reti main, bolehlah main

"aku tak retilah main uno ni"

"tua lah kau ni kak"

sebelum tu main warewolf tapi aku tak reti.
then line putus-putus.
tahu2 dah ada pemenang.
sabar jelah.
tak sempat nak belajar gerak-geri permainan.





sampai dalam jam 12.00 tengahari and setting apa yang patut.
biasalah perut dah lapar.
tugas budak-budak lelaki hidupkan bara untuk bakar ayam dan kambing.
aku tolong buat benda-benda yang senang je.
buat air and masak nasi goreng.
Rusdi selalu masuk hutan, dan dia ada semua barang masuk hutan.



bila dengar dia masuk hutan dan bermalam macam seronok.
rasa nak join tapi segan sebab pace aku lambat sikit.
so, berlatih jelah kat bukit-bukit dulu.
 dia ada juga ajak join abseiling, aku je belum bagi jawapan.
bila aku terfikir-fikir tu maksudnya aku belum bersedia.
kalau ajak berkhemah and bermalam dalam hutan aku on!



jalan masuk Lata Jerbus ni sama jalan masuk dengan Bukit Kutu.
tak jauh juga untuk naik Bukit Kutu, best juga kalau dapat naik lagi sekali.
kena cari masa yang sesuai.
then buat bakar-bakar sekali dalam hutan tu.
atau masak sardin pun dah okey kat atas tu.
dalam hutan kan, semua benda makan pun sedap.



jalan agak jauh juga untuk sampai ke tempat yang sesuai.
tapi berbaloi sebab cantik.
masuk parking rm1 untuk satu kepala.
piknik rm2 satu kepala
bermalam rm5 satu kepala.
which is okeylah sebab kawasan pun agak bersih.



first trip makan-makan, then terjun mandi.
wanita-wanita ayu ni basahkan kaki je.
tak terjun sangat pun sebab tak bawak baju.
dalam fikiran




"mana nak salin baju nanti"

rupanya kat tempat parking tu ada je toilet untuk salin baju.
rugi je tak bawak baju.
dah terasa busuk yang teramat sangat sampai malam.


berulang-ulang makan dan main air.
sebab itu je aktiviti yang ada.
macam-macam game juga dieorang main dalam air.
tapi okey and tak membosankan langsung.




bergambar kenang-kenangan dan bukan senang nak join kan.
then kemas-kemas
gerak pulang.
singgah jap empangan yang cantik.




tapi sekejap sangat.
xsempat nak amik gambar guna handphone aku.
dah gerak balik.
singgah asar + maghrib.
then gerak balik ofis.

"kak, abg Faizal nak payung dinner"

"alaaaaaaa, boleh tak korang dinner area ofis? lepas hantar akak, korang gie lah dinner"

"aar lah. akak nak gerak malam ni kan. xpe nanti saya cakap kat abg Faizal"

aku terharu dan tersentuh dieorang boleh bai kerjasama untuk hantar aku balik ofis dulu, then baru dieorang gie makan.
aku kan orang yang cepat tersentuh dengan kebaikan yang orang hulurkan pada aku.
aku tak boleh.
kalau orang bagi aku jalan dulu pun aku boleh tersentuh.
apatah lagi kebaikan-kebaikan yang lain.

balik tu Nazirul drive. satu kereta semua dah selamat tido.
aku yang tak boleh tido.
sebab resah agak lambat dah.
should be gerak dari rumah aku jam 9.00 malam.
tapi jam 8 aku masih belum sampai ofis.

"Naz, okey ke?"

"okey je. kalau ngantuk tidolah. sy okey."

"xboleh tido"

"sebab jalan teruk ke?"

"aar"

memang salah satu faktor lagi jalan berpusing-pusing.
dan hati resah dan gelisah.
dalam jam 9 baru sampai ofis.
lepas hantar aku, dieorang pun gie dinner.

"akak okey?"

"okey je.kenapa Has?"

"akak gerak jam brapa?"

"should be 9."

"rushinglah ni?"

"aar."

"hati-hati kak and selamat bercuti. jangan lupa pesanan kami"

"wokeyh. jangan lupa simpan rahsia"



balik rumah campak beg, bersiap dan keluar balik.
nak berbual pun tak sempat.

next destination please!

terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~