Bahagia

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!!~




tajuk kau bukan main.
sebenarnya nak meluahkan rasa.
tapi aku malu untuk meluahkan apa yang aku rasa kat dalam twitter.
yelah ada juga kawan-kawan and saudara-mara jiran tetangga.
then, aku lari lah kesini.

"Pasti akan hadirnya pelangi selepas hujan"


sebenarnya lama dah aku draft tapi sekerat saja sampai atas.
dan hari ini aku terasa macam nak menaip sesuatu disini.
walau pada permulaannya aku tak tahu apa tajuk yang aku nak karang.
ternampak tajuk ni dalam draft terus sambung.


ya, banyak kali aku tegaskan segala cerita suka duka tangis ketawa aku ada disini.
sebab aku hanya mampu nak meluahkan segala rasa disini.
luah juga pada manusia tapi kita faham manusia ini bukan selalu ada dan mereka juga akan meluat jika kita terlalu bercerita tentang bahagia mahupun cerita duka.
kerana kita juga manusia.
ada perasaan yang sama.

semua manusia ada rasa bahagia.
walau dengan siapa pun mereka bersama.
rasa bahagia itu perlu.
segala rasa akan terpancar diwajah kita..
maka, bahagialah dengan cara kita.
tidak perlu merasakan bahagia akan datang dengan cara ada orang yang bahagiakan diri kita.
kita perlu yakinkan diri.
bahagiakan diri sendiri untuk terima undangan bahagia dari orang lain.
jangan terlalu memaksa diri dengan desakan sekeliling.

bahagia akan datang dengan sendirinya jika kita berlapang dada menjemput bahagia itu datang dalam hidup kita.
percayalah.
gunakan prinsip hukum tarikan.
law of attraction.
jemputlah ia datang, maka dia akan datang dengan sendirinya.
tetapi syarat utama, ada pada diri kita.

"bahagiakan diri untuk menjemput bahagia dari sesiapa disekeliling kita"

ya, berbahagialah dengan diri sendiri.
kerana dia adalah insan yang paling setia.
tidak meninggalkan kita walau selangkah.
tiap masa bersama.
senang kita. susah kita. gembira kita. malah saat genting kita dia jugalah yang menjadi penawar.
dia yang memujuk.
maka, bahagiakan lah dia.

aku pernah dapat statement

"saya nak kahwin untuk cari bahagia."

"kalau jadi single ni tak bahagia ke?"

"bahagia berkahwin dan bahagia single ni lain. saya perlukan orang untuk saling membahagiakan antara satu sama lain. saya nak bahagia yang itu"

"minta maaf saya cakap, saya tak bersedia untuk korbankan bahagia yang saya rasa sekarang dengan orang yang masih belum bersedia untuk bahagiakan diri sendiri"

"bagi awak kahwin tu tak bahagia?"

"bahagia boleh dapat dengan pelbagai cara. kalau kita jemput dia datang dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. tak kira sama ada kita single, berkahwin atau sudah berkeluarga."

"so,awak lebih rela bahagia dengan single dari bahagia berkahwin?"

"apalah rasa bahagia berkahwin jika kita single pun kita tak pernah rasa bahagia untuk diri kita. apalah erti jika kita hanya lafaz tanpa kita rasa bahagia dalam diri . sebab tu saya belum bersedia untuk rasa bahagia  bersama orang yang nak cari bahagia dengan perkahwinan"


bahagia dengan diri sendiri tidak perlu dilafazkan dengan kata-kata.
cukup sekadar kita rasa.
dan mereka disekililing kita rasa kita bahagia dengan pancaran dari riak wajah kita.
dan kebahagian-kebahagian yang lain akan datang dengan sendirinya.
tanpa kita duga.
percayalah.
kerana Allah tahu kita bersedia dan Dia beri kerana undangan kita sendiri.

"fikir yang baik-baik, kerana yang baik-baik akan kembali kepada kita"


aku suka ingatkan diri sendiri supaya selalu maafkan diri sendiri.
maaf kesilapan lalu dan berterima kasih sebab sentiasa setia bersama.
itu rahsia terbesar untuk bahagia dan gembira.
barulah terpacar serinya dimuka

Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~