Pulau Langkawi Part 1!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
hopefully mood okey sepanjang hari tanpa kehadiran Monday Blues okey.
sebab esok pun dah cuti kan.
cuma nak cakap, alhamdulillah tercapai misi kedua before 100days!~
bersyukur sangat-sangat.


tengah buat keja tiba-tiba rasa stuck.
mana nak cari RM14 untuk seimbang.
maka marilah kita mencari idea sambil-sambil update blog.
tak dan nak edit-edit bagai.
sampai gambar dalam group pun dah terpadam.
redha!

macam aku cerita dalam entri yang lepas, 
lepas balik dari Lata Jerbus, Kuala Kubu Baru aku terus pecut nak pergi ke Langkawi.
setahun punya cita-cita.
alhamdulillah terlaksana juga.
bersyukur sangat sebab bila masing-masing dah merantau dan berkeluarga.
susah nak jumpa dan berkumpul macam ni.
melainkan kalau bercuti sebab kalau raya pun belum tentu akan jumpa.
hopefully majikan dan mereka disekeliling aku akan faham.
sebab macam sepupu aku dapat kata-kata

"you dah besar kan. boleh je jalan sendiri-sendiri. kenapa nak pergi jalan dengan family juga"

nak je aku jawab 

'because family is my priority'

aku buat part by part.
try my best untuk buat sedikit yang mampu.

kami pergi tiga kereta.
dua kereta dari johor dan satu kereta dari selangor.
bercadang untuk jumpa di Hentian Tapah tapi tak sempat.
sebab waktu mereka kat hentian Tapah kami baru nak gerak dari Puchong dan akan singgah Tanjung Malim jap untuk ambil nini.
akhirnya mereka tunggu di Gunung Semanggol.

"selagi tak jumpa ayah mertua saya ni, saya rasa tak tenang."

bukan main ayat.
tapi memang betul pun.
nasib baik abah tak call aku. sebab tak tahu nak jawab apa.
bila abah call adik aku, aku pura-pura tido biar dia fikir sendiri macam mana nak menjawab dengan abah

"kurang ajar kau Nana"

dalam jam 2 lebih kami bertemu dan aku sambung drive kereta abah sampai ke masjid negeri Perlis di Arau.

sumber google


lepas subuh bercadang untuk berjalan di Padang Besar tapi sayang Padang Besar belum buka.
lambat juga buka.
dah macam mall plak aku rasa.



Jam 9 pagi baru nak buka.
jam 11 pagi kami dah kena check in di Kuala Perlis.
kebetulan ada satu je kedai yang dah buka.
memang rezeki mereka di pagi hari sebab kami ramai kan.



cuma tulah makanan terhad sebab mereka baru bersiap sedia untuk buka.
padahal kalau jalan-jalan je lagi sikit akan jumpa banyak je kedai-kedai untuk bersarapan.
tapi biasalah. bila lapar, fungsi akal untuk berfikir adalah terhad.
maka, kita makan.




menu paling simple nasi ayam perlis.
biasalah bila bab makan ni, kami memang tak sempat nak ambil gambar sebab rasa makan itu lagi penting dari ambil gambar.
melainkan blogger sejati.




melepaskan hajat dan membeli belah mana yang dah buka.
kami teruskan perjalanan menuju ke jeti Kuala Perlis.
sebab masa masih lama lagi.
sampai Jeti pun dalam jam 10.00 pagi.



terlalu banyak masa.
tunggu saja di Masjid Terapung Kuala Perlis.



bersebelahan dengan Jeti Kuala Perlis.
sebab nak check in awal pun tak boleh.
kalau tahu ambil je check in awal pagi.



sebab takut terkejar-kejar je dari johor.
nak kena check in jam 9 pagi.
kami bawa kenderaan sendiri untuk masuk ke Pulau Langkawi.



pendapat aku, kalau berniat untuk pergi ke Pulau Langkawi lebih daripada 3 hari lebih jimat untuk bawa kenderaan sendiri.
tapi kalau kurrang daripada itu, lebih baik menyewa kenderaan disana.
cuma, kalau nak bawa kenderaan sendiri perlu awal.
selalunya akan sentiasa penuh.
ada banyak rate.



aku gunakan perkhidmatan Langkawi Auto Express.
boleh check link bawah untuk check rate setiap kenderaan


atau 


ramai bagi pendapat langkawi Roro okey tapi sebab dan full maka aku decide untuk ambil juga Langkawi Auto Express.
bila bab bercuti ni, banyak benda kita kena baca dari pengalaman-pengalaman orang lain.
ambil pengajaran dari pengalaman mereka.
bagi aku, okey je yang kami guna tu.
toilet pun bersih.



cuma sesetengah staff je agak kurang memberangsangkan layanan mereka tapi biasalah manusia.
kita faham, cuma kurang berkenan.
overall okay dan boleh menutup kekurangan staff tersebut.


pening juga urusan percutian ni
kena banyak baca sana sini.
takut semua ada sebab takut setiap orang tak puas hati dengan benda-benda yang kita survey.
biasalah orang.
aku faham, tak semua benda kita ada citarasa yang sama.
kalau aku senang je nak handle orang-orang yang macam ni.
lepas ni kalau pergi bercuti,, suruh je orang yang complain sana sini tu uruskan semua benda.
nak tahu juga pening ke tak pening nak cari the best place untuk semua orang.
*kenyit mata*

sebelum pergi, macam-macam benda terjadi.
salah satunya cuti adik ipar aku dibekukan serta-merta.
berkaitan isu rusuhan di kuil yang menular sehingga menyebabkan kematian seorang ahli bomba.

lama dah minta cuti tapi biasalah benda-benda yang tak diduga akan jadi kan.
tapi try minta lagi sebab dah berlalu seminggu dan rusuhan beransur pulih.
rusuhan pun dah suam-suam kuku.
tapi nak mencari bahan bukti tu.
mencbar keimanan jugalah.
dan disebabkan itu juga aku kata staff Langkawi Auto Express ni tak best.
sorang je. yang lain semua okay takde masalah.
ramah mesra ja.
takpe, kebaikan semua orang dah menutup kekurangan yang seorang.

perjalanan  memakan masa dalam 2 jam juga.
Hana biasalah bukan reti duduk diam dalam Feri.
semua orang kalau boleh dia nak tegur.

lebih kurang jam 2.30 kami sampai ke Langkawi.
hari ni takde aktiviti sangat sebab masing-masing penat.
hampir 12 jam dalam kereta kan.
lagi2 yang bertolak dari johor.
lepas check out, cari tempat makan tengahari sebelum check in Homestay.

biasa musim cuti sekolah banyak hotel dan homestay penuh.
aku survey bulan 8 pun banyak yang dah habis.
kalau yang tinggal pun rumah yang kecil.
kami perlukan rumah yang besar sebab kami besar.
hahhahaa
sebab dua keluarga kan.
so, aku perlukan 4 bilik untuk dibahagi sama rata.
satu keluarga 2 bilik.
lelaki dan perempuan kan.

rate homestay RM400/malam.
over my budget sebenarnya sebab aku nak cari dalam RM300/malam tapi kebanyakkan ada 3 bilik sahaja.
banyak juga aku try mesej utuk quotation.
yang ada pool pun ada cuma 2 bilik.
rate satu malam RM300.
kena dua rumah dan kemungkinan besar takkan dapar rumah bersebelahan.
sabar jelah aku.
tu yang aku kata pening nak uruskan.
salah satu nak pilih rumah sebab nak masak untuk jimat berbelanja.
tapi malangnya semua benda takda.
tuan rumah hanya sediakan periuk elektrik sahaja.
so, taklah jimat sangat.
pasrah, redha dan berserah.



petang dalam jam 6petang kami meronda area Pantai Chenang.
dah sampai langkawi kan haruslah ke Pantai Chenang.
tapi agak jauh dari Homestay.
dan nak cari parking pun agak terhad.
what do you expected with Chenang kan.
little Bukit Bintang.





saja lepak situ sambil berjalan-jalan cuci mata.
dalam jam 9.30 malam bergerak balik untuk dinner dan pulang kerumah.
hibernasi.
singgah Warung Mat Kalut.
kalut sungguh naaaaa.
dari nak menjimatkan masa makan dan semua dah mengantuk.
terpaksa tunggu siap makan dalam jam 11.30 malam.
biasalah area Pekan Kuah harga makanan memang agak mahal.
so, lepas ni kalau ke Langkawi lagi, try cari makan area Padang Matsirat sebab situ area kampung.
agak murah sedikit berbanding di Kuah dan Chenang.
tempat tumpuan pelancong akan mahal.





Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~