Pulau Langkawi Part 3!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Hai!~
Salam Jumaat!~
setelah sekian lama akhirnya sampai juga part yang terakhir ni.
aku cerita mana-mana yang aku teringatlah yea.
padahal pergi Langkawi je nak update bukan main lama.



Hari ketiga ni kami decide untuk naik pergi ke makam mahsuri, cable car and shopping kain baju dan coklat lagi.
aktiviti yang tidak melibatkan air langsunglah kiranya hari ni.
dalam jam 9 dah keluar rumah.
aktiviti pertama haruslah cari tempat makan.
dah lama mengidam nasi dagang pak malau.



makan tepi bendang daun nyior melambai-lambai.
bagi aku, nasi dagang sedap and kuih muih pun sedap tapi agak pricey lah.
sebab satu pinggan dalam RM10.00
nasi and setengah isi ikan tongkol.
bagi aku tak berbaloi tapi bila orang tanya kira dah pernah rasalah.





selepas tu bergerak ke makam mahsuri.
lama aku tak pergi ke makam mahsuri.
last masa pergi dengan geng-geng kelas tahun 2011 rasanya.
so, rate memang bertukar sangat-sangat.
kawasan pun dah bertukar.
nak masuk makam mahsuri tu dikenakan caj RM12/seorang.
terkejut juga aku.
kalau dalam around RM5/person gigih lagilah nak masuk.
maka, dengan kata sepakat kami terus menuju ke cable car.



tak merancang ada aktiviti lain.
tapi macam biasalah cable car ni ramai and menunggu turn tu bukan main lama beratur panjang.
tapi sekarang sistem tiket dah upgrade sikit.
means tak ramai sangat yang beratur time kami beli tiket tapi nak naik cable car tu beratur panjang.
atau mungkin kami pergi bukan time hujung minggu.



cuak jugalah walaupun dah pernah naik untuk kali ketiga.
lagi-lagi lepas peristiwa cable car tergantung tak bergerk berjam2 haritu.
berdoa banyak-banyak je dalam tu.






but muka tak lah pucat macam 3 tahun lepas.
boleh dibanggakan sedikitlah.

sampai kat atas takde aktiviti lain pun.
mereka duduk lepak melepak kat cafe atas.
danish ajak aku pergi hiking ke jambatan gantung.



maka, aku, danish dan mattop je yang sampai ke jambatan gantung.
yang lain duduk menunggu kat atas.
sebab kalau nak hiking RM5/person
naik lift RM12/person
nak jimat punya pasal, maka berhiking lah kita.
tak jauh mana pun.



perjalanan pergi memang seronok sebab banyak tangga menurun je.
bila nak balik kena mendaki.
semput juga kau nak mendaki.



pemandangan sangat berbaloi untuk kau mendaki.
cuma cuak sebab jambatan gantung tu bergoyang macam titi petoyang.
jambatan ini dibina antara gunung dan gunung.
tengah-tengah tu kosong.
alah dah nama pun jambatan gantung.
alahai nana ni pun.



aku ni dah lah senang kecut perut dengan benda-benda yang tinggi.
naik jejantas pun dah menari-nari rerama dalam perut apatah lagi tempat yang lebih tinggi macam ni.
lama juga kami kat sini.
bertiga saja kan.
berseronoklah bergambar.
boleh diharapkan juga adik aku untuk ambil gambar.




"eh ajarlah macam mana nak ambil gambar acah-acah cantik"



penat je aku ambilkan gambar yang cantik-cantik.
gambar acah-acah professional tapi adik ipar aku ni tak post pun kat mana-mana media sosial dia.
hampeh.
owh lupa nak share pasal cable car.
sekarang cable car siap pakej.
kami pilih pakej yang paling basic RM40/person
 cable car + skydome + skyrex + 3d Art Langkawi.
berbeza dengan 3 tahun lepas yang aku pergi.
setiap tempat nak masuk kena bayar.



kesuntukan masa tak dapat masuk semua.
sebab hana tak berapa sihat mungkin terkejut dengan cuaca dan tak pernah berjalan jauh kot.
tu yang dia meragam je tak berhenti.

3d art pun cuma ambil beberapa keping gambar. itupun kat kawasan bawah je.
tak naik ke tingkat atas.








skyrex yang tak sempat nak masuk.
yelah nak berbaloi dengan bayaran RM40 tu.
mungkin kena pergi lagi sekali ke macam ni untuk lengkapkan lagi kesemuanya?
sudah-sudahlah tu ke Langkawi.
hahahahhaha
masuk ni dah 5 kali sepanjang hidup aku ke Langkawi.
1) pergi dengan family umur 12 tahun
2) after spm - rombongan sekolah free
3) rombongan cik kiah - after final sem degree
4) travel 3 dara pingitan 
5) pergi satu family.

kira dah lengkaplah tu kita pergi yea.
permulaan family dan pengakhiran pun dengan family.
kita kumpul duit untuk ketempat lain pula.

selepas cable car, aktiviti bebas
sebab masing-masing nak shopping baju.
haritu shopping dah malam dan banyak kedai yang dah nak tutup.
sebelum shopping, kami isi tank minyak dulu.
macam biasalah makan tempat yang sama sebab macam berbaloi nak makan kat situ.
sup dia memang superb!

kemudian jalan cari baju.
cuma dah besar-besar ni jarang kalau pergi berjalan aku akan beli baju.
bergantung pada mood juga.
tapi abah memang suka kumpul baju.
setiap tempat yang dia pergi mesti beli baju.
banyak dah aku perasan.
aku pula jenis malas nak membeli padahal banyak je baju yang cantik-cantik.
kita tunggu suami belikan kita bajulah.

Hana dah okey waktu petang ni.
dah boleh berlari kesana kemari.
seronoklah dia.

masuk Haji Ismail Group lagi untuk borong coklat.
selagi tak balik selagi tu borong coklat tak sudah.
pening aku.



petang pun masih muda, aku hantar mama and abah balik rumah.
yang muda-muda ni pergi ke kawasan belakang rumah nak tengok sunset
buat kali terakhir kat langkawi.
esok pagi nak gerak balik sudah.







malam takde aktiviti apa pun.
nak tido lambat kononnya tapi tertido awal dalam jam 10 juga kot.

esok pagi bersiap dan gerak ke Jeti Tanjung Bungah, Langkawi.
pergi balik gunakan perkhidmatan Langkawi Auto Express.
cepat sangat kami sampai, sampai tak tahu nak buat apa.
nak mengeteh pun takde cafe atau kedai area berdekatan.
maka tunggu jelah dalam kereta.
kalau melalui Jeti Kuah, boleh cuci-cuci mata sikit sebelum naik feri kan.



time balik ni suasana dalam feri agak berlainan dari masa pergi.
walaupun nampak agak buruk tapi best!
siap ada meja. kami bawak naik roti dan jem.
makan dalam feri.



dan kawasan sekitar pun best.
agak selamat juga untuk kesana kemari



best je gunakan perkhidmatan Langkawi Express ni even ada complain.
for me, overall menag puas hati.
thums up!




sebelum balik johor, singgah lagi ke Padang besar sebab haritu datang masih belum buka lagi kan.
takdelah beli apa pun.
cuci mata and isi perut yang lapar gila.
dalam lepas maghrib keluar tol Kuala Perlis kot.
okey dah tak ingat tol apa.
almost 3 bulan terbengkalai.




oleh itu, maka tamatlah percutian kami sekeluarga.
alhamdulillah Allah permudahkan hingga ke akhirnya.
biasanya time cuti sekolah saja boleh pergi berjalan sekeluarga sebab danish masih sekolah.
merancang nak pergi ke Perhenttian atau Pulau Kapas.
bulan 3, aku ada kenduri kawen.
bulan 6 cuti raya.
bulan 9 pulau dah tutup.
maka, kena tunggu tahun depan lah kalau macam tu.
kan?

insyaa Allah semoga dipermudahkan urusan kami.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~